Profil Penulis

author photo

Imran Abdul Jabar: Pengasas Sifoo.com. Melibatkan diri di dalam bidang grafik/multimedia dari tahun 1998. Kini, bergiat secara aktif sebagai Trainer/Instructor untuk kursus-kursus grafik dan multimedia. Blog: http://imranabduljabar.com

Lihat semua pos oleh Imran

Photoshop vs. Illustrator

16 December 2008 | Pos Terkait | Dalam Kategori

Seringkali saya ditanya soalan berkaitan perbandingan di antara Photoshop dan Illustrator? Hmm, saya rasa elok juga saya jelaskannya di dalam artikel kali ini.

Antara bunyi soalannya adalah seperti ini,

“Mana lebih bagus, Photoshop atau Illustrator?”

Jawapan saya adalah mudah, “soalannya salah atau tidak tepat”. Ini adalah kerana Photoshop dan Illustrator mempunyai fungsi dan tujuan yang berbeza. Saya memerlukan kedua-duanya sekali di dalam komputer saya. Ada fungsi yang tidak terdapat di dalam Photoshop dan boleh di dapati di dalam Illustrator.

Pada dasarnya, Photoshop adalah perisian raster/bitmap manakala Illustrator adalah perisian vektor. Photoshop seperti yang terpancar daripada namanya – Kedai Gambar, lebih menguasai di dalam bidang mengubah-suai foto atau imej. Jika, kita hendak menghasilkan komposisi foto atau imej (kombinasi imej, teks dan grafik), maka Photoshop adalah yang terbaik berbanding Illustrator. Filter yang terdapat di dalam Photoshop juga lebih banyak yang sesuai digunakan bagi tujuan pengubah-suaian foto atau imej.

Contoh Photoshop

Dengan fungsi-fungsi Photoshop yang terkini, kerja-kerja rekabentuk laman web serta pengubah-suaian foto dapat dilakukan dengan lebih mudah dan kurang bergantung kepada perisian lain.

Illustrator pula lebih sinonim dengan rekabentuk logo, penghasilan simbol atau ikon serta penyusunan layout – poster, brosur dan banner/bunting. Walau pun di dalam llustrator terdapat beberapa filter untuk imej raster/bitmap, adalah lebih baik jika pengubah-suaian tersebut dilakukan di dalam Photoshop (mungkin tidak semua, kalau sesuai boleh dibuat terus dalam Illustrator). Kelebihan Illustrator adalah mempunyai alatan dan fungsi yang boleh menghasilkan garisan-garisan (path) dan juga yang boleh membuat susunan-susunan layout terutamanya berkaitan dengan teks (taipografi).

Sekiranya anda menggunakan Illustrator, kemahiran menggunakan Pen Tool adalah satu kemestian. Macam tak lengkap kalau tak boleh membuat ilustrasi grafik menggunakan Pen Tool. Jika anda mahir dengan pen tool, ditambahkan pula dengan teknik tracing dan teknik mewarna menggunakan gradient (dan mesh gradient), anda boleh menghasilkan karya tracing vektor yang sungguh realistik.

Lana Lang (oleh issey - http://www.art-channel.biz/hisham)

Jadi, tiada persoalan mana lagi bagus jika nak dibandingkan antara Photoshop dan Illustrator. Mungkin kalau nak dibandingkan – Photoshop vs. Fireworks atau Illustrator vs. Corel, itu boleh. Cadangan saya belajar kedua-duanya sekali untuk memaksimakan medium kreativiti anda bagi menghasilkan karya grafik yang lebih baik.

Selamat berkarya!

Popularity: 40% [?]

Jika anda baru di Sifoo.com, mungkin ada baiknya anda melanggani RSS Sifoo.com melalui email atau feed. Terima kasih kerana berkunjung!

Nota: Artikel atau tutorial ini hakmilik Sifoo.com. Aktiviti seperti meniru, menyalin, menciplak dan menerbitkan semula tanpa izin adalah ditegah sama sekali. Keizinan boleh diberikan sekiranya anda berminat dan berbincang dengan pihak Sifoo.com. Sila berikan kredit dan linkback kepada penulis asal dan laman web Sifoo.com.

