Profil Penulis

author photo

Imran Abdul Jabar: Pengasas Sifoo.com. Melibatkan diri di dalam bidang grafik/multimedia dari tahun 1998. Kini, bergiat secara aktif sebagai Trainer/Instructor untuk kursus-kursus grafik dan multimedia. Blog: http://imranabduljabar.com

Lihat semua pos oleh Imran

‘Retouch’ Foto

25 March 2009 | Pos Terkait | Dalam Kategori

‘Retouching’ foto adalah sangat penting kepada pengguna Photoshop, terutamanya di era ramai orang tergila-gilakan fotografi digital ini. Kita lihat satu contoh cara untuk ‘retouch’ foto.

FOTO ASAL

foto_irfan_asal
*Foto anak saya – Irfan Fikri

FOTO HASIL

foto_irfan_hasil

LANGKAH 1:

gaussian_blur

Buka fail foto_irfan_jpg (yang disertakan di dalam fail zip untuk tutorial ini).

Duplicate layer background (Tekan Ctrl + J).

Kemudian, kita akan applykan Filter Gaussian Blur. Klik menu Filter > Blur > Gaussian Blur (setkan radius: 5 pixels).

LANGKAH 2:

desaturate_overlay

Selepas itu, kita akan Desaturatekan layer yang telah di’blur’kan tadi. Klik menu Image > Adjustment > Desaturate (Ctrl+Shift+U). Hasilnya, imej di dalam layer tersebut akan menjadi hitam-putih.

Tukarkan blend mode layer tersebut daripada Normal kepada Overlay.

LANGKAH 3:

gradient_adjustment

Klik pada ikon ‘Create new adjustment layer‘ di bahagian bawah palet layer dan pilih Gradient Map.

Kemudian, klik di atas warna gradient yang terpapar di window Gradient Map. bagi mendapatkan Gradient Editor seperti di bawah ini.

gradient_overlay

Edit warna gradient seperti di atas:

  • ff9900
  • ffcc33
  • ffffcc

Klik OK.

Kemudian, tukarkan blend mode untuk adjustment layer ini daripada Normal kepada Soft Light dengan opacity 60%.

Siap! Mudah sahaja.

Fail PSD - Retouch Foto
*Klik kanan > Save Link As / Save Target As
(Telah dimuat-turun sebanyak 950 kali)

Selamat mencuba!

imran_profile

Popularity: 100% [?]

Jika anda baru di Sifoo.com, mungkin ada baiknya anda melanggani RSS Sifoo.com melalui email atau feed. Terima kasih kerana berkunjung!

Nota: Artikel atau tutorial ini hakmilik Sifoo.com. Aktiviti seperti meniru, menyalin, menciplak dan menerbitkan semula tanpa izin adalah ditegah sama sekali. Keizinan boleh diberikan sekiranya anda berminat dan berbincang dengan pihak Sifoo.com. Sila berikan kredit dan linkback kepada penulis asal dan laman web Sifoo.com.

Terdapat 41 Maklumbalas Setakat Ini. »

  1. satu tutorial yg menarik..
    leh try ni..
    thanx sifoo
    Jumlah komen oleh -Ring 0-: 2

  2. tidak dapat part ni – Klik pada ikon ‘Create new adjustment layer‘ di bahagian bawah palet layer dan pilih Gradient Overlay.
    Sebab Gradient Overlay terdapat pada layer style.
    Jumlah komen oleh Faizal: 4

  3. Faizal, maaf…ralat.
    Saya betulkan. Pilih Gradient Map semasa ‘Create New Adjustment Layer’. Bukan Gradient Overlay.
    TQ

  4. ok dah dapat…tq…hehehe
    Jumlah komen oleh Faizal: 4

  5. menarik dan sempoi caranya..cikgu imran.pasni ble tak susulkn tuturial yg cm orang dok edit pic pengantin. saya tgk geram nk buat tp xreti.dh puas xplore tp stil xmenjadi.nk cari tutorial tu pn susah kt intenet..tlg ek cikgu..tq (^^) big hug!!
    Jumlah komen oleh paliy-san: 8

  6. lagi satu..kslm kt anak cikgu..cute la..cam ayah dia(^^)
    Jumlah komen oleh paliy-san: 8

  7. Ayah dia bukan cute lagi..cute MUTE bila tgk…hahhaa..nice tutorial la..
    Jumlah komen oleh abeku: 4

  8. paliy, edit gambar pengantin yang macamana tu? maksud saya style mana?

    abeku,
    hahaha…bila mau yumcha tgh malam lagi?

  9. Assalamualaikum Sifoo,
    Saya amat berharap sgt sifoo lampirkan tutorial,bagaimana nak edit foto (hadapan terang,background blur) contoh mudah foto seseorang dan backgroundnya blur…

    Terima kasih
    Jumlah komen oleh Faizal aka Chon: 4

  10. Chon, nanti saya buatkan.

  11. smart nyer..bley la wat photo retouching bebyk ni..hehehe..
    Jumlah komen oleh farah: 6

  12. wah mantapnya blog ni..
    caya lah..
    Jumlah komen oleh khalifah_aiman: 1

  13. thanks. best lah.. dapat pelbagaikan skill yang saya ade..haha
    Jumlah komen oleh Abdul Hakim: 9

  14. Bestnya, banyak tul info blh guna pakai. thanx..nice blog too
    Jumlah komen oleh Zool: 1

  15. thnx a lot for the tips cekgu!..saya dah try wat kat manyak pic..mmg hasilnye superb..gambar2 biase pon jadi lagi cantek…cara yg plg mudah utk retouch photo!..tak yah nak retouch sebijik2 jerawat org!
    Jumlah komen oleh qisyani: 1

  16. tima kasih sifu… semoga allah SWT membalas jasa anda…
    Jumlah komen oleh adies: 1

  17. saya dah try klik pada “‘Create new adjustment layer‘ di bahagian bawah palet layer dan pilih Gradient Map”, tp, xkeluar gradient editor spt yg tertera di atas. sbb itu, sy xdpt nk edit gradient colour. bagaimana ye?? adakah sy gunakan aplikasi PSD 1st version yg menyebabkan xkluar gradient editor tu??
    Jumlah komen oleh FaizalMurad: 1

  18. FaizalMurad:
    PSD 1st version?? Tak mungkin first version kot.

    Rasanya ada gradient editor tu. Kalau ada Gradient Map tu maksudnya adalah gradient editor tu. Cuba klik atas warna gradient yang terpapar.

