Profil Penulis

author photo

Imran Abdul Jabar: Pengasas Sifoo.com. Melibatkan diri di dalam bidang grafik/multimedia dari tahun 1998. Kini, bergiat secara aktif sebagai Trainer/Instructor untuk kursus-kursus grafik dan multimedia.

Lihat semua pos oleh Imran

Reka Logo

11 September 2008 | Pos Terkait | Dalam Kategori

Illustrator adalah perisian yang paling sesuai sekali untuk kerja-kerja merekabentuk logo. Tutorial ini akan menunjukkan cara merekabentuk logo menggunakan Type, Offset Path dan Pathfinder.

Buka satu fail baru. Tidak kisah saiz artboard.

LANGKAH 1:

Buat satu bentuk bulatan menggunakan Ellipse Tool (L). Tekan Shift sambil membuat bulatan akan memastikan bulatan tepat (bukan bujur).

Setkan Stroke weight: 12 dan warna stroke: Hitam. Pastikan tiada warna Fill.

LANGKAH 2:

Pilih bulatan yang dibuat tadi. Kita akan tukarkan garisan stroke kepada Filled Path. Klik menu Object > Path > Outline Stroke.

LANGKAH 3:

Taipkan satu teks. Saya taip huruf ‘d’ dan ‘p’ menggunakan font: Myriad Pro, Black Condensed Italic.
*Sekiranya, anda ingin gunakan font lain, saya sarankan anda gunakan font jenis yang tebal (bold atau black).

LANGKAH 4:

Sekarang, kita akan tukarkan teks tadi kepada outline. Klik pada menu Type > Create Outlines (Ctrl+Shift+O). Atau, klik kanan di atas teks tadi, dan pilih Create Outlines daripada menu yang muncul.

LANGKAH 5:

Susunkan teks tadi di tengah-tengah bulatan. Cara paling mudah ialah dengan menggunakan palet Align.

Pilih kedua-dua objek: teks dan bulatan. Klik pada ikon Horizontal Align Center dan Vertical Align Center di palet Align.

LANGKAH 6:

Pilih alatan Direct Selection Tool (A) - Arrow yang berwarna putih. Kita akan ‘tinggikan’ tiang huruf d dan huruf p (seperti imej di bawah) dengan menggunakan alatan tersebut. Caranya, pastikan huruf tadi tidak dipilih (Ctrl+Shift+A) - Deselect All.

Kita mulakan dengan huruf d dulu. Klik pada garisan path yang paling atas sekali dan tarik (drag) ke atas sehingga terkeluar daripada bentuk bulatan (seperti imej di bawah).

Ulang proses yang sama untuk huruf p pula. Klik dan tarik ke bawah.

Langkah 7:

Seterusnya, pilih huruf d dan p. Kita akan gabungkan kedua huruf tadi menjadi satu bentuk/objek yang satu. Jadi, kita akan menggunakan palet Pathfinder - Shape Modes > Add to shape area + Expand.

Langkah 8:

Pilih bentuk huruf tadi (d dan p). Klik pada menu Object > Path > Offset Path. Setkan Offset: 3pt. Klik OK.

Offset path akan membentukkan satu shape yang sama tetapi dengan sedikit offset (mengikut nilai yang kita tetapkan). Jadi, kita akan dapat dua bentuk yang sama tetapi berbeza saiz.

Langkah 9:

Ok, sekarang pilih bentuk huruf yang terhasil daripada offset path tadi. Maksudnya, pilih bentuk yang kedua, yang lebih besar saiznya. Kemudian, sambil menekan ‘Shift’, pilih pula bentuk bulatan. Jadi, kita sekarang sedang membuat pilihan dua objek pada masa yang sama.

Seterusnya, klik pada ikon Subtract from shape area + Expand daripada palet Pathfinder. Hasilnya akan kelihatan seperti di dalam imej berikut.

Langkah 10:

Wah! Dah langkah 10 dah…panjang juga ni. Takpe, dah nak habis.

Sebenarnya, untuk bentuk logo ini, kita dah siap! Cuma sekarang ini untuk letak warna dan sedikit hiasan.

Pilih alatan Gradient dan setkan warna gradient di dalam palet Gradient - Type: Radial. Klik dan tarik alatan seperti yang ditunjukkan dengan anak panah merah di bawah.

Untuk variasi, saya hasilkan logo seperti di bawah ini.

Fail Ilus - Reka Logo
*Klik kanan > Save Link As / Save Target As
(Telah dimuat-turun sebanyak 191 kali)

Selamat Mencuba!

Terdapat 18 Maklumbalas Setakat Ini. »

  1. menarik… bile tgk, baca tutorial ni dpt dh blajar cara guna path, offset path.. tengkiu sifoo.. tengkiu..

  2. thanks bg info pasal illustrater.slama cume tau guna photoshop,patut la ader limitation time gune photoshop.nak try gak buat something cam dalam sifoo.com.tapi x leh,for ur infomation i am no idea bout grafic just try to learn from here.

  3. Thanks.. sifooo

  4. aslmlkm..sifoo..illustrator ni boleh smua jnis logo ke?
    anyway thanx for this tips..:)

  5. azfar> illustrator memang boleh digunakan untuk merekabentuk semua jenis logo. Cuma teknik yang ditunjukkan ini adalah spesifik, terpulang pada anda untuk memanipulasikannya.

  6. saya guna illustrator 10. saya x jumpe myriad pro tu.

  7. puja> takde masalah kalau nak guna font jenis lain, asalkan jenis yang tebal (bold/black).

  8. Cam senang ja tengok…memang senang buat ker?

  9. shally> Saya suggest u try dulu, sebab saya rasa tak susah kalau u follow exactly.

  10. Thankz sifoo..saya blaja byk mende di laman ini..keep it up!!

  11. Terima kasih…sonok belajar semua nie..kalau Illustrator tak de pakai photoshop jer tak leh and cun ke ?

  12. good..menggunakan gradient dlm logo adalah sesuatu yg sgt berani.

  13. wahahahaha…
    gumbira atyku melihat ini..

    trimaz sifoo!=]

  14. huhuhu terharu tetiba … bila dapat buat sebenarnya senang jer…
    cuma kenkadang tu tak dapat buat pasal x tau fungsi…thanks bro ..

  15. cantik seni logo !!!.nk tanye sikit kat en sifoo ni.camne nak bagi logo yg da buat bila letak kat page ade background color lain cth hijau tak ade kotak 4 segi keliling logo.senang crite logo tu cam kene crop jadi ade la kotak 4 segi.kalau background putih ok, tak nampak kotak tu.bagi tips sikit.

  16. lawa2. sng phm nak wat logo. :)

  17. baru 1st time masuk website sifoo..memang best..boleh dpt byk info dan belajar benda baru. Anyway..nak tanya mcm mn nk save apa yg dh buat drp illust kepada format jpeg atau gif. Apa format yg sesuai utk logo dan brp saiz yg sesuai utk buat logo..TQ

  18. otai> itu nak letak kat mana? website ke? kalau kat website kena jadikan sekeliling tu transparent (guna GIF format atau PNG)

    ijan> nak save kepada format JPEG atau GIF kena pergi kat FILE > EXPORT

Hantar MaklumBalas

*Sila dapatkan Gravatar anda di www.gravatar.com