3 Langkah Bina Laman Web
Anda mempunyai produk atau servis yang sangat berpotensi. Lalu anda bercadang untuk mempromosikannya di internet kerana internet mempunyai capaian pasaran yang tidak terbatas. Walau bagaimana pun, usaha anda tersekat seketika kerana anda tidak tahu bagaimana hendak memiliki laman web sendiri. Jangan putus asa!
Memiliki laman web sendiri pada waktu ini adalah sangat mudah – semudah ABC! (bak kata kebanyakan orang). Kos awalnya tidak tinggi, anda tidak perlukan pengetahuan teknikal yang terlalu tinggi – cukup sekadar pengetahuan komputer yang asas dan tempoh yang singkat untuk menyiapkannya. Faktor-faktor ini cukup menguntungkan bagi anda yang ingin memulakan bisnes internet atau membuat pemasaran di internet. Cuba bandingkan kos yang diperlukan bagi memulakan bisnes secara konvensional dengan memulakan bisnes secara digital.
Jadi? Bagaimana cara-caranya?
Langkah A: Dapatkan Tapak, Alamat
Nama-nama seperti www.sifoo.com, www.yahoo.com, www.google.com, www.utusan.com.my adalah alamat laman web atau lebih biasa dipanggil domain name. Domain name adalah penting supaya orang ramai tahu bagaimana hendak mengakses laman web anda.
Tips: Domain name hendak ringkas dan tak mengelirukan, dan menarik perhatian
Nama-nama antarabangsa: *.com, *.net, *.org
Nama-nama tempatan: *.com.my, *.net.my, *.org.my (dot my adalah pengenalan untuk Malaysia)
Contoh lain:
dot sg: Singapura
dot kr: Korea
dot cn: China
dot jp: Jepun
Pada dasarnya, nama-nama tersebut tidak mempunyai sebarang batasan berkaitan tentang akses. Maksudnya, anda boleh menggunakan apa juga domain name dan sesiapa sahaja walau di mana sahaja mereka berada boleh mengakses laman web anda. Cuma kelebihan nama antarabangsa adalah lebih ringkas dan pendek dan nama tempatan mendekatkan diri anda dengan semangat kenegaraan.
Di mana anda boleh mendapatkan nama-nama tersebut?
Pertamanya, anda harus membuat semakan samada nama yang anda bercadang untuk gunakan masih boleh digunakan atau sudah diambil oleh orang lain.
Nota: Domain name adalah unik. Hanya satu nama sahaja boleh wujud dalam satu masa.
Jadi, anda perlu membuat senarai pilihan nama sekiranya nama yang hendak gunakan telah digunapakai oleh orang lain. Semakan boleh dibuat di www.register.com, atau di www.mercumaya.net (sekadar beberapa contoh sahaja).
Setelah semakan dibuat, anda boleh terus membuat bayaran untuk nama pilihan anda. Harga untuk satu domain name adalah dalam lingkungan RM30 hingga RM100 setahun (bergantung kepada harga tawaran oleh ejen jualan).
Seterusnya, dapatkan tapak atau hosting. Hosting adalah ruangan yang diperlukan untuk menyimpan semua fail laman web. Hosting adalah umpama ruangan hard disk yang terdapat di dalam komputer anda. Anda tidak boleh menyimpan fail laman web di dalam komputer anda kerana ianya tidak boleh diakses oleh orang lain. Untuk membolehkan orang lain mengakses fail-fail laman web sebuah web server diperlukan. Web server inilah yang mempunyai ruangan yang akan menyimpan fail laman web anda. Oleh itu, anda perlu memindahkan fail laman web dari komputer anda ke dalam web server.
Bagi mendapatkan ruangan di dalam web server tersebut, anda perlu membayar sewa hosting. Dengan harga serendah RM100 setahun, anda sudah boleh memiliki ruangan di dalam web server. Anda akan diberi sebuah akaun untuk membolehkan anda mengakses ruangan tersebut dan memindahkan semua fail laman web anda ke dalam web server.
Nota: FTP (File Transfer Protocol) adalah protokol pemindahan fail daripada komputer anda ke web server.
Pemindahan menggunakan FTP boleh dibuat menggunakan perisian seperti Adobe Dreamweaver.