Terdapat 17 Maklumbalas Setakat Ini. »

  1. betul kate cik imran,dulu aku x berapa pandai dalam perisian photoshop..maka design2 aku terbatas,bilamana ader job untuk menggunakan photoshop aku terkedu jap..tapi sekarang alhamdulliah..walau x seberapa bagus tapi bila aku sesuatu karya seseorang, aku tau mcm ner dia aplikasikan dalam photoshop..
    Jumlah komen oleh ejam: 5

  2. Baru pandai sket2 je..tu pon blajar dari website niee..thnx sifoo.
    Jumlah komen oleh padi: 4

  3. Yup, dua benda berbeza fungsi…
    tapi aku blum gak mahir tahap super kedua-dua perisian neh…
    nak belajar dan mantapkan penggunaan illustrator plak..
    orait sifoo… tenkiu
    Jumlah komen oleh BudakhutaN: 4

  4. ya betul ! kedua -dua benda sama penting… macam saya, dalam komputer saya mesti ada dua-dua software ni … kalau takdek … macam takleh buat kerja.. sebab dia saling berkait … alhamdullilah saya mahir menggunakan kedua-kedua software ni … tapi bukan mahir tahap gaban…. saya masih belajar utk membuat HDR … susah betul .. kena banyak training …kalo tak jadi … jadi ntah pape.. hehehe…
    Jumlah komen oleh cikjenah: 1

  5. salam…dari dulu sampai skg buat design guna photoshop. tak tahu nak guna illustrator lagi…tgh apply gi kursus kat training.org.
    ikut yg lepas2 training2 yg saya ikut sumenya best. termasuk yg en. imran ajar…lepas nie kalau pandai wat illustrator maka akan agak lengkaplah pengajian ilmu grafik saya. maka akan keluarlah design2 yg lebih best.
    Jumlah komen oleh sabrina: 1

  6. Memang tak dapat dinafikan kenyataan penulis. kita perlu mengenalpasti kesesuaian keduanya…jika ianya dapat digabungkan, bukan sahaja memudahkan pengahasilan grafik malah dapt mempercepatkan hasil kerja.
    sangat selesa dengan adanya perisian ini…
    tq, developer.
    Jumlah komen oleh fadly bert: 1

  7. Dua-dua pon sama penting. Photoshop lebih kepada bitmap image dan illustrator lebih kepada vector image. Apa yang sangat jelas, bila kita gunakan photoshop, jangan besar atau kecikkan image yg dihasilkan sebab ia akan mengurangkan kualiti image tersebut tetapi disebabkan ianya bitmap, ia banyak filter atau effect yang boleh digunakan. Manakala illustrator, besarkankan sebesar-besar alam pon image yang kerja anda, kualitinya tidak akan terjejas. Tetapi effect nya sangat limited. Dari segi file size pula, illustrator lebih kecil. Kalau kerja dia syarikat advertising, penggunaan illustrator adalah sangat penting. Pen tool toksah cakap lar. Memang wajib, terutama untuk tracing image tak kisah la photoshop atau illustrator. Pen tool sangat penting. Kalau tracing guna magic wand, bersedialah untuk dimaki art director hehehe…

    Entri terkini di laman blog Muhammad Nur:
    Increase your traffic like crazy

    Jumlah komen oleh Muhammad Nur: 1

  8. illustrator ni sbnrnye pakar vector sehinggakan photoshop x dpt kalahkan.

    especially bile melibatkan transparency.
    Jumlah komen oleh hijz: 6

  9. yeah betul tuh apa yang di perkatakn ni,illustrator dan photoshop ibarat kawan karib saling bantu membantu,bila di photoshop tak boleh buat,di illustrator lah kita buat,sofware ni dicipta saling berkaitanlah antara satu sama lain,bijak ADOBE ni cipta produk setiap taun masyuk….
    Jumlah komen oleh Fariz Aizan: 1

  10. sy dlu biasa menggunakan coreldraw dan photostyler tp skang lebih cenderung gunakan photoshop coz sy rase lg best… hehehe

    cume ilustrator ni sy x tau nk gune… kene blaja nih…
    Jumlah komen oleh FXNiche: 2

