[GempurReka] 1 Design, 1 Tanda Sokongan
Salam. Dunia menyaksikan kezaliman Zionis di bumi Gaza sejak Disember yang lepas. Kini, isu tersebut masih lagi hangat dipersembahkan di mata dunia. Kita di kejauhan ini hanya mampu memberi sokongan sedaya yang mampu.
*Dapat isu xLimit – 1 Design, 1 Tanda Sokongan sekarang!
Ada yang menderma wang harta, ada yang ke bumi Palestin bersama misi bantuan, ada juga yang menyumbangkan hasil karya seni untuk tatapan masyarakat.
Mari kita juga menunjukkan sokongan kepada perlakuan yang melanggar hak kemanusiaan sejagat dengan menyumbangkan setidak-tidaknya satu design di dalam forum aktiviti Gempur Reka Sifoo.com.
Konsep design adalah bebas. Anda boleh menggunakan teknik komposisi imej, taipografi, lukisan, lakaran, fotografi dan sebagainya.
Semua karya akan dikumpulkan di dalam majalah PDF – xLimit.
Syarat-syarat dan cara-cara untuk menglibatkan diri boleh di dapati daripada topik sifoo.com/forum/viewtopic.php?f=2&t=22853″ target=”_blank”>[GEMPUR REKA] Selamatkan Gaza! di Forum Sifoo.com.
***
GEMPUR REKA INI TELAH PUN DITUTUP
Sila dapatkan isu xLimit (Majalah Maya Sifoo.com) di http://sifoo.com/v7/xlimit/isu-terkini/
Terima kasih kepada yang mengambil bahagian.
Popularity: 26% [?]
Jika anda baru di Sifoo.com, mungkin ada baiknya anda melanggani RSS Sifoo.com melalui email atau feed. Terima kasih kerana berkunjung!
Nota: Artikel atau tutorial ini hakmilik Sifoo.com. Aktiviti seperti meniru, menyalin, menciplak dan menerbitkan semula tanpa izin adalah ditegah sama sekali. Keizinan boleh diberikan sekiranya anda berminat dan berbincang dengan pihak Sifoo.com. Sila berikan kredit dan linkback kepada penulis asal dan laman web Sifoo.com.







Komen oleh Technology Info » Blog Archive » [GempurReka] 1 Design, 1 Tanda Sokongan pada 11 February 2009:
[...] [GempurReka] 1 Design, 1 Tanda Sokongan [...]
Komen oleh abeku pada 11 February 2009:
Satu usaha murni yang ganjarannya tidak dapat meninta di fikiran normal. Amin Ya Rabal Alamin
Jumlah komen oleh abeku: 4
Komen oleh Ahmad Juwaini pada 18 June 2009:
alaa x sempat nak contribute design..
Jumlah komen oleh Ahmad Juwaini: 8