Setakat ini, kos memiliki domain name dan hosting adalah kurang daripada RM200 setahun iaitu kurang daripada RM20 sebulan. Murahkan?
Selain daripada hosting berbayar, anda juga boleh mendapatkan hosting percuma. Antara laman web yang menyediakan hosting percuma ini ialah geocities.yahoo.com dan www.tripod.com. Hosting percuma ini boleh anda miliki tetapi dengan batasan-batasan tertentu seperti menggunakan domain name yang diberikan sahaja (seperti: http://geocities.yahoo.com/syarikat_abc), ruangan yang terhad, anda terpaksa memaparkan iklan mereka di dalam laman web anda dan ketidakbolehan untuk membesarkan fungsi laman web anda.
Langkah B: Bina Laman Web
Langkah seterusnya ialah membina laman web. Bagaimana agaknya nak mulakan langkah ini ya? Mudah saja… Banyak perisian biasa yang boleh anda gunakan untuk membina laman web. Antara yang paling mudah ialah Microsoft Word. Anda hanya perlu menyusun kandungan laman web anda di dalam satu dokumen Word (taipkan teks, masukkan gambar, letakkan jadual, dsb). Setelah siap, simpan dokumen tersebut sebagai fail HTML (HTML – Hyper Text Mark Up Language). Apa juga yang anda letak di dalam dokumen tersebut adalah apa yang akan terpapar di dalam web browser (seperti Internet Explorer atau Mozilla Firefox). Ini dipanggil What You See Is What You Get (WYSWYG).
Perisian WYSWYG membolehkan sesiapa sahaja membina laman web tanpa mengetahui pengaturcaraan web seperti HTML, Javascript dan Cascading Style Sheet (CSS).
Perisian lain bagi membina laman web adalah Microsoft FrontPage dan Adobe Dreamweaver. Pembinaan laman web akan dilakukan di dalam komputer peribadi anda. Setelah siap barulah anda akan memindahkan (upload) ke dalam web server (hosting).
Pembinaan laman web memerlukan sedikit perancangan bagi menyusun kandungan supaya lebih teratur dan kemas. Asingkan kandungan anda kepada beberapa bahagian seperti:
- Halaman Utama
- Pengenalan atau Profail
- Produk dan Servis
- Hubungi Kami
Masukkan info yang ringkas dan padat serta bersesuaian di dalam setiap bahagian yang telah disusun. Gambar-gambar yang hendak dimasukkan juga mesti bersesuaian dan tidak terlalu besar saiznya (dimensi dan juga jumlah baitnya).
Pastikan anda meletakkan jaringan (link) navigasi supaya pengunjung dapat melungsuri laman web anda tanpa tersesat. Jaringan navigasi atau menu navigasi adalah sangat penting.
Setelah siap kesemua halaman yang anda inginkan, cuba dahulu secara local sebelum memindahkan (upload) ke dalam web server (hosting) anda. Pastikan tiada jaringan yang terputus. Pastikan tiada gambar yang gagal dipaparkan. Pastikan navigasi anda tiada masalah. Jika semuanya baik, pindahkan ke dalam web server.
Langkah C: Promosikan Laman Web Anda
Kewujudan laman web anda tidak akan diketahui umum sekiranya tidak diwar-warkan. Promosi adalah penting supaya laman web anda tidak terbiar sepi. Promosi boleh dibuat dengan beberapa cara, antaranya:
- Sampaikan secara lisan (mungkin kepada rakan atau saudara-mara terdekat)
- E-melkan kepada senarai rakan (contact list)
- SMSkan alamat laman web anda kepada phone book
- Menyertai internet groups atau forum dan membuat sedikit ulasan kepada ahli groups / forum
- Melanggan ruangan iklan di dalam laman web yang mempunyai trafik yang tinggi
- Mendapatkan ruangan di dalam majalah / suratkhabar / rancangan TV
- Mempromosikan kepada pengunjung pameran / karnival / konvensyen
- Menaja acara-acara besar
Cuba fikirkan bagaimana cara supaya pengunjung laman web anda sentiasa berkunjung dari semasa ke semasa dan supaya pengunjung baru sentiasa bertambah.
