Profil Penulis

author photo

Imran Abdul Jabar: Pengasas Sifoo.com. Melibatkan diri di dalam bidang grafik/multimedia dari tahun 1998. Kini, bergiat secara aktif sebagai Trainer/Instructor untuk kursus-kursus grafik dan multimedia.

Lihat semua pos oleh Imran

Maskara Shorties

27 October 2008 | Pos Terkait | Dalam Kategori

feature photo

Program: Maskara Shorties

Tempat: Rumah Pena, No. 734, Jalan Lapangan Terbang Lama, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan 50470

Tarikh: 1 November 2008

Info: http://maskara-shorties.blogspot.com/

Maskara Shorties: Sebuah portal kreativiti yang mengumpulkan karya-karya seni masyarakat Malaysia. Projek Maskara ini berfungsi sebagai tapak untuk penggiat filem pendek mempersembahkan hasil karya mereka.

Pertemuan dua kali sebulan di Rumah Pena, Kuala Lumpur. Antara aktivitinya ialah pembacaan sajak, persembahan muzik, silap mata dan sebagainya.

Untuk edisi kali ini, Geng DV Sifoo tidak ketinggalan untuk turut serta dengan filem pendek yang bertajuk “Sebuah Karangan Bertajuk Kuala Lumpur“. Antara yang terlibat di dalam pembikinan filem pendek ini ialah rudinaz, kid, zalee, mr jahn, hegira, phytosis, exike, nuppy, spirits, dan petrakhus3d.

Filem ini mengisahkan seorang pelajar miskin yang menulis karangan tentang Kuala Lumpur daripada sudut pandangan hatinya.

Anda dijemput hadir ke Maskara Shorties anjuran Sindiket Soljah ini.

Jumpa di sana!

Hantar MaklumBalas

*Sila dapatkan Gravatar anda di www.gravatar.com