Profil Penulis

author photo

Imran Abdul Jabar: Pengasas Sifoo.com. Melibatkan diri di dalam bidang grafik/multimedia dari tahun 1998. Kini, bergiat secara aktif sebagai Trainer/Instructor untuk kursus-kursus grafik dan multimedia.

Lihat semua pos oleh Imran

Asas: Penggunaan Masking

12 November 2008 | Pos Terkait | Dalam Kategori

Masking adalah teknik asas yang digunakan bagi membuat komposisi grafik. Mungkin juga tak ramai yang tahu tentang penggunaan teknik asas ini. Mari kita cuba.

Perhatikan visual di atas.
1. Satu imej yang diletakkan di dalam satu layer.
2. Satu teks diletakkan pula di atas layer imej tadi.
3. Satu selection dibuat mengikut bentuk teks.
4. Masking diletakkan ke atas imej, lalu menghasilkan grafik yang begini.

LANGKAH ASAS

Langkah Satu:

Buat satu fail baru dan masukkan satu imej ke dalam fail baru itu. Maknanya, kita akan mempunyai dua layer - Background dan Layer 1 (yang saya tukarkan kepada ‘imej’)

Langkah Dua:

Pilih alatan Type daripada toolbar. Tuliskan satu teks di atas fail. Satu layer baru khusus untuk teks tersebut akan terhasil.

*Pilih jenis font yang tebal (bold, black) supaya hasil masking nanti akan lebih jelas kelihatan.

*Sekarang layer ada tiga. Lihat visual di bawah.

Langkah Tiga:

Seterusnya, kita akan membuat satu selection mengikut bentuk teks. Caranya ialah dengan menggunakan teknik Ctrl+Klik pada thumbnail (di sini mungkin ramai yang keliru).

1. Tekan key Ctrl (jangan dilepaskan).
2. Gerakkan mouse ke palet layer, dan ke arah ‘thumbnail’ layer teks (thumbnail = kotak-kotak kecil di dalam palet layer).
3. Klik thumbnail tersebut sambil masih lagi menekan key Ctrl.
4. Satu selection akan terhasil.

LANGKAH 4:

Klik pada ikon ‘mata’ pada layer teks (untuk menyorokkan (hide) layer tersebut).

Sekarang, klik pada layer ‘imej’ di dalam palet layer. Kemudian, klik pada butang ‘Add layer mask’ di bahagian bawah palet layer untuk menghasilkan masking.

HASIL:

*Applykan sedikit efek - Drop Shadow dan Outline Stroke.

Fail PSD - Masking Asas
*Klik kanan > Save Link As / Save Target As
(Telah dimuat-turun sebanyak 111 kali)

Selamat mencuba!

Terdapat 7 Maklumbalas Setakat Ini. »

  1. Best giler..tq.

  2. best! nk cuba gak.. hehhe

  3. It’s very useful.tq

  4. ni kena try letak kat blog

  5. mmg best, dah try dah jadi ckit2 cam sifoo wat tpi camner nk besarkan lgi font tu erk? sy pnyer max size 72 jer,,

  6. jarulez>
    Nak besar lagi bleh taip sendiri nilaian teks tersebut (yg lebih daripada 72). Atau, gunakan Free Transform Tool kepada teks tersebut.

  7. ok dah jadi thanks,,
    byk lg yg sy kna blja ni…

Hantar MaklumBalas

*Sila dapatkan Gravatar anda di www.gravatar.com