Selamat mencuba!
Popularity: 37% [?]
Jika anda baru di Sifoo.com, mungkin ada baiknya anda melanggani RSS Sifoo.com melalui email atau feed. Terima kasih kerana berkunjung!
Nota: Artikel atau tutorial ini hakmilik Sifoo.com. Aktiviti seperti meniru, menyalin, menciplak dan menerbitkan semula tanpa izin adalah ditegah sama sekali. Keizinan boleh diberikan sekiranya anda berminat dan berbincang dengan pihak Sifoo.com. Sila berikan kredit dan linkback kepada penulis asal dan laman web Sifoo.com.







Komen oleh Erul pada 22 March 2009:
Simple tapi jelas..
anyway,
thx for all informations
Jumlah komen oleh Erul: 2
Komen oleh Imran pada 22 March 2009:
Sama2. Untuk bahagian B, anda juga boleh menggunakan Blog Provider seperti http://www.wordpress.com dan http://www.blogger.com untuk mewujudkan laman web anda. Percuma atau pun berbayar.
Komen oleh anarm pada 22 March 2009:
aku suke wordpress.org
hehe..
Jumlah komen oleh anarm: 1
Komen oleh Imran pada 22 March 2009:
Anarm, aha…siapa yang advance sikit – http://www.wordpress.org akan jadi lebih menarik. Sifoo.com versi ini pun terhasil dari situ.
Komen oleh Bambino pada 3 April 2009:
Salam…
sifu,kenapa skang ni ramai org buat laman web tak penuh screen,ala-ala blog gitu eh?
Jumlah komen oleh Bambino: 4
Komen oleh Imran pada 3 April 2009:
laman web tak penuh itu mungkin citarasa dan style buat web. mungkin faktor ketidakpastian saiz majoriti monitor yang digunakan oleh user menjadi penyebab banyak web fixkan saiz.
1. ada cara blog
2. ada cara mini-site
Komen oleh lamp pada 9 April 2009:
salam..
Nampak mcm mudah je..
Kalo tak keberatan blh tak bagi cth web yg menggunakan teknik ni (word)..
Maaf.. Newbie
Jumlah komen oleh lamp: 2
Komen oleh Imran pada 9 April 2009:
lamp,
nak yang guna MS Word ke?
Di Ruang Keemasan
Komen oleh NURULAIN pada 10 April 2009:
salam…
sebenarnya boleh ke buat website fully guna flash?
sbb sy dah siapkan satu website yg sepenuhnya buat di flash
tapi masalah bila nak upload,xkeluar di internet…
kenapa ye?
Jumlah komen oleh NURULAIN: 7
Komen oleh Imran pada 10 April 2009:
nurulain,
boleh buat website fully flash. dah banyak web yang pernah buat.
web yang tak jadi tu, ada tak cuba kat pc sendiri (local) sebelum upload?
kalau kat local pon tak bleh, then samada:
1. masalah plugin player flash yang tak ada atau tak update
2. insert flash = tak betul
3. masalah file path yang tak betul
mungkin boleh tunjukkan link online (yang anda upload). boleh saya tengok2kan.
Di Ruang Keemasan
Komen oleh NURULAIN pada 10 April 2009:
smalam en hairy ade tolong buatkan untuk HTML file.tapi sy tetap xboleh nak upload…
en imran nak link online yang macam mana ek?link website sy ke or file2 sy?
tolong ek,coz dah smgu sy try setelkan,tapi tetap xboleh upload
tq…
Jumlah komen oleh NURULAIN: 7
Komen oleh NURULAIN pada 10 April 2009:
salam en imran,sy dah email..en tolong check email ek.
urgent..
thanks..
Jumlah komen oleh NURULAIN: 7
Komen oleh Bdk Sklh pada 10 April 2009:
Wa susah nak cari website cam nie…
Ringkas tapi padat…Selalu web bahasa Inggeris banyak la…
Terima kasih atas semua informasi…Hanya Tuhan mampu membalasnya…
Jumlah komen oleh Bdk Sklh: 1
Komen oleh Imran pada 10 April 2009:
terima kasih.
nak balas dengan belanja saya minum pun boleh juga. hehe
Di Ruang Keemasan
Komen oleh baloot pada 10 April 2009:
aku biasanya guna Joomla untuk wat laman web sekolah2, n company..
senang je… yang best, bole caj mahal..
anyway, thanks Imran untuk penerangan yang jelas kat atas tu..
