Teks Membentuk Wajah
Bagaimana caranya untuk kita membuat bentuk wajah (atau apa sahaja) daripada susunan teks? Pendek kata, huruf pada teks yang tersusun membentuk satu bentuk wajah.
Imej di atas adalah hasil grafik yang akan kita buat.
LANGKAH 1:
Buka fail pramlee.jpg di dalam Photoshop. Kemudian, select All (Ctrl+A) dan copy.
Buka satu fail baru (Ctrl+N). Pastekan imej P. Ramlee ke dalam fail baru, namakan layer baru tersebut sebagai ‘P. Ramlee’. Jadi, kita mempunyai dua layer iaitu ‘Background’ dan ‘P. Ramlee’.
LANGKAH 2:
Klik pada menu Image > Adjustment > Threshold (Setkan Threshold Level: 190). Klik OK.
sifoo.com/v7/wp-content/uploads/2008/09/threshold.png”>
Ini adalah hasil threshold. Wajah P. Ramlee telah bertukar menjadi grafik hitam putih yang ‘kasar’ - seperti kesan photostat.
LANGKAH 3:
Buka fail lirik.txt (di dalam fail zip yang disertakan). Salin kesemua lirik tersebut (Copy). Dengan menggunakan Type Tool, buatkan satu kawasan teks secara keseluruhan imej. Kemudian, pastekan teks lirik sehingga memenuhi imej (lihat imej di bawah). Saya menggunakan font bersaiz 10pt.
LANGKAH 4:
Di dalam panel Layer, klik kanan di atas thumbnail layer Teks > Select Pixel (atau klik pada thumbnail tersebut sambil menekan Ctrl). Ini adalah untuk membuat selection kepada teks. Lihat imej di bawah.
LANGKAH 5:
Setelah selection dibuat, klik pada ikon ‘add layer mask‘ di bahagian bawah palet Layer.
Kemudian, pilih layer tesk dan setkan opacity layer kepada 20%.
HASIL:
Fail PSD - Teks Membentuk Wajah
*Klik kanan > Save Link As / Save Target As
(Telah dimuat-turun sebanyak 1246 kali)
Selamat Mencuba!
Popularity: 47% [?]
Jika anda baru di Sifoo.com, mungkin ada baiknya anda melanggani RSS Sifoo.com melalui email atau feed. Terima kasih kerana berkunjung!
Nota: Artikel atau tutorial ini hakmilik Sifoo.com. Aktiviti seperti meniru, menyalin, menciplak dan menerbitkan semula tanpa izin adalah ditegah sama sekali. Keizinan boleh diberikan sekiranya anda berminat dan berbincang dengan pihak Sifoo.com. Sila berikan kredit dan linkback kepada penulis asal dan laman web Sifoo.com.












Komen oleh putera_aladin pada 21 September 2008:
tutorial yang bagus.ringkas dan senang diikuti..
Jumlah komen oleh putera_aladin: 3
Komen oleh izzuera pada 23 September 2008:
so nice..
Jumlah komen oleh izzuera: 1
x sangka lh wat mcm2 gune photoshop..
da lame explore ke?
Komen oleh safirul pada 24 September 2008:
wah…bagus betol…
tima kasih….kerana bagi ilmu ni secara percuma
dah lama cari nak buat mcm mn….dpt jg akhirnya
tp…ada satu step tertinggal….
>>selepas buat selection pada teks>>add layer mask
>>layer mask yg wujud pada layer teks tu perlu di drag dan drop kan pada layer pramlee…….
itu saja…..tq
Jumlah komen oleh safirul: 2
Komen oleh Imran pada 24 September 2008:
safirul> Terima kasih! Rasanya step saya tu dah betul.
Selepas buat selection pada teks > Klik Add Layer Mask. Kemudian, select pula layer teks dan kurangkan opacity kepada 20%.
