Terang Gelap?
Anda tidak puas hati atas kesilapan yang ada lakukan ketika menangkap gambar? Menyebabkan detik-detik bersejarah anda hilang begitu sahaja? Hari ini saya akan menunjukkan cara-cara menerangkan gambar yang gelap (dark) kepada terang.
SEBELUM & SELEPAS

Langkah 1
Bagaimana ia dihasilkan? Ia sangat mudah sekali, buka file kiah.jpg di dalam photoshop anda. Kemudian copy layer Background anda dan ia akan terhasil seperti contoh pada gambarrajah dibawah ini. Perhatikan!

Langkah 2
Setkan mode layer anda dari Normal kepada Screen, dan anda akan dapat lihat perbezaan seperti contoh pada gambarajah dibawah ini.

Contoh selepas menukar mode pada layer Background copy tersebut.

Masih nampak kekuningan pada gambar? tiada masalah, mari kita teruskan langkah bagi mengurangkan kekuningan pada gambar.
Langkah 3
Copy layer Background asal anda, kemudian merge layer Background copy 2 anda dengan layer Background copy yang telah anda setkan “screen” pada layer tersebut. Sila lihat contoh paparan dibawah ini.

Selepas itu merge (CTRL+E atau pilih pada Layer > Merge Down) layer ’screen’ anda kepada layer yang telah anda copy sebentar tadi. Lihat paparan dibawah ini.
Langkah 4
Setelah selesai, mari kita hilangkan kekuningan pada gambar dimana apa yang anda lakukan, pergi ke Images > Adjustment > Color Balance. Setkan level kod “Blue” kepada 70 serta setkan “Highlight” seperti contoh pada gambarajah dibawah ini.

Dan akhir sekali, anda akan melihat beberapa perubahan pada gambar yang gelap kepada terang lagi berseri. Harap ia akan kekal abadi hendaknya.
Paparan Terakhir

Selamat Mencuba.
Happy Browsing,
hairudy.net
* Perhatian: Semua imej di atas adalah hakmilik mutlak penulis. Semua muat-turun dan manipulasi terhadap imej/gambar ini hendaklah mendapat persetujuan bertulis dari penulis.





Komen oleh rozinorazali pada 17 September 2008:
langkah 3 tu konfius arr rudy…
Komen oleh hairudy pada 17 September 2008:
Ye En.Rozi, saya perbetulkan, rasa saya pun ada sedikit konfius .
Komen oleh aliff pada 11 October 2008:
semua nie guna photoshop yer??
=]
Komen oleh creatalent pada 26 October 2008:
ringkas dan senang bg mereka yg sudah familiar dgn photoshop..
Komen oleh mimie pada 2 November 2008:
mcm ne nk copy?tak fhm lngkah 1
Komen oleh mimie pada 2 November 2008:
tkan ctrl+j untk copy ke?
Komen oleh hairudy pada 2 November 2008:
ye saya… control J (ctrl=j)
Komen oleh mimie pada 2 November 2008:
yup..sy dpt buat..tq ats ajran awk
Komen oleh Momokz pada 21 November 2008:
Senang kerja… tq bro. Pasni buat la tutorial gambar yg ada macam black&white + kebiru-biruan
Komen oleh Hairudy pada 21 November 2008:
Ha..ok momokz weekend ni saya buat ok! thanx..
Komen oleh mimi pada 29 November 2008:
mcm mne nak bwt? xphm la…copy layer mcm mne?