Service: Tempahan Laman Web Untuk Website Hotel (Online Booking dan Reservation)
Jumlah komen oleh baloot: 9
Komen oleh fety pada 13 April 2009:
kalu nak bina blog, perlukan tools ke untuk buat blog?
ble nak upload kat server tetap kena bayar juga ke?
Jumlah komen oleh fety: 1
Komen oleh lamp pada 19 April 2009:
to imran,
saya nak contoh web yg menggunakan ms word. Satu lagi, camne nak design blog? kalo tak keberatan..
Jumlah komen oleh lamp: 2
Komen oleh Imran pada 20 April 2009:
lamp,
cuba google guna keyword “web done using ms word”. nanti ada senarai yang useful untuk permintaan anda.
design blog? pertama kena install blog system macam wordpress. kemudian, kena carik info tentang macamana nak edit/create wordpress theme (www.wordpress.org).
satu cara yang mudah ialah download free themes dan customizekan mengikut kehendak anda.
Di Ruang Keemasan
Komen oleh Imran pada 20 April 2009:
fety,
untuk host sendiri kita punya blog sendiri, then kena sewa hosting (bayar).
tools yang diperlukan biasanya:
1. dreamweaver untuk edit coding macam php, html dan css.
2. photoshop untuk edit dan create web images – gif, png, jpeg
Di Ruang Keemasan
Komen oleh iqbal pada 23 April 2009:
ala pkai dream rever jer
senang aku bt sendiri
Jumlah komen oleh iqbal: 1
Komen oleh Dane pada 23 April 2009:
ooo.. begituuu…
aku minat nak buat web ni tapi kat mana ada klass parttime sekitar lembah klang ni… mana lebih hebat dreamweaver ke adobe firework ke frontpage…??? leh komen sifooo??
Thank kiyu
Jumlah komen oleh Dane: 1
Komen oleh Imran pada 27 April 2009:
Dane:
biasanya kalau industri standard, orang akan guna dreamweaver.
fireworks ni lebih kepada design.
frontpage ni lebih cenderung untuk microsoft compatiblity.
Di Ruang Keemasan
Komen oleh Roslan pada 3 May 2009:
Nak belajar buat website menggunakan Dreamweaver ..kat mana ?
Jumlah komen oleh Roslan: 4
Komen oleh helmee pada 4 May 2009:
minta tolong,
dreamweaver, image x kuar la…
masa buat pakai local host o.k,
tapi bila upload ke server x jadi kuar2!
thanks….
Jumlah komen oleh helmee: 1
Komen oleh didiekidzs pada 4 May 2009:
Mr Imran..
base from your statement mention above
saya amat tertarik untuk membina sebuah webpage
on top of that, sekarang ini saya sedang membina webpage saya tetapi secara trial (as our 1st step to expand our business)
anyway,
yang menjadi kesulitan pada kami adalah berkenaan dengan pembayaran untuk menyewa sesebuah tapak sesuatu server tersebut..
maksud saya pembayaran dibuat pada setiap bulan atau tahunan..?
by the way…
you had good tip and tutorial
it’s totally great specially for those yang baru berjinak-jinak
with this industry/line…
you may reply my silly comment nie straight to my email address..
thank you for spent a moment for reading my coment..
Jumlah komen oleh didiekidzs: 1
Komen oleh Imran pada 5 May 2009:
roslan:
nak belajar boleh cari mana2 kursus atau beli buku atau baca tutorial daripada internet.
Di Ruang Keemasan
Komen oleh Imran pada 5 May 2009:
helmee:
mungkin >>
1. fail-fail gambar belum diupload, atau
2. tak buat ’site definition’ semasa berkerja dalam DW
Di Ruang Keemasan
Komen oleh Imran pada 5 May 2009:
didiekidzs:
sewaan server atau hosting biasanya adalah secara tahunan. jadi, tiada masalah sangat.
