Akan Tiba: StokSifoo
Muat-turun di Sifoo.com
Mengapa pilih Sifoo.com untuk menambah kemahiran dan pengetahuan anda? Kami menawarkan anda pilihan terbaik untuk “Keahlian Berbayar” yang membolehkan anda mendapatkan lebih banyak pilihan untuk laman tutorial web Sifoo.com ini. Berikut adalah sebab-sebab kenapa anda harus turut serta:
Contoh photoshop/illustrator file untuk anda
- Lihat bagaimana sebenarnya ‘layer’ diaturkan.
- Menyalin ’styles’ secara cepat dan mudah.
- Dan memeriksa kesemuanya dengan sedikit mendalam.
- Teknik mudah dan ringkas untuk anda salin kembali.
Dengan lebih 100 fail yang ada untuk dimuat turun (photoshop/illustrator file), keahlian ‘StokSifoo’ akan membantu mempercepatkan proses kefahaman anda dengan lebih pantas dan berkesan. Dengan contoh file yang anda muat-turun ini memudahkan anda meniliti setiap layer pada photoshop/illustrator dan teknik-teknik penghantar karya.
Keahlian StokSifoo
Dengan keahlian ‘StokSifoo Plus’ anda akan diberikan laluan muat-turun untuk ‘Ahli-Sahaja’ tutorial dan fail. Ini akan dipaparkan setiap beberapa minggu. Jangan bimbang kepada penyumbang karya, ini kerana pihak Sifoo.com akan membayar setiap penghantaran karya anda dengan harga berpatutan.
(Harap maklum setiap penghantar karya tidak bermaksud pihak Sifoo.com akan menerima bulat-bulat dari anda. Pihak Sifoo.com akan menilai terlebih dahulu karya anda, selepas itu pihak Sifoo.com akan menghubungi anda bagi memberitahu karya anda terpilih untuk keluaran akan datang dan menerima pembayaran dari kami. Ini kerana kami menjaga mutu dan kualiti pada hasil asli karya anda yang akan di kongsi kepada ahli berbayar)
Tunjukkan kecintaan anda dan sumbangkan ke StokSifoo
Setiap bulan kami membelanjakan beribu-ribu ringgit untuk web ini, mencari penulis-penulis tutorial terbaik, mengadakan pertandingan reka gempur, membayar sumbangan-sumbangan dari komuniti, memastikan ‘hosting’ dan ‘bandwith’ berjalan dengan lancar dan terus untuk mempertingkatkan lagi laman ini.
Komitmen kami adalah untuk memberi laman “StokSifoo” terbaik di web. Sebagai ‘Plus Ahli’, anda akan menyumbang untuk menjadikan laman ini lebih baik dari yang sedia ada. Dengan penyertaan dan berkongsi ilmu, pasti anda akan dapat menambah kemahiran dan idea anda.
Nantikan ketibaan sedikit masa lagi, yang penuh dramatik dan menjadi kegilaan para remaja, pelajar IPTA/IPTS, penggiat karya seni dan malah tidak ketinggalan golongan korporat untuk mendapatkan sentuhan PSD/AI file dari ahli-ahli Sifoo.com.
Anda boleh muat-turun contoh yang kami hasilkan disini dengan sekali sengatan dari lebah sifoo.

*Klik kanan > Save Link As / Save Target As
(Telah dimuat-turun sebanyak 121 kali)
Happy Browsing,
hairudy ![]()





Komen oleh Imran pada 16 September 2008:
Yep, Sifoo.com akan terus menghidangkan yang terbaik sebagai ’sumber’ kepada anda semua! Jom support kami…
Komen oleh belanda pada 16 September 2008:
Satu lagi pembaharuan dalam dunia Creative Malaysia. Syabas. Semoga kita disini dapat bantu membantu antara satu sama lain.
dan Syabas jugak bangsa kita sudah maju setapak lagi.
Dunia IT sekarang bergerak pantas. Setiap sesaat design di alam
maya berubah. Tidak seperti dulu.
Komen oleh ayie@magma pada 16 September 2008:
bagus nie rudy, ada apa2 yg gue leh tolong???
Komen oleh akira pada 16 September 2008:
kewll man…. new fresh idea from sifoo team….
Komen oleh hairudy pada 16 September 2008:
To Belanda >
Wow…expert graphic design dah masuk ni. Pergh.. Terima kasih banyak-banyak En.TheBelanda.Insyallah kita sama-sama naikkan taraf Dunia IT dimalaysia.