    Entri terkini di laman blog Imran:
    Di Ruang Keemasan
  19. Tips nya encik bagus sekali nih.
    Jumlah komen oleh Firdas: 1

  20. tenkiu~~!!! sy newbie dlm photoshop.. :) sila beri tunjuk ajar~
    Jumlah komen oleh honeybones: 1

  21. wah…byk info boleh sy dapat
    Jumlah komen oleh lyea: 1

  22. info berguna bg yang baru nak belajar pelbagai teknik…cuma nak tanya, ada kah file yang boleh di download tu dlm pdf?
    Jumlah komen oleh YATI: 1

  23. yati,
    bukan dalam PDF tapi dalam format PSD

    Entri terkini di laman blog Imran:
    Di Ruang Keemasan
  24. salam..

    Imran..

    sy masih tak dpt part gradian editor tu…
    mcmmana nak dpt color tu ye…yg fffc,ffcc33 tu ambil kat mana ye

    tq
    Jumlah komen oleh izad: 1

  25. salam bro imran..
    sy dh berjaya wt yg bro ajokan..
    tq2..jasamu dikenang..
    akan ku simpan utk ms hdpn..
    Jumlah komen oleh marya: 7

  26. sifoo..cne nk set kat gardient editor 2..kt gradient editor sy xkuar pon yg fff colour merah cm sifoo 2..cne nk setting.
    Jumlah komen oleh rphitz: 1

  27. rphitz, cuba buat LANGKAH 3 dengan teliti. sure boleh jumpa punya.

    Entri terkini di laman blog Imran:
    Di Ruang Keemasan
  28. nk tanyo..cm maner nk wat kelawang kt dlm gambo??saudara imran bole tolong ajokan x ..
    Jumlah komen oleh ujang: 1

  29. tq imran.tutorial yg menarik. baru nak try2. he
    Jumlah komen oleh pendekargrafix: 12

  30. wat foto perkahwinan x…huhuhu
    Jumlah komen oleh alia: 1

  31. servis foto perkahwinan kena tanya orang lain. dalam forum sifoo.com ada juga yang promote servis foto perkahwinan ni.

    Entri terkini di laman blog Imran:
    Di Ruang Keemasan
  32. nice tutorial .keep it up :)

    Entri terkini di laman blog acadterror:
    Personal @ Photoshop

    Jumlah komen oleh acadterror: 1

  33. Salam…

    As newbies… saya ada komen… tutorial tu x lengkap… susah nak ikut… x sampai sekerat jalan dah sesat…

    klau x caye, sruh orang yg baru belajar cs3 ikut tutorial kat atas…

    btw thanks.
    Jumlah komen oleh Faiz: 1

  34. Faiz,
    Saya dah cek tutorial ni. Takde masalah. Stepnya lengkap.
    Saya rasa mungkin faiz sangkut kat GRADIENT EDITOR tu. Cuba semak asas cara nak guna GRADIENT dulu.

    - cara nak edit gradient color
    - cara nak add color kepada gradient

    InsyaAllah boleh.

    Entri terkini di laman blog Imran:
    Di Ruang Keemasan
  35. huhuhu dh try buat tp stuck kt gradient map tu…
    xkuar pun bOx utk tukar @ adjust gradient level tuhhhh huhuhu

    camne nk Tukarkan blend mode layer tersebut daripada Normal kepada Overlay ek
    Jumlah komen oleh -=sayla=-: 1

  36. salam..
    as a newbies dlm PSD..
    saya tak faham dgn editing GRADIENT, dan maksud
    *ff9900
    *ffcc33
    *ffffcc
    Jumlah komen oleh alri: 2

  37. alri,
    untuk Gradient sila rujuk tutorial ni:
    http://sifoo.com/v7/2009/08/13/membuat-vignetting-dalam-photoshop

    Entri terkini di laman blog Imran:
    Di Ruang Keemasan
  38. salam…allrite..paham dah.
    tq tq…..
    Jumlah komen oleh alri: 2

  39. perghh..menjadi jugak akhirnya
    mmg ade sangkut gak kt bahagian gradient tu tp lepas rujuk tutorial nak buat vignetting tu, semuanya dh settle
    thx atas tutorial yg bravo ni
    Jumlah komen oleh KhaL: 1

  40. salam…
    dah try buat teknik ni.tp hasil tak smooth mcm gmbar kt atas. ada cara ke nak bg smooth gmbar tu?
    Jumlah komen oleh syamil: 1

  41. Thanx bro… web site nie dan ilmu yang diberi sangat berguna dalam usaha saya nak buat photobook gambar saya. One day, saya juga nak ikut khusus yang dianjurkan SIFOO. Nie menambahkan minat saya dalam photography. Thanx again bro
    Jumlah komen oleh linda: 1

Hantar MaklumBalas

*Sila dapatkan Gravatar anda di www.gravatar.com