Di Ruang Keemasan
Komen oleh Melayu Boleh pada 8 May 2009:
hmm.. tak terfikir plak saya bley guna microsoft word.. tapi bler sayer try rupernyer bleh jgk.. cumer kena masukkan skali folder yang ader information yg berkaitan dgn file word tu la.. huhu sebelum sayer guna dreamweaver jer.. tapi maner lagi mudah? guna frontpage ker guna dreamweaver ek? thanx for your info..
Contest Hidup Berani Untuk Gagal
Jumlah komen oleh Melayu Boleh: 5
Komen oleh syamila pada 9 May 2009:
salam… ermm leh saya tanye camne nak masukkan database dalam dreamweaver.saya da penah belajar tapi terlupa….camne leh saya dapat kan manual untuk wat balik website sekali dengan penyimpanan data customer??
Jumlah komen oleh syamila: 1
Komen oleh red pada 20 May 2009:
salam..
ok dlm wat web ni mmg gne dream kn..
tp still kne gne server..
cm jsp or php…
btol x?
Jumlah komen oleh red: 2
Komen oleh red pada 20 May 2009:
if xgne jsp or php…
website xleh jln la kn
Jumlah komen oleh red: 2
Komen oleh Imran pada 20 May 2009:
red,
tak semestinya. kalau website statik, tak perlu jsp, php or asp. cukup sekadar HTML (dibantu dengan CSS dan Javascript).
kalau website dinamik – yang memerlukan interaksi user dengan website, dan website dengan database – maka, yang tersebut tadi adalah diperlukan.
Di Ruang Keemasan
Komen oleh paku pada 22 May 2009:
salam. terima kasih dengan tutorial yang diberikan. saya ingin membuat permintaan agar buat satu tutorial berkaitan pengurusan fail bagi membina sesuatu website. terima kasih.
Jumlah komen oleh paku: 2
Komen oleh Imran pada 23 May 2009:
paku, pengurusan fail yang bagaimana tu? dalam konteks apa?
Di Ruang Keemasan
Komen oleh nurol pada 2 June 2009:
salam.
hye imran… 1st thanks atas perkongsian ilmu. ok kat cnie sy nak tya. sy kje ngan gov. br2 nie bos sy minta sy develope web utk tmpt sy kje nie. m’jd mslh sy xpenah langsung develope. masa stdy dolu sy ada belajar tp mmg dah lupa. ade mber yg cadang kan sy guna Joomla. apa pandang imran & ada x flow yg lebih jelas berkaitan step yg perlu sy lakukan utk sy bangun kan web tersebut.
Jumlah komen oleh nurol: 1
Komen oleh yana pada 8 June 2009:
saya senasib ngan nurol..
kena wat website..
masalahnya kompeni nak guna joomla gak sebab katanya senang nak adjust..
file sume dah ada tp nak transfer pakai ftp camana?
leh bagi suggestion x..?
then kenalah masukkan data sket cam leh update sume..
camana ye?
saya dah try search tenet tp xberapa faham sebab sume lam BI..
arap dpt bantu.. terima kasih..
Jumlah komen oleh yana: 1
Komen oleh Imran pada 8 June 2009:
nurol & yana,
joomla adalah sebuah content management system (cms). ianya mudah sebab semuanya dah siap untuk kita guna. pengurusan data dan kandungan = mudah dan senang untuk update website. so, kalau selesa nak pakai boleh aje.
ftp memerlukan software di client-side yang membolehkan kita hantar fail kita kepada web server. saya sendiri menggunakan adobe dreamweaver untuk buat ftp.
Di Ruang Keemasan
Komen oleh halila pada 9 June 2009:
Assalamualaikum….sy sedang membangunkan sebuah portal menggunakan dreamwever CS3….sy nak tau mcmn nak wat satu box yang memaparkan artikel atau new arrival pada laman utama….sy dah cari kat google tp xbrapa faham….
Jumlah komen oleh halila: 3
Komen oleh Imran pada 9 June 2009:
halila, box yang macamana tu?
Di Ruang Keemasan
Komen oleh halila pada 9 June 2009:
contohnya box untuk yang memaparkan aktiviti atau bt anouncement, slalunya duk sebelah kiri or kanan templates…en bleh tgk cth kat portal library utm http://portal.psz.utm.my/psz/…try tgk latest info…sy nk buat mcm tu la….