To Ayie@magma > Boleh, nanti saya email kepada saudara.
Komen oleh Hafezh pada 16 September 2008:
Selamat maju jaya
Komen oleh hairudy pada 16 September 2008:
To Akira > Bro dah lama tak jumper expert Illustrator ni. Terima kasih kerana memberikan idea-idea yang bernas.
To Hafezh > Selamat Datang ke Sifoo.com
Komen oleh Imran pada 16 September 2008:
Rasanya, apa yg designer boleh start prepare dari sekarang ialah fail-fail PSD/AI yang nak dijual kepada Sifoo.com. Pastikan artwork yang berguna untuk orang-ramai.
Contoh hasil kerja yang orang perlukan:
1. Teknik/Efek
2. Template-Web,Logo, Kad2 Jemputan Kahwin, Kad2 Ucapan
3. Idea-idea baru
5. Eksperimentasi
Sifoo.com akan reviu dan akan beli fail-fail yang berkualiti!
Komen oleh haidil pada 17 September 2008:
Hehehe..mesti best nyer StokSifoo ni..xsabar lak nk tunggu kelahirannya..
Komen oleh Amrie pada 17 September 2008:
Sifoo memang best. majulah cretiviti malaysia. malaysia boleh
Komen oleh peacepeijal pada 17 September 2008:
Agak2nye.. rate yg akan dijual minima kepada berapa ringgit? misalnya design complete kad kahwin dan tutorial?
Komen oleh hairudy pada 17 September 2008:
Hi peacepeijal,
Buat masa terdekat ini, pihak sifoo.com masih belum membuat kata putus berkenaan dengan harga tersebut. Kami akan mempercepatkan process ini.
Harap maklum.
Komen oleh haidil pada 18 September 2008:
Benda baik jgn lama2 bro..suma kat sifoo.com ni mmg dh menanti-nanti buah nk jatuh..bila jatuh, confirm mcm durian runtuh nyer..Majulah Sifoo.com untuk Grafik & Multimedia Malaysia
Komen oleh Imran pada 18 September 2008:
Haidil> InsyaAllah tak lama. Harga tu dah ada sebenarnya. Cuma tunggu masa nak diumumkan shj.
Komen oleh peacepeijal pada 18 September 2008:
maybe boleh buat 2 type.. satu free satu lagi berbayar.. berminat nak join atleast bleh tmbah income..
Komen oleh Imran pada 18 September 2008:
peacepijal> yang free,kita akan maintain tutorial yg seperti sedia ada. section yg free still boleh dinikmati oleh semua orang macam biasa.
yang berbayar ni additional, xtra (so kalau nak, boleh subscribe, dapat la xtra tutorial)
Komen oleh samurai pada 23 September 2008:
salam..
nak tnye, cm ne nak wat kerawang dlm illustrator?
tau copy past je…
Komen oleh samurai pada 23 September 2008:
salam…
klu kte nak cmbain pickan, mcm ne nak wat father takat dada je ha???
Komen oleh Imran pada 23 September 2008:
samurai> aisehmen, tolong tulis dengan jelas sikit. Saya agak kurang faham dengan soalan anda. Untuk yang kerawang tu, kena praktis pakai Pen Tool utk create illustration kerawang.
Komen oleh ibn.azzis pada 24 September 2008:
Yosh!
CunLah SDC..
Hairudy, let me know if u need any help..
Aku sedia membantu..
Komen oleh hairudy pada 24 September 2008:
Terima Kasih ibn.azzis. Yes memang cun
Komen oleh peacepeijal pada 29 September 2008:
misalnye la kan ade koleksi file yg aku donload FREE dari web mane2 la kan.. so aku uploadkan kasi stok penuh kt sdc bleh ke?
Komen oleh hairudy pada 8 October 2008:
peacepeijal,
sama sekali tidak dibenarkan. harap maklum.
Komen oleh firdauz pada 18 October 2008:
kemajuan berterusan untuk sifoo.com. Syabas
Komen oleh wawasalwa pada 29 October 2008:
teruskan usaha sifoo.. setuju kalau nak yg lebih advance dapatkan yang berbayar .. so, sesiapa yang nak lebih ilmu kena usaha lebih sikit
Komen oleh azizhjyaras pada 6 November 2008:
aku tidak mahu ketinggalan bosku…walau aku jauh di tawau sabah. aku sokong dan akan jadi ahli nanti.tiada yang free untuk ilmu yang berkat… mari sokong ramai-ramai