Profil Penulis

author photo

Imran Abdul Jabar: Pengasas Sifoo.com. Melibatkan diri di dalam bidang grafik/multimedia dari tahun 1998. Kini, bergiat secara aktif sebagai Trainer/Instructor untuk kursus-kursus grafik dan multimedia. Blog: http://imranabduljabar.com

Lihat semua pos oleh Imran

Dapatkan Color Scheme dengan Mudah

26 September 2008 | Pos Terkait | Dalam Kategori

Pernahkah anda pening kepala  mencari color scheme yang sesuai untuk rekabentuk anda? Kini anda tidak perlu risau lagi kerana Kuler boleh membantu anda.

PENGENALAN

Adobe® Kuler™ merupakan produk Adobe yang membolehkan kita mengeksplorasi, menghasilkan dan berkongsi color scheme (skema warna). Kuler adalah aplikasi web yang menjana skema warna. Yang paling penting sekali ialah ianya PERCUMA!.

Kuler juga boleh diakses daripada Photoshop, Illustrator, Flash dan InDesign.

KULER.ADOBE.COM

Laman web Kuler ialah http://kuler.adobe.com.

Senarai Skema
Di dalam laman web ini, anda boleh melihat senarai skema warna yang ada mengikut senarai Terkini, Paling Popular, Undian Tertinggi atau senarai rawak.

Carian
Anda juga boleh membuat carian terhadap ribuan skema warna yang terdapat di dalam Kuler. Carian boleh dibuat berdasarkan perkataan tag, tajuk, pencipta atau kod warna Hex.

Muat-turun
Format muat-turun adalah *.ASE (Adobe Swatch Exchange) yang boleh dibuka di dalam Photoshop, Illustrator, Flash dan InDesign. Anda cuma perlu mendaftarkan diri dengan Adobe.com untuk mendapatkan Adobe ID (percuma).

KULER @ ADOBE AIR

Anda juga boleh mengakses Kuler daripada desktop komputer anda. Apa yang perlu anda lakukan ialah memasang Adobe AIR di dalam komputer anda. Dapatkan Adobe AIR di sini: http://get.adobe.com/air/

Kemudian, dapatkan pula aplikasi Kuler Desktop di sini: http://www.adobe.com/go/kuler_air.

HASILKAN SKEMA WARNA

1. Pilihan daripada warna
Skema warna boleh dibuat daripada pilihan warna. Anda boleh menentukan sendiri set warna yang anda suka. Kuler menyedia beberapa pilihan seperti Aanalogue, Monochromatic, Triad, Complimentary, Compound, Shades dan Custom.

sifoo.com/v7/wp-content/uploads/2008/09/kuler_color.jpg”>

2. Pilihan daripada imej
Atau, anda boleh mendapatkan skema warna daripada pilihan imej. Anda boleh gunakan imej sedia ada, atau daripada flickr.com atau pun anda boleh upload imej daripada komputer anda.

3. Save set skema warna anda
Setelah berpuas hati dengan pilihan skema warna, anda boleh menyimpannya dengan menekan butang Save.

Rekod skema warna anda akan disenaraikan di dalam Kuler. Anda juga boleh memuat-turun fail ASE ke dalam komputer anda. Klik butang Download dan save fail tersebut ke dalam komputer anda. Sebaiknya anda boleh menyimpan di dalam folder Preset > Swatches (folder Photoshop, Illustrator, InDesign, Flash).

KULER MEMUDAHKAN!

Selamat mencuba Kuler!

Jika anda baru di Sifoo.com, mungkin ada baiknya anda melanggani RSS Sifoo.com melalui email atau feed. Terima kasih kerana berkunjung!

Nota: Artikel atau tutorial ini hakmilik Sifoo.com. Aktiviti seperti meniru, menyalin, menciplak dan menerbitkan semula tanpa izin adalah ditegah sama sekali. Keizinan boleh diberikan sekiranya anda berminat dan berbincang dengan pihak Sifoo.com. Sila berikan kredit dan linkback kepada penulis asal dan laman web Sifoo.com.

Terdapat 11 Maklumbalas Setakat Ini. »

  1. wow.. thanks sifoo..kene cpt2 cuba kuler nih.
    kadang2 payah nak matchkan color2 utk web design..
    cthnyer design yang perlukan 3,4 color so ade color tak matching ngan yg lain.. color corporat jugak buat sy pening utk matching n mtk sifoo bg skit tips utk match color nih.. terutma skali utk web2 design utk gov website cam pbt (phk berkuasa tmptn) yg nak kan konsep color ikut logo walhal logo tu dah lame n buruk.. so mmg pening la utk buat desgin if berkonsepkan logo nih..
    mtk sifoo bg sedikit komen..
    thanks..
    Jumlah komen oleh endless: 7

  2. endless> kadangkala mmg ada cabaran bila terpaksa buat design berdasarkan rupabentuk logo (esp. logo style lama yg macam emblem, jata). tapi cabaran tu yang seronok sebab ia akan membuatkan kita berfikir di luar kotak.

    tips:
    1. buat banyak research
    2. jangan terlalu fokuskan pada logo
    3. mungkin boleh cuba gunakan konsep minimalis
    4. atau, konsep smart & clean (less grafik manipulation)

  3. ya..aku penah pakai kuler neh..memang best in the world la..:D

    Entri terkini di laman blog reezluv:
    [HOT!!!]New Design Service 2009!

    Jumlah komen oleh reezluv: 5

  4. salam.

    camna nak download bro . kuler nih saya try tak boleh lah …
    Jumlah komen oleh wawasalwa: 6

  5. Boleh download daripada: http://www.adobe.com/go/kuler_air
    Tapi kena dapat Adobe ID dulu. Kena register, percuma.

  6. [...] Dengan Adobe kuler, korang tak payah susah-susah nak fikir colour scheme yang sesuai untuk projek design korang! Sangat mudah dan FREE!! Kau boleh tengok detail kat sifoo.com. [...]

  7. nie mmg mudah kn kerja pewarnaan kn. :)) xyah penink pikir skem warna. nice. thnx2. ;) Jumlah komen oleh syed_ayep: 6

  8. salam bro, nape file ASE yg aku dwload kuler ni tak match(takleh bukak) ngan photoshop and illustrator aku?
    Jumlah komen oleh ajib: 2

  9. ajib> Apa error dia ya? Pakai version berapa? Sebab saya cuba kat PS CS3 ok je.

  10. aku pakai illus CS2.bukan error tp die cakap tak support file ASE tu.ada idea tak cmne nak guna colour scheme tu pakai CS2?
    Jumlah komen oleh ajib: 2

  11. ajib> kalau tak support, hmmm. Trick yang ‘pandai’ yang boleh cuba ialah Print Screen dan guna Eyedropper la dalam PS or AI.

    *Kalau aku jumpa pasal Kuler utk CS2, nanti aku pos kat sini. Or kalau ada sesapa yang tau bleh share kat sini.

Hantar MaklumBalas

*Sila dapatkan Gravatar anda di www.gravatar.com