Kesan Khas Pada Titisan Hujan
Setelah mempelajari cara membuat Titisan hujan menggunakan Brush tool… kali ini anda akan mempelajari cara kedua bagaimana hendak membuat kesan khas seperti hujan lebat pada gambar yg di ambil, Jom kita mulakan.
Kita mulakan dengan Paint kan hujan pada gambar
Download gambar yg diberi dan savekan sebagai nama yg senang diingat. Ikut langkah seterusnya… dan untuk mendapatkan keadaan yg sebenar atau real, Anda perlu beka dgn keadaan sekeliling gambar tersebut. Perlu diingat Layers, Eraser tool, Normal Brush Tool dan jugak Brush hujan berlainan dilakukan untuk menampakkan ianya seakan real, Jom kita mulakan.
1. Click pada Original File ini… dan anda akan di paparkan dgn gambar sebenar. Apa yg perlu anda lakukan click mouse kanan pilih save picture as… sebagai nama yg senang diingat.
2. Add layer baru dan tukarkan Normal ke Soft Light bersebelahan Opacity, pastikan Brush size dalam 10px kemudia Click mouse kiri untuk Paintkan dari kiri ke kanan dengan pelahan.
3. Pilih Eraser Tool untuk padam kawasan yg wajib sahaja.

4. Add layer kedua… kali ini kita cuba kawal hujan dalam posisi berbeza… Paint hujan kemudian tekan papan kekunci (Ctrl + T) dan Rotate ke -15°.


5. Paintkan bahagian batu serta bahagian belakang pasagan… dengan menggunakan Brush Hujan_Normal.

Membuat panjutan hujan pada Payung
1. Pilih Brush Hujan_Normal kemudian tekan (F5) untuk Brush Presets… di Shape Dynamics pastikan Angle Jitter 75% kemudia savekan Brush dgn nama baru.
2. Add New layer… kali ni paint kawasan atas payung dibahagian belakang… seterusnya Add new layer lagi untuk paintkan kali kedua di tempat yg sama.


Membuat kesan khas pada permukaan Batu, Payung, Tiang, Sungai dan Pokok
1. Paint kawasan batu dan sedikit di bahagian payung… dgn size brush 6px, lakukan seperti gambar di bawah. Kemudian pilih Soft Light dan Opacity: 58


2. Paint bahagian payung sahaja… untuk kesan khas ini pulak saya menggunakan cara lain agar ianya nampak lagi menarik. Setelah paint bahagian atas payung, pilih (Filter> Blur> Gaussion Blur) dan setkan Radius: 7.0 Pixels


3. Add new layer dan lakukan pada permukaan batu, tiang dan di kawasan belakang … pilih (Filter> Blur> Gaussion Blur) dan setkan Radius: 7.0 Pixels dan pada layer Opacity 77%

4. Add new layer lagi kali ni untuk kawasan Sungai dan lakukan sama seperti yg di lakukan tadi… cuma Opacity 45%

5. Add new layer untuk terakhir sekali… untuk kawasan pokok. Kali ni opacity 35%

Selamat Mencuba… sekian wassalam
© www.extrumedia.com
All images on this site are under the ownership & copyright of www.extrumedia.com .No photograph may be reproduced, downloaded, copy, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without the permission from the owner. All rights reserved.
Popularity: 71% [?]
Jika anda baru di Sifoo.com, mungkin ada baiknya anda melanggani RSS Sifoo.com melalui email atau feed. Terima kasih kerana berkunjung!
Nota: Artikel atau tutorial ini hakmilik Sifoo.com. Aktiviti seperti meniru, menyalin, menciplak dan menerbitkan semula tanpa izin adalah ditegah sama sekali. Keizinan boleh diberikan sekiranya anda berminat dan berbincang dengan pihak Sifoo.com. Sila berikan kredit dan linkback kepada penulis asal dan laman web Sifoo.com.








