Ceramah: Multimedia & Masa Hadapan, UPSI
Hari ini aku memenuhi jemputan wakil pelajar-pelajar multimedia, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim untuk menyampaikan ceramah. Ceramah yang bertajuk “Multimedia dan Masa Hadapan” untuk program Wacana Multimedia.
Setibanya di UPSI aku disambut oleh Cik Iklil, En. Din dan Cik Siti selaku AJK program. Aku sampai kira-kira 10.30 pagi…awal jugalah memandangkan ceramah akan bermula jam 12 tengahari.
Sesi ceramah bermula kira-kira jam 12.15 tengahari di Dewan Kuliah, Fakulti Sains Komputer. Selepas ucapan pembuka oleh pengerusi majlis dan pengarah program, aku pon dijemput untuk menyampaikan ceramah aku. Matlamat ceramah ini adalah untuk berkongsi pengalaman dengan pelajar-pelajar mengenai dunia kerjaya multimedia. Diharapkan mereka dapat bersedia untuk menghadapi dunia kerjaya apabila tamat pembelajaran nanti.
Aku mulakan ceramah dengan mengucapkan terima kasih kepada ajk program dan Pn. Norzu, pensyarah UPSI yang sudi menjemput aku menyampaikan ceramah tersebut. Kemudian, aku mula memperkenalkan diri dan latarbelakang aku di dalam bidang grafik dan multimedia. Seperti biasa, ramai yang tertarik kerana penglibatan aku di dalam bidang multimedia ini tiada kena mengena dengan apa yang aku belajar masa di universiti dahulu. Aku dapat ijazah di dalam bidang kejuruteraan mekanikal di Virginia Tech University, USA. Jadi, aku beri penekanan bahawa dengan usaha dan minat, kita boleh berjaya.
Setelah itu, aku ceritakan secara ringkas tentang Sifoo.com yang menjadi satu projek peribadi aku untuk menyumbang kepada masyarakat Malaysia. Ada juga di antara hadirin yang pernah mengakses Sifoo.com.
Suatu ketika dahulu, sebelum tahun 1990-an, masyarakat dunia adalah “masyarakat industri”. Kini, ianya sudah beralih kepada “masyarakat maklumat”. Maklumat atau informasi adalah perkara yang boleh diniagakan pada zaman ini. Ada orang boleh menjadi jutawan dengan hanya menjual maklumat. Apa yang perlu kita buat ialah “grab the opportunity”.
Pelajar-pelajar multimedia patut merasa beruntung kerana bidang multimedia adalah luas dan lebar pasarannya. Mereka boleh menjadi multimedia programmer, multimedia designer, graphic designer, animator, web developer, video producer, sound producer, storyboarder dan instructional designer.
Aku ada kongsikan tips kepada hadirin tentang melangkah ke alam pekerjaan terutamanya ketika mencari dan menghadiri sesi temuduga. Dilema “fresh grads” adalah frasa ini - “pengalaman diperlukan”. Persoalannya, untuk “fresh grads”, bagaimana nak dapatkan pengalaman jika tidak diberi peluang untuk bekerja…kan? Jangan salahkan industri. Pelajar boleh dapatkan “pengalaman” tersebut. Caranya:
- Cipta projek sendiri - sesuatu yang boleh dipersembahkan ketika sesi temuduga
- Sekiranya mampu, hasilkan beberapa projek yang lengkap
- Eksplor teknologi terkini ketika menyiapkan projek tersebut
Projek tersebut adalah “pengalaman”.
Sekiranya, ditanya ketika dalam sesi temuduga, pasti mereka boleh menceritakan tentang pengalaman, pengetahuan, prosedur dan teknik bagi menghasilkan projek tersebut. Sama seperti orang yang mempunyai pengalaman kerja. Jadi, boleh dapat pengalaman? Anda sendiri tentukan.
Aku juga menekankan tentang betapa perlunya “keeping up” dengan teknologi terkini walau pun pihak universiti tak mampu nak “keep up”. Kena rajin dapatkan maklumat daripada industri.
