Profil Penulis

author photo

Imran Abdul Jabar: Pengasas Sifoo.com. Melibatkan diri di dalam bidang grafik/multimedia dari tahun 1998. Kini, bergiat secara aktif sebagai Trainer/Instructor untuk kursus-kursus grafik dan multimedia. Blog: http://imranabduljabar.com

Lihat semua pos oleh Imran

Serlahkan Kedutan Itu

9 September 2008 | Pos Terkait | Dalam Kategori

Kadangkala, ada yang suka mengambil gambar warga tua sebagai subjek fotografi mereka. Ada cara di dalam Photoshop yang kita boleh gunakan untuk menimbulkan impak kedutan muka warga tua.

Untuk tutorial ini, kita akan menggunakan Filter High Pass dan Sharpen.

LANGKAH 1:

Buka fail otai.jpg di dalam Photoshop

sifoo.com/v7/wp-content/uploads/2008/09/otai_ori.jpg”>

LANGKAH 2:

Duplicate (Ctrl+J) layer Background dan anda akan dapat layer baru: Background Copy. Setkan layer blend untuk Background Copy kepada Hard Light atau Soft Light.

LANGKAH 3:

Sekarang, pilih layer Background. Klik pada menu Filter > Other > High Pass (Radius: 5px).

LANGKAH 4:

Pilih layer Background Copy. Sekarang kita akan Select All (Ctrl+A). Kemudian, klik pada menu Edit > Copy Merged (Ctrl+Shift+C). Pastekan (Ctrl+V).

Klik pada menu Filter > Sharpen > Sharpen More.

HASIL:

TAMBAHAN: VIGNETTE

Buat satu lagi layer baru di atas Layer 1. Namakan: Vignette.

Gunakan alat Gradient (G). Setkan warna foreground: Hitam (Tekan D).

Pilih Radial Gradient dan aktifkan pilihan Reverse. Klik pada pilihan gradient: Foreground to Transparent untuk dapatkan window Gradient Editor seperti di bawah ini. Tarik Slider Putih dan letakkan di Location: 50%.

Letakkan Radial Gradient ke atas layer Vignette. Disebabkan kita menggunakan Radial Gradient, mulakan dengan mengklik daripada tengah gambar dan tarik ke sisi gambar.

HASIL VIGNETTE

Fail PSD - Serlahkan Kedutan Itu
*Klik kanan > Save Link As / Save Target As
(Telah dimuat-turun sebanyak 521 kali)

Selamat Mencuba!

Popularity: 50% [?]

Jika anda baru di Sifoo.com, mungkin ada baiknya anda melanggani RSS Sifoo.com melalui email atau feed. Terima kasih kerana berkunjung!

Nota: Artikel atau tutorial ini hakmilik Sifoo.com. Aktiviti seperti meniru, menyalin, menciplak dan menerbitkan semula tanpa izin adalah ditegah sama sekali. Keizinan boleh diberikan sekiranya anda berminat dan berbincang dengan pihak Sifoo.com. Sila berikan kredit dan linkback kepada penulis asal dan laman web Sifoo.com.

Terdapat 10 Maklumbalas Setakat Ini. »

  1. sempoi*****
    Jumlah komen oleh mnmz: 4

  2. bagus tutorial nih. ingat nnt nk cube..nk explore balik dah lama x men ngn touch up teknik.
    Jumlah komen oleh puja: 2

  3. waaaaaaaaaaaaaaa bestla efek die…pkcik 2 nmpk lg macho n exotic kn…..
    Jumlah komen oleh rozman nasir: 2

  4. Ringkas, padat dan berkesan.. Trima kaceh! Ngeee..!
    Jumlah komen oleh cutejeany: 8

  5. Perkongsian ilmu yang bermanfaat. Semoga terus berjaya. Terima kasih
    Jumlah komen oleh Che Omar: 1

  6. memang best..rasa penah nampak cane, tp xtau cane..
    anyway thanks bebeh..hehe
    Jumlah komen oleh kahzahiarrul: 2

  7. ekspesi di muka memang cun, tapi serunai die nampak hancus sket la… kalu tak cover ng blur tu tgn atuk tu pun nmpak cacat…
    nway good exposure n info
    Jumlah komen oleh lipanbara: 1

  8. mantap..memang dah lama nak belaja nie..kalo xsilap nie ke teknik kukubesi guna?
    Jumlah komen oleh yeopmi: 5

  9. berhati-hati apabila menggunakan highpas filter, mungkin akan wujud halo pada gmbar….pendek kata gunakan sesedap rasa
    Jumlah komen oleh aminrazali: 7

  10. ada x cara nk buang kedutan.. hehe
    Jumlah komen oleh afifah: 2

Hantar MaklumBalas

*Sila dapatkan Gravatar anda di www.gravatar.com