Profil Penulis

author photo

Imran Abdul Jabar: Pengasas Sifoo.com. Melibatkan diri di dalam bidang grafik/multimedia dari tahun 1998. Kini, bergiat secara aktif sebagai Trainer/Instructor untuk kursus-kursus grafik dan multimedia. Blog: http://imranabduljabar.com

Lihat semua pos oleh Imran

WebMaya - Galeri Rekabentuk Web

24 November 2008 | Pos Terkait | Dalam Kategori

Sekiranya anda sedang mencari-cari saluran untuk mendedahkan kepada dunia internet tentang hasil kerja rekabentuk laman web anda, WebMaya mungkin adalah solusinya. WebMaya - Galeri inspirasi yang mengumpulkan rekabentuk laman web terbaik oleh pereka Malaysia.

Jangan tunggu lagi, silalah ke http://www.webmaya.com.my dan hantarkan alamat laman web anda untuk dinilai. Sekiranya kriteria yang ditetapkan dipenuhi, laman web anda akan tersenarai di dalam galeri WebMaya. Kriterianya adalah mudah sahaja:

  • rekabentuk yang asli dan menarik serta unik
  • penggunaan teknologi web yang mutakhir adalah suatu kelebihan
  • jika menggunakan teknologi seperti Joomla, Wordpress atau lain-lain, pastikan themenya diubahsuai atau dihasilkan sendiri
  • web apa juga boleh diterima, seperti personal, korporat, komuniti dan eksperimen

Matlamat utama WebMaya adalah untuk menjadi wadah ruangan yang mengumpulkan koleksi rekabentuk laman-laman web terbaik yang dihasilkan oleh perekabentuk Malaysia. Juga, untuk menjadi satu portal sumber rujukan inspirasi peringkat negara ini. WebMaya mengharapkan agar dapat meningkatkan pandangan perekabentuk dan juga masyarakat umum terhadap standard rekabentuk laman web.

Sekiranya terpilih untuk tersenarai di dalam galeri WebMaya, perekabentuk boleh mengharapkan pulangan trafik yang tinggi kepada laman web mereka. Mereka juga akan mendapatkan sedikit pengiktirafan atas hasil usaha dan idea mereka. Sedikit sebanyak boleh menaikkan nama mereka sebagai perekabentuk laman web yang terbaik di Malaysia.

WebMaya mungkin baru lagi beroperasi semenjak dilancarkan dalam bulan Ogos 2008 yang lepas. Dengan sokongan aktivis-aktivis rekabentuk di Malaysia, Sifoo.com mengharapkan agar WebMaya dapat memberi manfaat kepada perkembangan dunia rekabentuk laman web di Malaysia.


Jika anda baru di Sifoo.com, mungkin ada baiknya anda melanggani RSS Sifoo.com melalui email atau feed. Terima kasih kerana berkunjung!

Nota: Artikel atau tutorial ini hakmilik Sifoo.com. Aktiviti seperti meniru, menyalin, menciplak dan menerbitkan semula tanpa izin adalah ditegah sama sekali. Keizinan boleh diberikan sekiranya anda berminat dan berbincang dengan pihak Sifoo.com. Sila berikan kredit dan linkback kepada penulis asal dan laman web Sifoo.com.

Terdapat 6 Maklumbalas Setakat Ini. »

  1. kenape website nie macam tak aktif je bro?? aku dah apply 5 hari yang lepas untuk join tapi takde ape2 respon pon…
    Jumlah komen oleh eddie: 1

  2. eddie> saya rasa kena refer sendiri kepada pengusaha laman web tersebut. Sifoo.com hanya membuat reviu sahaja dengan tujuan membantu perkembangan internet di Malaysia.

  3. p/s: If you need to email the admin personally, you can do so at admin {at}webmaya {dot}com{dot}my. No spams please.
    Jumlah komen oleh Hairudy: 44

  4. asyik juga ni website! salam kenal dari indonesia…
    Jumlah komen oleh zen: 1

  5. da namanya laman web…adekalanya turun naik normal la tu.. everyone have comiments masing2…

    Entri terkini di laman blog fairuz:
    Titipan Cetusan Hati Di Bumi Perak…

    Jumlah komen oleh fairuz: 1

  6. saya ada website tapi tidak menarik. sesiapa yg berminat untuk membuat ubahsuai bolehlah lawati website ini http://www.mediasurf.com.my dan cadangkan dan harganya sekali tapi janganla mahal
    Jumlah komen oleh said: 1

Hantar MaklumBalas

*Sila dapatkan Gravatar anda di www.gravatar.com