In order for this industry to succeed, the supply of the skilled labor must meet the industry demands
Pelajar mesti bersiap daripada sekarang, iaitu sebelum tamat pembelajaran lagi.
- Mulakan daripada sekarang!
- Resume = penting, dah buat?
- Hasil / contoh kerja = pengalaman
- Eksplor sendiri = tingkatkan daya learning curve
- Tetapkan kerjaya impian anda sekarang
- Yakin dengan diri dan kemahiran anda
Anda tentukan masa hadapan anda sendiri
Secara, kesimpulannya ceramah aku lebih berkisarkan masa hadapan pelajar-pelajar tersebut. Diharapkan apa yang aku kongsikan dapat memberi manfaat serba-sedikit kepada mereka. Bekalan untuk mereka menghadapi masa hadapan mereka.
Itu sahaja report daripada UPSI. Sekian.





Komen oleh siti alwani pada 22 October 2008:
Assalamualaikum,
Encik Imran, terima kasih kami ucapkan kerana encik sudi meluangkan masa dan suara untuk program kami Wacana Multimedia. Ilmu yang diberikan oleh encik amat berguna untuk kami sebagi bakal graduan yang akan menempuh alam pekerjaan tidak lama lagi. Insya Allah, segala ilmu yang dicurahkan akan kami praktis bermula dari sekarang. Diharapkan, encik dapat membantu kami yang masih terlalu cetek ilmu pengetahuan ini.
Komen oleh siti alwani pada 22 October 2008:
Assalamualaikum,
Saya wakil penganjur program Wacana Multimedia mengucapkan ribuan terima kasih kerana kesudian Encik Imran meluangkan masa dan tenaga dalam menyampaikan ceramah kepada kami pelajar-pelajar UPSI. Ceramah yang diberi amat berguna kepada kami bakal graduan yang akan menjejakkan kaki ke alam pekerjaan tidak lama lagi. Insya allah, ilmu yang diberi akan kami praktis bermula dari sekarang.
Komen oleh Miss Sifoo pada 22 October 2008:
salam.
saya ex stduent upsi.antara pelawat terawal laman web ni mase encik baru setup..sgt kagum sbb ada dr org malaysia.
Komen oleh norzu pada 23 October 2008:
as’kum en imran, terima kasih sudi memeriahkan program kami..lain kali boleh la ajak lg…kami sgt berbesar hati atas kehadiran en imran…alhamdulillah semua berjalan lancar..jemput dtg lg ye..
Komen oleh ieyda pada 23 October 2008:
Terima kasih byk2 pd en Imran krn sudi dtg ke UPSI.segala input yang en. bagi amat berguna utk kami menempuh di alam pekerjaan nnti.terima ksih byk2 krn berkgsi ’secret recipe’ kejayaan en.
Komen oleh Aizam a.k.a Hijack pada 28 October 2008:
Oh Alangkah baiknya jika aku sempat jumpa En.Imran (lama x jumpa last jumpa masa kat Microsoft Malaysia (KLCC) 2 thn lepas…. AKu pun salah seorang bekas Staff UPSI.. Mesti Pn.Norzu kenal dgn saya.. kot..
Komen oleh ina_garfield84 pada 28 October 2008:
salam.thankz kepada Encik Imran atas kesudian menerima jemputan kami.Thankz juga atas info yang berguna..pasnie bley la datang lagi bagi talk lagi..:)
Komen oleh Imran pada 28 October 2008:
Satu program yang simple tapi saya rasa bagus untuk pendedahan kepada pelajar.
InsyaAllah, kalau diberi peluang, dijemput lagi…saya boleh aje hadir.
Mana2 univ/kolej yang nak jemput pihak Sifoo.com bolehlah juga jemput kami. InsyaAllah, kami akan hantar wakil.
Komen oleh Aun pada 13 December 2008:
Lega apabila saya baca artikel ceramah Encik Imran,hehe
sebelum ini saya berasa bimbang ttg bidang multimedia yg dipelajari sem 1 ini yg dianggap kurangnya peluang kerjaya.
UUM student