[GempurReka] Grafik Adaptasi Daripada Lagu
Bertemu lagi dalam satu lagi sesi GempurReka (ala Design Battle). Kali ini GempurReka membawa tema “Grafik Adaptasi Daripada Lagu”. Mari praktiskan bakat dan kemahiran grafik anda. Jom Gempur!
*Dapat isu xLimit – Grafik & Lagu sekarang!
Link ke Forum > [GempurReka] Grafik Adaptasi daripada Lagu
Tema kali ini berkaitan dengan lagu (mungkin yang and suka atau minat). Hasilkan grafik yang bersesuaian dengan lagu pilihan atau designkan bagaimana nak persembahkan bait-bait lagu tersebut dengan indah sekali (dalam bentuk visual).
*Mungkin tak perlu keseluruhan lirik lagu. Anda boleh pilih serangkap dua sahaja. Atau, mungkin tajuk sahaja.
*Matlamat Gempur Reka kali ini ialah nak uji kemahiran TAIPOGRAFI.
Lihat syarat dan cara menyertai di sifoo.com/forum” target=”_blank”>Forum Sifoo.com.
Akhir sekali nanti, kesemua hasil karya akan dikumpulkan dan disusun di dalam Majalah Maya Sifoo iaitu xLimit. Seperti yang dibuat untuk GempurReka yang sebelum ini.
Sila dapatkan isu xLimit (Majalah Maya Sifoo.com) di http://sifoo.com/v7/xlimit/isu-terkini/
Ayuh! Sertai dan tunjukkan bakat anda. Penyertaan daripada semua peringkat adalah amat digalakkan. Tak kiralah yang dah pro atau baru nak berjinak-jinak dengan dunia grafik.
Jom Gempur!
***
GEMPUR REKA INI TELAH PUN DITUTUP
Sila dapatkan isu xLimit (Majalah Maya Sifoo.com) di http://sifoo.com/v7/xlimit/isu-terkini/
Terima kasih kepada yang mengambil bahagian.
Popularity: 19% [?]
Jika anda baru di Sifoo.com, mungkin ada baiknya anda melanggani RSS Sifoo.com melalui email atau feed. Terima kasih kerana berkunjung!
Nota: Artikel atau tutorial ini hakmilik Sifoo.com. Aktiviti seperti meniru, menyalin, menciplak dan menerbitkan semula tanpa izin adalah ditegah sama sekali. Keizinan boleh diberikan sekiranya anda berminat dan berbincang dengan pihak Sifoo.com. Sila berikan kredit dan linkback kepada penulis asal dan laman web Sifoo.com.







Komen oleh Technology Info » [GempurReka] Grafik Adaptasi Daripada Lagu pada 19 March 2009:
[...] suka atau minat). Hasilkan grafik yang bersesuaian dengan lagu pilihan atau [...] Original Post: [GempurReka] Grafik Adaptasi Daripada Lagu – Sifoo Copyright Sifoo To read more please visit the site [...]
Komen oleh razif pada 25 March 2009:
sya nak join kat dalam ni mcm ne ek..
Jumlah komen oleh razif: 3
Komen oleh Imran pada 25 March 2009:
razif, sila baca cara-cara nak menyertai GR di forum Sifoo.com
atau klik sini http://www.sifoo.com/forum/viewtopic.php?f=16&t=23217
Jumlah komen oleh Imran: 338
Komen oleh razif pada 25 March 2009:
emm..jahil gak aku kat cni..da try tapi nak tukar dari jpg ke txt tu macmne ek..td wat kat imageshack..plzzz…
Jumlah komen oleh razif: 3
Komen oleh Imran pada 25 March 2009:
kalau kat imageshack tak perlu tukarkan kepada txt.
Jumlah komen oleh Imran: 338
Komen oleh razif pada 25 March 2009:
ok..tq 4 the info..chek doq pikiaq lg tadi no…lagu mana cheq nak wat..hehe mekasih ya…
Jumlah komen oleh razif: 3
Komen oleh cappicatiess pada 18 July 2009:
bleh x sy nk thu bagaimana nk dpatkan colour goald n silver didalam illustrator
Jumlah komen oleh cappicatiess: 1