Reviu: Geng – Pengembaraan Bermula
Filem Geng – Pengembaraan Bermula (Geng) sudah pun mulai ditayangkan di pawagam-pawagam sejak 12 Februari yang lepas. Mungkin kepada yang skeptikal dan jelak dengan hidangan filem berbahasa Melayu (lebih-lebih lagi animasi), filem Geng adalah satu lagi bahan sindiran yang membuktikan kelemahan filem Melayu.
Saya bersama dengan lebih kurang 40 Sifoorians (termasuk anak-anak dan rakan-rakan non-Sifoorians) telah pun menonton Geng pada Sabtu yang lepas di GSC, Mid Valley. Yumcha! Movie adalah salah satu aktiviti Sifoorians untuk membuka mata dan minda terhadap perkembangan filem tempatan mahu pun antarabangsa, di samping merapatkan silaturrahim sesama Sifoorians. Saudara Zarin aka mediahorizon (Pengarah Rendering) daripada Les Copaque juga turut serta di dalam aktiviti ini (sambil membawa ole-ole Geng untuk kami).
Dengan rasa teruja, saya memasuki dewan pawagam. Ternyata Geng tidak mengecewakan saya daripada mula sehingga ke akhir tayangan. Secara keseluruhan, filem Geng layak untuk mendapat pujian dan layak untuk mendapat ’standing ovation’. Setidak-tidaknya ini adalah pandangan peribadi saya.
Kebanyakan filem Melayu lemah daripada sudut penstrukturan plot penceritaan atau dialog yang lesu dan tidak dinamik. Geng mengatasi semua ini dengan memaparkan satu penceritaan bertemakan fantasi yang sangat menarik. Walau pun, terdapat banyak watak di dalam filem ini tetapi ianya tidak mengganggu susunan penceritaan filem. Plotnya tidaklah terlalu kompleks dan mempunyai tema fantasi yang mungkin agak biasa. Apa yang menarik ialah keberkesanan adunan tema fantasi dengan kebudayaan dan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Filem animasi 3D pertama di Malaysia keluaran Les Copaque ini juga tidak mengecewakan daripada segi kualiti animasi 3D, warna, pengcahayaan, kesan khas dan juga kesan bunyi. Sesuai dengan matlamat Les Copaque untuk menjadikan produk sulung mereka ini sebagai satu produk yang setara dengan standard antarabangsa. Dengan pengalaman ini, mungkin mereka boleh menghasilkan produk yang lebih baik daripada Geng di masa akan datang.
Daripada komen-komen penonton pada hari tersebut ialah mereka ‘tidak sempat untuk merasa bosan’ menonton Geng. Ada sahaja hidangan humor untuk penonton membasahkan gusi mereka. Kalau tidak dengan dialog utama, mungkin juga dengan dialog sampingan atau pun paparan watak latarbelakang. Penggunaan dialog yang bersahaja terasa begitu dekat dengan penonton. Ini yang menjadikan filem ini berkesan.
Paparan aksi-aksi pengembaraan begitu menakjubkan dengan kesan khas 3D yang menarik. Ditambah lagi dengan kesan bunyi yang sesuai dan tepat. Jika nak mendengar komen daripada penonton mungkin daripada segi paparan aksi-aksi yang tampak sedikit ganas kepada kanak-kanak. Tetapi kepada saya ini adalah sebahagian daripada temanya – pengembaraan fantasi. Biarkan sedikit imaginasi menguasai dan menghantui fikiran penonton, buat seketika. Sekadar hiburan yang rasanya tiada yang melampaui batas.
Saya dan geng Sifoo.com mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada team Les Copaque dengan satu hasil yang sangat baik. Filem Geng telah menetapkan satu ‘benchmark’. Jika selepas ini ada sesiapa yang ingin menghasilkan filem animasi, haruslah mengatasi standard yang telah ditetapkan oleh Geng.