Komen oleh k a m e n pada 16 November 2008:
best2..thanks bro
Jumlah komen oleh k a m e n: 2
Komen oleh linie pada 17 November 2008:
boleh x beri cara2 nk kaburkan imej belakang..just imej depan je yang jelas
Jumlah komen oleh linie: 4
Komen oleh spirits pada 17 November 2008:
Linie
pada images yg sama ke atau nak saya buatkan tutorial untuk soalan kamu ni.
Komen oleh linie pada 17 November 2008:
buat toturial..2 lebih bagus
Jumlah komen oleh linie: 4
Komen oleh Momokz pada 21 November 2008:
Superb…. bleh sambung klas kat kedai amin nih
Jumlah komen oleh Momokz: 2
Komen oleh spirits pada 21 November 2008:
Ni pasal duduk kedai amin ni dpt idea buat hujan… kalau tak kena Teh Tarik amin tak sah.
Komen oleh idea blog pada 26 November 2008:
kalo camni tak hujan pon boleh jadi hujan. :lol
Jumlah komen oleh idea blog: 4
Komen oleh yustuyun pada 1 December 2008:
TQ geng
tips yang sungguh berguna kepada meraka yang berjinak2 dalam kedaiGAMBAR
Jumlah komen oleh yustuyun: 10
Komen oleh Abdul Hakim pada 12 December 2008:
wah! gempak giler la bro. walaupun tempat ni tak sesuai, tp, boleh bro criterkan perjalanan karier anda ? saye berminat ler nak jadi cam bro. maklumlah, lps spm semua saye nak jadikan cecita.. haha. thanks. asssalamulaiakum.
Jumlah komen oleh Abdul Hakim: 1
Komen oleh ejam pada 2 January 2009:
gerek bro!! teruja aku..
Jumlah komen oleh ejam: 5
Komen oleh lis pada 12 January 2009:
suke sgt!!bagus ar sifoo.com nih,perbanyakkan tutorial lagi ek..thanx
Jumlah komen oleh lis: 6
Komen oleh spirits pada 13 January 2009:
Abdul Hakim>
anda boleh cari di blog saya pasal karier saya.
Ejam>
Biasa-biasa je tu
Lis>
Apa kata anda senaraikan apa yg anda inginkan… so kami di sifoo dot com akan cuba membuat tutorial tersebut.
Komen oleh lisz pada 14 January 2009:
hurm…byk jugak nak blajar…
Pertama nyer boleh tak sifoo tunjukkan cara nak buat effect kilat@petir..
Kedua nyer effect brush mcm cair tumpah@mengalir..
Jumlah komen oleh lisz: 6
Komen oleh endless pada 20 January 2009:
congrate bro spirits..
Jumlah komen oleh endless: 8
Komen oleh ikhwan pada 6 February 2009:
wa hebat la… klu dpt kerja dengan sifoo kan bagus.. biase la bru gred diploma jdi nk cri kerja grfik design.hhehe
Jumlah komen oleh ikhwan: 1
Komen oleh palie pada 9 February 2009:
cantik giler
Jumlah komen oleh palie: 2
Komen oleh farisya_ezweena pada 2 March 2009:
wow..beto2 ujanla
Jumlah komen oleh farisya_ezweena: 5
Komen oleh Okultika pada 14 March 2009:
adush!! menusuk jiwa tgok pic neh.. mmng lawa… orng lama katakn.. hek…
AriKaTo bro utk tutorial neh.. blik nak cba buat tgok.. hohoh..
Jumlah komen oleh Okultika: 3
Komen oleh baloot pada 25 March 2009:
fuhh.. ni yg aku suka baca blog sifoo.com.
bahasa ibunda kesayangan…. tutorial lagi senang nak paham..
Jumlah komen oleh baloot: 9
Komen oleh Penjejak Badai pada 30 March 2009:
Subahanallahhh… baguihhh…sakit paler otak dennn…ekekek…tq2…
Jumlah komen oleh Penjejak Badai: 1
Komen oleh joyblogs pada 3 April 2009:
wa..good idea gak la..xpernah plak aku create suasana hujan sendiri! memang payah tu..
Jumlah komen oleh joyblogs: 1
Komen oleh iEzLLy pada 14 April 2009:
menarik..simple tp kesan yang menarik
Jumlah komen oleh iEzLLy: 2
Komen oleh yatt pada 5 August 2009:
ada tak tutorial untuk adobe in design?
Jumlah komen oleh yatt: 1