  11. sy mmg gunakan illustrator, photoshop n coreldraw.
    tp byk mende sebenarnye sy masih tak mahir dlm illustrator n photoshop terutamanya…. mmg kena tekun n gigih belajar utk mantapkan skill nie…
    Tunjuk Ajarku sifoo..!!
    TQ
    Jumlah komen oleh ynamastura: 2

  12. Illustrator dan photoshop adalah wajib bagi graphic designer…tapi bagi kami designer bahagian utara ni kena mahir Coreldraw…saya sekarang kerja mengunakan Coreldraw…itupun belajar sendiri2…abis lupa illustrator..rugi gak belajar bertahun…tapi bila kerja pakai sorfware lain.Tapi ada satu pepatah bagi designer kat sini…”klau hang dah tahu Coreldraw…hang akan menyampah pakai illustrator…
    Jumlah komen oleh Anuar Yahaya: 8

  13. sy sokong ckp nuar yahya..
    time study grafik kt kelas..ilus ngn photosp kat hujung jari jerk..
    ble time prktikal sy prktikal kat utara..
    waaaaaaa..agak terkejut..
    hampir sume designer pakai coreldraw..
    mati kutu oo time sy prktikal 2..
    pape pon..ilus dan photoshop tetap di hatiku…
    :D
    Jumlah komen oleh eiyka: 7

  14. CorelDraw(CD)? Ya, memang tak dinafikan…ada yang kata CD lagi cepat dan ringan daripada Illustrator. Especially untuk kerja2 printing (DTP).

    Terpulang kepada keserasian masing2. Software hanyalah ‘tool’. Yang penting ialah execution of creative idea. Kalau pakai tool canggih sekali pun tapi hasil tak menarik pun tak guna juga.

    “Macam pakai kereta ferrari tapi bawa 50km/j.” :P

  15. hahaha..
    dulu aku pakai illustrator..
    pastu praktikal kt cm dye ajar pakai coreldraw..
    tah rase cm bes lgi gune corel draw..
    laju pon laju…
    fungsi die mudah..
    gua dah jatuh cinta sama corel draw..
    hahaha
    Jumlah komen oleh zeeaf: 1

  16. m…..ye ke…
    stahu sye la..law kat blah2 kl nie mmne dsgner yg pakai corel kena gelak je ngan yg pakai PSD/Ai nie…ahaks..walau mcmane lawa pon hasil die ..hahahaha…so,law nak jadi dsgner sejati kena la pandai,teroor,cekap gune sume software tue..huhu..

    cam naik kete kancil potong ferari la..hahaha(xde kena mgna)
    Jumlah komen oleh idham: 2

  17. Mcm kat penang gaji pereka grafik ditentukan oleh sofware apa yg kita terer..klau kita terer Corel basic gaji RM2000…sebab dlm coral nak buat bunting atau banner sebesar2 alam tak jadik hal…nak convert file dari mana pun dia masuk gak..tak der masalah…nak trace pun clik je..outomatik dia trace..tak yah pakai tool pen ke…lagi satu tool dia senang cari…semua kat depan skrin je…pastu tool dia bnyk dari Ilustrator…mcm2 leh kita buat…klau kat Ilustrator klau nak print 2 atau 3 file jadi masalah..sebab kena print satu2…klau Corel clik je satu file.. sebab kita leh add file dia..m/s 1.2.3 dan seterusnya..tak yah nak buka bnyk2 file..org kata print sederet gitu..tapi yng aku suka main bayang2 dalm Corel…asil nmpk real dan jelas…file dia pulak leh masuk ILustrator…lagi satu saper yg nak buat cover buku tu..tentu kat belakang buku tu ada barcode..kat Corel ada barcode tu..taip je no yg costemer kasi…lagi satu yg aku syng kat corel ni…kita tak yah nak guna kekunci pc untuk buat sesuatu nak paste ke atau mcm2 lagi..semua clik kat skrin dia je..semua pakai mouse..tak yah nak ingat2 apa dah..position, mirror, rotate, skale semua tu depan mata jee..cuma kita clik je… tapi apa-apa pun kreativiti juga main peranan utama…fuhh
    Jumlah komen oleh Anuar Yahaya: 8

Hantar MaklumBalas

*Sila dapatkan Gravatar anda di www.gravatar.com