Penilaian: 10/10 (walau pun orang kata tiada yang sempurna).
TAHNIAH! Ayuh sama-sama kita sokong filem tempatan (terutama yang berkualiti).
FAKTA GENG:
- Web: http://gengthemovie.com
- Blog: http://gengmovie.blogspot.com/
- Syarikat: Les Copaque Production Sdn Bhd
- Penerbit & Pengarah: Hj. Burhanuddin bin Md Radzi
- Pengarah: Mohd Nizam bin Abd Razak
- Durasi: 90min
- Genre: Aksi/Pengembaraan
- Teknik Animasi: Key-frame
- Bajet: 1.5USD Million
- Penaja: MOSTI, MIMOS, Tourism Malaysia, MDec
- Rakan Media: RTM, TV9
- Pengedar: Grand Brilliance
- Tayangan Perdana: 5 Februari 2009, Cathay Cineplex, Damansara
- Tayangan Umum: 12 Februari 2009
PELAKON SUARA WATAK UTAMA:
- Fathiah: Upin & Ipin
- Izwan: Badrol
- Kee Yong Pin: Lim
- Balqis: Ros
- Kannan: Rajoo
Popularity: 48% [?]
Jika anda baru di Sifoo.com, mungkin ada baiknya anda melanggani RSS Sifoo.com melalui email atau feed. Terima kasih kerana berkunjung!
Nota: Artikel atau tutorial ini hakmilik Sifoo.com. Aktiviti seperti meniru, menyalin, menciplak dan menerbitkan semula tanpa izin adalah ditegah sama sekali. Keizinan boleh diberikan sekiranya anda berminat dan berbincang dengan pihak Sifoo.com. Sila berikan kredit dan linkback kepada penulis asal dan laman web Sifoo.com.










Komen oleh mediahorizon pada 16 February 2009:
Wah… reviu yang sgt membakar semangat..hehe.. thanks to all sifoorian jugak yang byk menyokong filem GENG
Jumlah komen oleh mediahorizon: 1
Komen oleh sebiji eejean pada 16 February 2009:
Saya pon mau cakap “Terima kasih sifoooOooo!”
Tak dapat jumpa ngan para sifoorian…:( minta maaf sebab yg lain lain sibok ngan event road tour ><
Ape ape…THANK UUUUUUuuuuu

Semua Sifoo sifoo yang tak pernah berhenti memberi sokongan
Harap lain kali kita boleh berjumpa lagi
Jumlah komen oleh sebiji eejean: 1
Komen oleh zaire pada 17 February 2009:
les copaqe, congratz sebab bagi aku rase nak tengok geng lagi 2,3 kali
kekal kan kualiti korang..
10 juta? no problemmm… hehehe
Jumlah komen oleh zaire: 5
Komen oleh khairul nizam pada 17 February 2009:
Assalamualaikum diucapkan. setelah saya sekian lama menunggu hampir setahun untuk menonton hasil dari Les’copaque untuk filem animasi Malaysia pertama 3d ni, akhirnya tiba juga di hari yang dinantikan & setelah menontonnya.. tak sangka bukan sahaja hasil animasi setaraf mutu tinggi antarabangsa seperti di hoolywod, malahan jalan ceritanya bukan sahaja dipenuhi dengan lawak, aksi, pengembaraan beserta keseronokan, juga berselitkan kesedihan yang terselit di babak sebelum berakhir filem. Secara keseluruhan filem ini memang benar2 antara yang terbaik dihasilkan, sungguh terharu melihat jalan ceritanya yang amat baik ini. Saya amat mengucapkan tahniah buat anak Malaysia terutama seluruh di bawah produksi Les’Copaque yang bertungkus lumus memberikan yang terbaik, setanding dengan filem animasi seperti ICE AGE.. percayalah.. antara yang terbaik. harap ada sambungannya nanti..