Komen oleh pakron0996 pada 25 September 2008:
totorial yang mudah difahami dan dapat mengikut dengan mudah…so easy, thanks…
Jumlah komen oleh pakron0996: 1
Komen oleh Firdauz pada 6 October 2008:
tutorial yang bagus. Salah satu inisiatif terbaik selain menggunakan adobe illustrator. teruskan perjuangan saudara.
Selamat Tahun Baru
Jumlah komen oleh Firdauz: 3
Komen oleh Fars pada 13 October 2008:
tutorial yang sangat berguna…thankz
Jumlah komen oleh Fars: 4
Komen oleh n00r pada 18 October 2008:
ilmu yang sangat berguna. budi baik anda hanya Allah dapat membalasnya dan terima kasih juga kepada syndromania.blogspot
Jumlah komen oleh n00r: 2
Komen oleh mimie pada 31 October 2008:
thumbnail layer Teks > Select Pixel (atau klik pada thumbnail tersebut sambil menekan Ctrl).tekan yg mane ye?confius la.
Jumlah komen oleh mimie: 7
Komen oleh Imran pada 31 October 2008:
mimie> kat palet layer, ada thumbnail (kotak gambar kecik tu). So, ada dua cara utk buat pixel selection -
1. Right Click atas layer > Select Pixel.
2. Tekan Ctrl sambil klik pda thumbnail.
Komen oleh mimie pada 2 November 2008:
sy mnta maaf..sbb bru beljar.so sy takdpt wat lg bile smpai step tu.sbb msh xjumpa lg..
Jumlah komen oleh mimie: 7
Komen oleh mimie pada 2 November 2008:
mksd awk Right Click atas layer > Select Pixel. mcm ne ye?
Jumlah komen oleh mimie: 7
Komen oleh Imran pada 2 November 2008:
mimie> buat apa yang saya mention sebelum ni kat dalam PALET LAYER. Dalam palet tu ada kotak-kotak kecil gambar dengan nama-nama layer. Kotak kecil tu adalah thumbnail. Tekan Ctrl sambil klik pada thumbnail (atau kotak kecil tersebut).
Harap dapat membantu.
Komen oleh mimie pada 2 November 2008:
ok tq..sy bjaya buat
Jumlah komen oleh mimie: 7
Komen oleh Oknik pada 8 November 2008:
maaf, sy msh xfhm, mcm mna nk buat 1 kawasan untuk paste lirik tu?
Jumlah komen oleh Oknik: 2
Komen oleh Imran pada 8 November 2008:
Oknik> Gunakan TYPE TOOL, kemudian klik dan drag tool tersebut di atas canvas. Kotak yang terhasil itu adalah kawasan teks.
Komen oleh budakbarubelajar pada 10 November 2008:
thanks SIFOO atas tunjuk ajar segala jasa baik hanya allah sahaja yang dapat membalasnya.. semoga sifoo.com semakin mantap.
Jumlah komen oleh budakbarubelajar: 1
Komen oleh AttN pada 13 November 2008:
erm…wah..senang sgt..dulu masa blaja dulu,lecturer ajar guna illustrator…susah…kena buat satu2…..hihihi…..mungkin time tu time blaja kan….kena mula cara yg susah dulu..nway,terima kasih…
Jumlah komen oleh AttN: 1
Komen oleh linie pada 15 November 2008:
ya..saya dh cuba yang ini.hebat!!
Jumlah komen oleh linie: 4
Komen oleh cruiseWar pada 21 November 2008:
tq,
memberi idea yg baru pd saya
Jumlah komen oleh cruiseWar: 1
Komen oleh Narmi pada 27 November 2008:
tutorial yang dicari selama ini dah pun jumpa. TQ sifoo
Jumlah komen oleh Narmi: 2
Komen oleh teka_teki pada 8 December 2008:
assalamualaikum…saya baru menggunakan photoshop ini..nak tanya
LANGKAH 3:
Buka fail lirik.txt (di dalam fail zip yang disertakan). Salin kesemua lirik tersebut (Copy). Dengan menggunakan Type Tool, buatkan satu kawasan teks secara keseluruhan imej. Kemudian, pastekan teks lirik sehingga memenuhi imej (lihat imej di bawah). Saya menggunakan font bersaiz 10pt.
fail lirik.txt nak ambil kat mana?kemudian type tool tu dekat mana atau saya punya photoshop jenis yang lama?
