Profil Penulis

author photo

Imran Abdul Jabar: Pengasas Sifoo.com. Melibatkan diri di dalam bidang grafik/multimedia dari tahun 1998. Kini, bergiat secara aktif sebagai Trainer/Instructor untuk kursus-kursus grafik dan multimedia. Blog: http://imranabduljabar.com

Lihat semua pos oleh Imran

Retro – Jejalur Polar

14 March 2009 | Pos Terkait | Dalam Kategori

Jom kita buat design ala-retro sikit kali ini. Dalam forum Sifoo.com ada yang bertanya tentang cara nak hasilkan ‘jejalur polar’. Saya akan tunjukkan cara ringkas untuk hasilkannya di dalam Photoshop.

hasil

Kita akan cuba hasilkan design seperti di atas menggunakan Photoshop. Antara tool yang utama di dalam pembikinan ini ialah Custom Shape Tool.

LANGKAH 1:

fill_color

Buka satu fail baru (500 x 300 pixel). Isikan warna background dengan warna biru (00AEEF).

LANGKAH 2:

custom_shape

Pilih Custom Shape Tool daripada toolbar.
*Klik lama sedikit untuk mendapatkan pilihan-pilihan lain di dalam kumpulan Shape Tool.

option_bar

Kemudian, di bahagian atas Photoshop (Option bar), klik pada pilihan Shape.

Klik pada butang kecil seperti yang ditandakan dengan anak panah merah (lihat imej di atas) > pilih ALL (untuk mengeluarkan semua shape di dalam koleksi Photoshop).

Klik pada pilihan ‘Replace’ apabila ditanya.

Setelah itu, pilih shape ‘polar stripes‘ seperti yang ditandakan dengan anak panah merah (lihat imej di atas).

LANGKAH 3:

polar_stripes

Dengan menggunakan Custom Shape Tool tadi, lukiskan polar stripe seperti di atas. Gunakan warna putih.

*Pastikan setting tool tersebut adalah pada ’shape layer’ – untuk memastikan shape kita di dalam format vektor, kerana kita akan mengubah saiz bentuk ini selepas ini.
*Jika, di dalam format vektor, shape tersebut tidak akan ‘pecah’.

LANGKAH 4:

polar_stripe_big

Dengan menggunakan Free Transform Tool, besarkan shape polar stripe tadi seperti di atas.

Kemudian, kurangkan Opacity layer shape ini kepada 10%.

LANGKAH 5:

gradient

Setelah itu, masukkan sedikit warna gradient (white to transparent) dengan menggunakan Gradient Tool.
Warna putih bermula daripada bawah dan semakin menghilang ke arah atas.

LANGKAH 6:

import_vector

Imej ‘bibir’ di atas saya copy daripada Symbol Libraries > Retro yang terdapat di dalam Illustrator.
Anda boleh gunakan imej lain yang anda suka.

Saya applykan sedikit Effect > Outer Glow (dengan menggunakan warna biru sebagai warna glow dan tukarkan Screen kepada Multiply – di dalam setting Outer Glow).

LANGKAH 7:

bullseye

Pilih semula Custom Shape Tool. Kali ini pilih shape Bull’s Eye.

Buat beberapa bentuk tersebut secara rawak dan susunkan mengikut citarasa anda.
*Pastikan layer bibir berada di atas layer bentuk-bentuk bull’s eye.

LANGKAH 8:

dropshadow

Untuk buat drop shadow seperti di atas, saya hanya perlu ‘duplicate’kan layer bibir yang asal.

Sekiranya anda menggunakan image vektor yang diimport ke dalam Photoshop, anda perlu ‘Rasterize Layer‘ terlebih dahulu untuk menukarkan Smart Vector kepada pixel biasa. Kerana kita akan applykan Filter Blur > Gaussian Blur kepada layer yang diduplicate tadi.

Selepas itu, kurangkan opacity layer tersebut kepada 20%.

Gunakan Free Transform Tool untuk kecilkan drop shadow tersebut seperti di atas.

HASIL:

hasil

Inilah hasilnya. Anda mungkin boleh menambah elemen-elemen retro yang lain di dalam design ini.

Fail PSD - Polar Stripe
*Klik kanan > Save Link As / Save Target As
(Telah dimuat-turun sebanyak 443 kali)

Selamat mencuba!

imran_profile

Popularity: 32% [?]

Jika anda baru di Sifoo.com, mungkin ada baiknya anda melanggani RSS Sifoo.com melalui email atau feed. Terima kasih kerana berkunjung!

Nota: Artikel atau tutorial ini hakmilik Sifoo.com. Aktiviti seperti meniru, menyalin, menciplak dan menerbitkan semula tanpa izin adalah ditegah sama sekali. Keizinan boleh diberikan sekiranya anda berminat dan berbincang dengan pihak Sifoo.com. Sila berikan kredit dan linkback kepada penulis asal dan laman web Sifoo.com.

Terdapat 11 Maklumbalas Setakat Ini. »

  1. terima kasih..
    i learn a lot from sifoo.com…
    big applause for you…
    Jumlah komen oleh evilKYO: 1

  2. tq cikgu imran..senang sgt cara ni.selalu saya buat pakai Ai je.ssh nk dpt shape.tp yg ni lagi senang.(^^)arigato cikgu imran!! long live imran-sensei!!!
    Jumlah komen oleh paliy-san: 8

  3. terima kasih di atas tunjuk ajar.
    Jumlah komen oleh Abdul Hakiem: 9

  4. guna photoshop brush lagi senang..mcm2 efek bleh buat..
    Jumlah komen oleh sphynx: 1

  5. sphynx,
    betul juga, kalau dapat brush set yang ada corak yang begini sememangnya lagi mudah. tapi kena cari dan download dulu.

    tapi mungkin ada setback sikit bila nak buat artwork yang hi-res. sebab brush = raster, so ada resolution limit. kalau kita besarkan, dia akan pecah.

    teknik kat atas ni, boleh digunakan untuk hi-res punya kerja.

    tapi, thanks juga pasal info tu… ;)

  6. tq.. best gk, cm2 leh blaja
    Jumlah komen oleh adlyn: 4

  7. mana nak dapatkan custom shape polar stripes tu? boleh download memana ke? saya tak ada.. so apa yang perlu saya buat?
    Jumlah komen oleh lok: 1

  8. @lok, ada je kat LANGKAH 2 tu. Kena pilih ALL. Baru dia akan listkan semua shapes. Cuba.

    Entri terkini di laman blog Imran:
    Di Ruang Keemasan
  9. cekgu! ^^
    cane nak tuka setting tool tuh?
    x jumpe aa =.=
    Jumlah komen oleh nani: 2

  10. tukar setting tool yang kat langkah berapa?

    Entri terkini di laman blog Imran:
    Di Ruang Keemasan
  11. step 3,,nak ilangkan blur tuh
    Jumlah komen oleh nani: 2

Hantar MaklumBalas

*Sila dapatkan Gravatar anda di www.gravatar.com