Jumlah komen oleh khairul nizam: 1
Komen oleh Hairudy pada 17 February 2009:
tahniah..berbangga jadi rakyat malaysia…. usaha ini membangga kita rakyat malaysia..
FIVE STAR…
cheers..
Jumlah komen oleh Hairudy: 47
Komen oleh taqu pada 17 February 2009:
salam. cite nie mmg santekk~ ^^ hehe.
pecah perut tgk! starting cite je da
banyak lawak lucu dia kluar.. hehe~ ^^
kalu buleh sifoo. leh x kasi tau gue
segala maklumat tentang cite Geng nih.
coz, aq nye asgmnt kene dapatkan apa yg
digunakan oleh mereka seperti software yg diguna,
pentium bape, leh kan kan kan. ^^ thx.
Jumlah komen oleh taqu: 7
Komen oleh jesse pada 17 February 2009:
good reviu imran..
menonton film Geng mcm makan aiskrim mix flavour
with hot chocolate cream and chip, yummy!
tahniah to team les copaque!tepok-tepok semangat…
hope ada geng movie part 2
Jumlah komen oleh jesse: 2
Komen oleh razlan pada 18 February 2009:
salam..
sememangnya amat membanggakan…10/10 jugak…
Jumlah komen oleh razlan: 1
Komen oleh dyan pada 18 February 2009:
br je tgk cte nie smalam
best n kna support filem kita
sound effect dia sy paling suka!!
rasanya misti da part 2 coz ending dia cm kureng skit
bg pendapat sy la
go go chayuk
produk bumiputera yg sgt dibanggakan
Jumlah komen oleh dyan: 1
Komen oleh Studions pada 21 February 2009:
salam semua…
Filem animasi yg mmg ditggu2 sejak aku kenal grafik dr tahun 2001 lagi.Kualiti dan inovasi dr segi susunan plot,penceritaan,sound dll.Pehh….2 kali aku tgok filem ni.Rasa mcm nk tgk berkali-kali sbb x membosankan.sentiasa menghiburkan.
Tahniah kpd animasi Geng dan crew2 Les’copaque…usaha anda rakyat Malaysia amat-amat dihargai..percayalah…..hehe
Jumlah komen oleh Studions: 1
Komen oleh Rauzoh pada 23 February 2009:
geng mmg best… boleh going global.. congratz…
Jumlah komen oleh Rauzoh: 1
Komen oleh ude geng upin&ipin pada 2 March 2009:
aku baru je tengok geng dengan isteri aku. aku baru je sempat tengok. tu pun order tiket melalui telefon. kalau pergi beli kat kaunter, memang tak dpt tengok lagi kot. sambutan dia memang membanggakan..aku tengok kat jusco bukit tinggi. tu pun ramai lagi yang tengok. aku memang bangga gila beb! penuh dgn informasi, lawak, seram dan ada selitkan nilai kemelayuan…memang tak rugi tengok..akau nak tunggu VCD ori punya..kalau ada, confirm aku beli..akku memang suka animasi mcm ni..cayalah lah les’ copaque. jgn lupa sambung lagi buat cite mcm ni okay!! aku support korang semua team les’ copaque!!
Jumlah komen oleh ude geng upin&ipin: 1
Komen oleh anailus pada 11 March 2009:
Best sgt2…congrats malaysia..
proud to be malaysian…
Jumlah komen oleh anailus: 1
Komen oleh editbagibetul pada 12 March 2009:
hai sumenya dah ucap tahniah, apa lagi aku nak cakap? best among the worst lah… kalau nak banding dengan animasi walt disney, mmm… banyak jugaklah yang masih kurang. Tapi idea cerita, skrip memang takde bandingan lagilah dengan buatan tempatan yang lain. Sejuk hati tengok garapan budaya Malaysia yang cantik. Tak payah pun nak masuk budaya asing, tiru budaya orang, background orang putih macam filem ….. tu! Cuma mungkin dah hujung-hujung tu macam melompat-lompat sangat plotnya. dari kelakar, terus seram dan sedih. so, penghayatan penonton pun kurang sikit lah… mungkin bajet kot. kalau dapat tambah lagi 30 minit baru best sikit endingnya… hehe.. komen memang pandai
Jumlah komen oleh editbagibetul: 1
Komen oleh yeop pada 14 March 2009:
memang best…..
cayalah….harap dapat menjelajah ke seluruh dunia pula.
sape2 yang tak tengok memang rugi.
tahniah.