Jumlah komen oleh teka_teki: 1
Komen oleh Imran pada 9 December 2008:
Teka_teki> fail lirik.txt (download fail PSD, di akhir artikel ini).
Type Tool = Text Tool, photoshop jenis lama juga ada tool ini.
Komen oleh shimizu pada 8 January 2009:
langkah 4…please…xfaham la…huhu…
Jumlah komen oleh shimizu: 1
Komen oleh Imran pada 9 January 2009:
shimizu:
kat palet layer, ada thumbnail (kotak gambar kecik tu). So, ada dua cara utk buat pixel selection -
1. Right Click atas layer > Select Pixel.
2. Tekan Ctrl sambil klik pda thumbnail.
Komen oleh firdaus pada 6 February 2009:
hebat!!! xsgnka sy dpt buat.. mekasih.
Jumlah komen oleh firdaus: 1
Komen oleh haffize pada 17 February 2009:
Imran.. saya guna photoshop 7.0 je.. selepas select text dan klik pada add layer mask dan set opacity pada 20%, tak jadi apa pon, cuma seperti tulisan biasa yang dikurangkan opacity dan berada atas layer gambar.. harap dapat bantu..
Jumlah komen oleh haffize: 1
Komen oleh Imran pada 18 February 2009:
Haffize:
Saya tak ingat pula kalau-kalau PS7 ada limitation ke tak. Tapi saya rasa ini function asas.
Cuba pastikan masking tu dibuat dengan betul. Di layer yang betul. Dan sebelum buat masking tu, teks itu telah diselect macam yang dalam steps kat atas.
Komen oleh annaloq pada 14 April 2009:
salam sifoo…pening saya…saya ada perasan kat ‘add layer mask’ tu warna hitam…cemana nak buat tu..
Jumlah komen oleh annaloq: 2
Komen oleh Imran pada 16 April 2009:
annaloq,
sila teliti Langkah 5 - klik pada ikon ‘add layer mask’ yang berada di bahagian bawah palet layer.
T-Shirt Sifoorian
Komen oleh gestapo pada 22 April 2009:
xfaham lah langkah 4 ???
Jumlah komen oleh gestapo: 2
Komen oleh syamilia pada 28 April 2009:
best tutorial…nk try gak la…
bg tutorial lg ek…
susah benar nk cr tutorial sng cenggini…
tq
Jumlah komen oleh syamilia: 1
Komen oleh mohdisa pada 27 May 2009:
wah, kena pakai pic portrait je ke?
Jumlah komen oleh mohdisa: 7
Komen oleh Imran pada 27 May 2009:
mohdisa, tak semestinya portrait.
boleh manipulate untuk imej lain.
be creative!
T-Shirt Sifoorian
Komen oleh lie pada 21 June 2009:
info bro bro
bgos utk org yg baru blajar Photoshop.
Jumlah komen oleh lie: 1
Komen oleh naDia pada 28 July 2009:
bagus n easy.. boleh pilih colour len tak selain balck and white.. triMassss… !
Jumlah komen oleh naDia: 1
Komen oleh Kecik pada 29 October 2009:
Hmmm…teknik ni bagus kalau didedahkan dengan my students…
diorang mesti excited nak cuba…
Jumlah komen oleh Kecik: 1
Komen oleh tawakita.com pada 3 December 2009:
terimakasih atas tutorialnya, seep pokok na
Jumlah komen oleh tawakita.com: 1
Komen oleh azhar pada 20 January 2010:
thanx bro! very helpful..:)
Jumlah komen oleh azhar: 3