Profil Penulis

author photo

Imran Abdul Jabar: Pengasas Sifoo.com. Melibatkan diri di dalam bidang grafik/multimedia dari tahun 1998. Kini, bergiat secara aktif sebagai Trainer/Instructor untuk kursus-kursus grafik dan multimedia.

Lihat semua pos oleh Imran

Kodbar Gradient

30 October 2008 | Pos Terkait | Dalam Kategori

Inginkan gradient yang lain daripada yang biasa? Kali ini kita akan memanipulasikan alatan gradient untuk menghasilkan kodbar gradient.

Saya akan tunjukkan kaedah untuk menghasilkan gradient di atas dengan mudah.

LANGKAH 1:

Pilih Gradient Tool daripada Toolbar. Kemudian, klik pada thumbnail gradient di atas Option Bar (bahagian atas Photoshop - lihat imej di atas). Ini akan membuka Gradient Editor.

LANGKAH 2:

Tukarkan:

  1. Gradient Type kepada Noise.
  2. Roughness kepada 100%.
  3. Tandakan Add Transparency.

Klik butang ‘Randomize’ untuk mendapatkan kombinasi gradient yang berbeza-beza.

Dengan setting di atas, kita akan dapat gradient seperti di bawah:

Sekiranya, kita tukarkan:

  1. Gradient Type kepada Noise.
  2. Roughness kepada 50%.

Kita akan dapat gradient seperti di bawah:

LANGKAH 3:

Untuk mendapatkan kodbar yang monochrome, klik menu Image > Adjustments > Desaturate.

Kemudian, guna Rectangle Marquee Tool, untuk membuang sebahagian gradient (di bahagian bawah).

Di ruang yang telah dibuang tadi, isikan dengan nombor menggunakan Type Tool (Saya gunakan font Courier Std).

Selamat mencuba!

Terdapat 10 Maklumbalas Setakat Ini. »

  1. Wow..cukup menarik..aku suka..
    aku belum pernah cuba usik gradient editor kat CS2..
    lepas ni pasti nak cuba.

    ::Thanks Sifoo

  2. tq sifoo…
    leh la gune gradient ini untuk aply kat background..
    hehe..
    thanks..

  3. alhamdulillah
    Tq byk2 tuan imran
    utk pengetahuan imran
    hari2 aku masuk opis jer websiTe sifoo aku kena tgk
    kot2 ader benda baru boleh aku belajar dr team SifOo

  4. salam,nk wat kodbar gradient nie blh guna photoshop cs2 dan kebawah x?sbb gradient editor tu xde pun…:)

  5. eiy-ja> boleh…ada la gradient bar tu. cuba cek balik

  6. :),ade..tq.careless misstake.lagi satu nk tanya,en.imran xde wat tutorial tuk video ker?

  7. Iye2 btol kte eiy-ja,sye da lme mnggu tutorial photoshop berbntuk video..hrap keluarkan secepat mungkin yer…..hehe
    Gradient ni cntik….thnx kongsi ilmu…..

  8. sifoo ley x tolong ajar aques wat background korporat…..xde idea dh ni…peningnyer kepale…boleh tolong?berkenaan dgn majlis konvensyen…

  9. hi
    saya nak bertanya bagaimana kaedah untuk kita nak buat umpama ada bayang dibawah seperti diatas kaca @ permukaan air.Tolong

  10. wow. ini menarik. thnx2. :))

Hantar MaklumBalas

*Sila dapatkan Gravatar anda di www.gravatar.com