Reka Elemen Logo
Apabila merekabentuk simbol untuk logo, penggunaan tools seperti pathfinder sangat penting bagi membolehkan kita mencapai bentuk yang kita rancangkan. 
Ok. Kali ini kita akan cuba hasilkan bentuk seperti di atas dengan menggunakan tool basic seperti Ellipse Tool, Pathfinder, dan Pen Tool.
LANGKAH 1:
sifoo.com/v7/wp-content/uploads/2009/02/bulat1.png”>
Bujur
Lukiskan satu bentuk bujur dengan menggunakan Ellipse Tool. Stroke = tak kisah (1 pt pun ok).
Bulatan
Lukiskan satu bulatan (seperti ditunjukkan di atas). Tekan Shift sambil membuat bulatan untuk mendapatkan bulatan yang tepat. Kemudian, setkan stroke kepada 15 pt.
LANGKAH 2:
Sekarang kita akan copy bulatan yang besar (seperti ditunjukkan di atas). Cara yang paling mudah ialah dengan menggunakan Selection Tool (V).
Pilih bulatan tersebut dan gerakkan ke kanan. Untuk menyalin bentuk bulatan sambil menggerakkannya, anda perlu menekan key Alt (Alt + Drag). Lepaskan mouse sekiranya anda berpuas hati dengan kedudukan bulatan yang baru tersebut.
Untuk mengulangi duplikasi, anda hanya perlu menekan Ctrl + D. Tekan sehingga beberapa bulatan besar memenuhi bentuk bujur (lihat imej di LANGKAH 3).
LANGKAH 3:
Select kesemua bentuk bulatan yang besar. Kita akan tukarkan ciri stroke kepada fill.
Klik pada menu Object > Path > Outline Path.
Bulatan anda akan mempunyai ciri fill color.
LANGKAH 4:
Seterusnya, kita akan membuat proses Divide – untuk membuang lebihan-lebihan bentuk di luar bentuk bujur.
Select kesemua bentuk (bujur dan semua bulatan). Pergi ke pada Palet Pathfinder:
Klik pada ikon Divide. Hasilnya, setiap persilangan bentuk akan terpotong dan terpisah (tapi secara visualnya masih lagi bercantum sehingga kita buangkan di langkah yang seterusnya).
LANGKAH 5:
Hasil Divide tadi masih lagi tercantum kerana kesemua potongan berada di dalam Group. Kita perlu Ungroupkan, tekan Ctrl + Shift + G (atau, klik pada menu Object > Ungroup).
Dengan menggunakan Selection Tool (V), pilih potongan-potongan di luar bentuk bujur dan tekan Delete. Buangkan semua lebihan sehingga tinggal bentuk ‘belang’ seperti di atas.
LANGKAH 5:
Dengan menggunakan Selection Tool (V), pusingkan bentuk ‘belang’ tersebut seperti ditunjukkan di atas.
LANGKAH 6:
Seterusnya, kita akan melukiskan bentuk bayang untuk bentuk ‘belang’ tersebut. Saya menggunakan Pen Tool (P) dan melukiskan satu per satu kotak-kotak kelabu seperti di dalam imej di atas.
Setelah siap, gunakan Selection Tool (V) dan pilih kesemua kotak kelabu tersebut. Susunkan kesemua kotak tersebut ke belakang, tekan Ctrl + Shift + [ (atau, klik kanan > Arrange > Send to Back).
*Sekiranya mahu, anda boleh menukarkan warna untuk bentuk 'belang'.
HASIL:
Sekian.
Fail AI - Elemen Logo
*Klik kanan > Save Link As / Save Target As
(Telah dimuat-turun sebanyak 257 kali)
Selamat Mencuba!
Popularity: 41% [?]
Jika anda baru di Sifoo.com, mungkin ada baiknya anda melanggani RSS Sifoo.com melalui email atau feed. Terima kasih kerana berkunjung!
Nota: Artikel atau tutorial ini hakmilik Sifoo.com. Aktiviti seperti meniru, menyalin, menciplak dan menerbitkan semula tanpa izin adalah ditegah sama sekali. Keizinan boleh diberikan sekiranya anda berminat dan berbincang dengan pihak Sifoo.com. Sila berikan kredit dan linkback kepada penulis asal dan laman web Sifoo.com.














Komen oleh randypeople pada 18 February 2009:
wah!
trime kasih banyak sifoo…
memang tepat pada masanye…
Jumlah komen oleh randypeople: 2
Komen oleh mohzam pada 18 February 2009:
Thank Sifoo
Jumlah komen oleh mohzam: 25
Komen oleh peacepeijal pada 18 February 2009:
waaa… lagi besh ini tutorial
Jumlah komen oleh peacepeijal: 22
Komen oleh ambientdream pada 18 February 2009:
woah nice. thanks for sharing
Jumlah komen oleh ambientdream: 2
Komen oleh Okultika pada 13 March 2009:
yeppy!!…. mmng best bla bleh design bnda bru… thanks a lot Sifoo.. ada tutorial yg best3 lg x? n mna nak dpat tutorial lg ya??
tunjuk ajar ku SIFOOOO… ;-p
p/s: sy bdk bru blajo.. heheh..
Jumlah komen oleh Okultika: 3
Komen oleh MaLaU pada 16 March 2009:
mcm mana nak buat bro klu bulatan tu bertindih n x nampak blakng dia??
Jumlah komen oleh MaLaU: 4
Komen oleh Imran pada 16 March 2009:
malau, bulatan bertindih tak nampak belakang? boleh kasik contoh imej tak?
Komen oleh MaLaU pada 17 March 2009:
bulatan dia bertindih..x transparence
masa 1st step tu..bulatan yg tebal tu menutup bulatan yg melintang tu..so x nampak bulatan sepenuhnya..bila kita duplicate utk bltn yg seterusnya..semua bulatan di blkg x nampak..hnya pandangan depan saja nampak..
Jumlah komen oleh MaLaU: 4
Komen oleh mohzam pada 17 March 2009:
Besar kemungkinan “fill” sepatutnya letak “none” cuma stroke yang ada colour so bila bulatan di duplicate akan nampak seperti sifoo buat.
Jumlah komen oleh mohzam: 25
Komen oleh MaLaU pada 18 March 2009:
tq mohzam..dah berjaya dptkan apa yg d idamkan..sy x letak ‘none’ utk fill tu..:D
Jumlah komen oleh MaLaU: 4
Komen oleh Bambino pada 3 April 2009:
Salam sifu,
Tambah la satu lagi tutorial untuk pengguna CorelDraw please…
Jumlah komen oleh Bambino: 4