Jumlah komen oleh yeop: 1
Komen oleh nololek pada 17 March 2009:
GENG memamng best!!
cayalah anak tempatan telah melangkah setapak lagi..
dan dharap dpt langkah byk2 tapak lagi..
betul3x!…. hihi
Jumlah komen oleh nololek: 1
Komen oleh wawasalwa pada 17 March 2009:
salam ..
uihh memang best ar .. selangkah lagi anak bangsa kita menuju puncak kejayaan .. kalau 10 tahun lepas kita mungkin tak tefikir yg ada anak bangsa kita yang dah boleh wat filem animasi camni … tapi disebabkan berkembangnya teknology & lahirnya anak bangsa yg berdaya creative … benda yg mustahil dah menjadi kenyataan .. bangga lah .. & tahniah kepada geng & krew les` copaque … kalau dulu mungkin aku cuma tau nak wat assignment advert 3D jer tapi kini filem animasi malaysia dah ada 3D .. memang bangga giler ar … semoga ada lagi utk akan datang … tak kering gusi gak tgk citer ni … sapiiiiiiii …… cayalah!
Jumlah komen oleh wawasalwa: 6
Komen oleh Geng yang Memuaskan! - ImranAbdulJabar pada 30 March 2009:
[...] Selanjutnya baca kat: // http://www.sifoo.com [...]
Komen oleh Naif kolej shahputra pada 23 April 2009:
em nak tanyer ade sesiape tau x cara dan pembuatan filem upin dan ipin tentang dari segi penggunaan konteks…text, penggunaan sofware…, warna,,,,bunyi dan semua element multimedia yang ada dalm cerita tu….please…………..!!!
utk tujuan research untk assigment…
Jumlah komen oleh Naif kolej shahputra: 2
Komen oleh langkah kanan pada 23 April 2009:
vcd xkuar ker?
Jumlah komen oleh langkah kanan: 1
Komen oleh Imran pada 27 April 2009:
Naif:
Baik hubungi terus geng Les Copaque. Atau pergi je melawat studio mereka kat Shah Alam.
Komen oleh Naif kolej shahputra pada 28 April 2009:
erm ok……but x de masa da kut….lgi oun research 2 da x lame nak kena hantar…ar…..erm lgipun selalunyer ape lgi ek laman web yg leh menrgkan konsep animation upin@epin nih….da puas cri tpi x dapat plk…
Jumlah komen oleh Naif kolej shahputra: 2
Komen oleh maisarah pada 23 May 2009:
tahniah…wlpn permulaan dimulakan dgn cerita2 pendek d tv, tp itu la yg berjaya memancing perhatian kami.. bkn sj bdk2…tp yang tua cam ak pon nk tgk gakkk…gud luck n all da beshhhh….!
Jumlah komen oleh maisarah: 2
Komen oleh pendekargrafix pada 9 June 2009:
waiting 4 d next product, upin ipin, angkasa. he
Jumlah komen oleh pendekargrafix: 12
Komen oleh Nur Nasriah Adlina pada 12 August 2009:
Tahniah buat Geng Les Copaque.Cerita anda memang best gileeer..marah org pun tidak jadi bila nonton Upin Epin.Mmg berjaya memacing semua lapisan tdk kira kecil,dewasa malaha orang tua pun tak kering gusi bila nonton Wayang Upin Epin…betui betui betui..good luck to you all…
Jumlah komen oleh Nur Nasriah Adlina: 1