Jumlah komen oleh halila: 3
Komen oleh halila pada 9 June 2009:
klo tidak keberatan saya nak en. tunjukkan step by step..
Jumlah komen oleh halila: 3
Komen oleh Wunan pada 19 June 2009:
macam mana nk bina laman web secara percuma?can we use microsoft publisher??teach me how..plezzzz…im too poor to buy web page or domain name…
Jumlah komen oleh Wunan: 1
Komen oleh Imran pada 20 June 2009:
wunan,
terlalu miskin? sebenarnya untuk ada website tak perlu terlalu kaya pun. rajin buat research – boleh jumpa web hosting yang sgt murah, domain name yg murah.
kalau guna wordpress.org or joomla or drupal semuanya percuma je. microsoft publisher kena beli. mahal juga kalau yang original.
Di Ruang Keemasan
Komen oleh kathy pada 26 June 2009:
info ini lah yang dicarik2 selama ini.
sgt menjawab!! jelas dan padat!!
terima kasih!!!!
hidup sifoo.com!
Jumlah komen oleh kathy: 5
Komen oleh kathy pada 26 June 2009:
bro imran…
camne nak cari hosting berbayar tu?
camne dgn bayaran tu?
Jumlah komen oleh kathy: 5
Komen oleh yed pada 27 June 2009:
kathy ~ kat sini ada » Senarai hosting «
bole compare kan sendiri harga, disk space n feature.
Jumlah komen oleh yed: 6
Komen oleh kathy pada 2 July 2009:
Thanks Yed!
Jumlah komen oleh kathy: 5
Komen oleh azila pada 20 July 2009:
salam..
sy skrg ni tengah cuba2 utk buat sistem php menggunakan perisian dreamwever.untuk menggunakan dreamwever perlu create site terlebih dulukan…tp masalah nyer sy msh tak berjaya utk create site…camne yer?
Jumlah komen oleh azila: 1
Komen oleh farhanis pada 1 August 2009:
salam…
susahlah nak dapatkan webhosting percuma.. kebanyakannya dalam bahasa inggeris…ni yang kantoi nih..
satu lg sifoo..leh bgtau webhosting yg free tu..
Jumlah komen oleh farhanis: 1
Komen oleh Imran pada 3 August 2009:
azila,
create site = klik menu Site > Define Site.
farhanis,
rasanya semua webhosting adalah dalam bahasa inggeris, walau pun tempatan punya.
untuk rekemen webhosting percuma ni, saya cadangkan – pergi kat google.com dan search “free webhosting”.
Di Ruang Keemasan
Komen oleh emaz pada 9 August 2009:
salam..
Saya dah baca ada webhosting yang free tu tapi bila buat tak jadi lak. masih blur macamana nak buat laman web sendiri..yang penting saya nak buat sendiri laman web. bole ajar..!!!
Jumlah komen oleh emaz: 1
Komen oleh ayiet pada 18 August 2009:
bole ka buat web dlm microsoft publisher 2007.?mcm mna caranya.?
Jumlah komen oleh ayiet: 1
Komen oleh masz pada 22 August 2009:
saya nak minta tolong ajar step nak buat web site ni..
saya dah tinggal alam dreamweaver ni dah 2 thn dah…
bos baru saya minta saya belajar plak cara nak buat web design..
peningnya saya…
minta2 SIFOO boleh ajar saya…dari mana saya nak mula ni..
dah tak ingat step dah…
Jumlah komen oleh masz: 2
Komen oleh inna pada 12 October 2009:
leh terangkan x care nak wat wbsite mngunakan publisher…
Jumlah komen oleh inna: 1
Komen oleh wan pada 15 November 2009:
salam..en imran..
tahniah dan terima kasih atas nota nie..
boleh tak cerita skit tentang joomla…kawan saya kata mudah untuk bina laman web…ada tutorial bahasa melayu mengenai joomla??blay bagi link??terima ksaih..
Jumlah komen oleh wan: 1
Komen oleh siti64 pada 29 November 2009:
good information!!! keep it up en.imran!
Jumlah komen oleh siti64: 1