Envelope – Teks Mengikut Bentuk Path
Terfikir bagaimana hendak membuatkan teks supaya ianya mengikut bentuk path yang kita mahukan? Ok, dalam tutorial ini saya akan tunjukkan cara yang mudah untuk menghasilkannya.
HASIL:

LANGKAH 1:

- Lukiskan satu segiempat dengan menggunakan Rectangular Shape Tool
- Pastikan, warna Fill sahaja (Warna stroke = tiada)
- Select segiempat tersebut
- Klik Effects > Warp > Flag
- Setkan seperti setting di atas (atau, mengikut citarasa design anda)
LANGKAH 2:

- Untuk dapatkan garisan path yang mengikut bentuk flag, kita kena expand path
- Pastikan sekali lagi shape anda tiada garisan Stroke (atau, teknik ini tak akan menjadi)
- Klik Object > Expand Appearance
LANGKAH 3:

- Select object
- Klik Object > Path > Offset Path (setkan offset: 10pt)
- Klik OK
- Akan muncul satu lagi bentuk yang sama tetapi lebih besar sedikit di atas object yang asal tadi
LANGKAH 4:

- Select bentuk object yang asal dan tukarkan warna (bagi tujuan visual – senang nak bezakan)
- Kemudian, taipkan satu teks
- Klik-kanan pada teks tersebut > Arrange > Send to back.
LANGKAH 5:

- Select teks dan object yang lebih kecil (berwarna merah)
- Klik Object > Envelope Distort > Make with Top Object
- Siap!
HASIL:

- Tambahan: Effect Drop Shadow kepada object yang di belakang (hijau)
- Klik Effect > Stylize > Drop Shadow
Popularity: 20% [?]
Jika anda baru di Sifoo.com, mungkin ada baiknya anda melanggani RSS Sifoo.com melalui email atau feed. Terima kasih kerana berkunjung!
Nota: Artikel atau tutorial ini hakmilik Sifoo.com. Aktiviti seperti meniru, menyalin, menciplak dan menerbitkan semula tanpa izin adalah ditegah sama sekali. Keizinan boleh diberikan sekiranya anda berminat dan berbincang dengan pihak Sifoo.com. Sila berikan kredit dan linkback kepada penulis asal dan laman web Sifoo.com.







Komen oleh Mohzam pada 25 May 2009:
Alhamdulillah, akhirnya terjawap sudah apa yang aku cari selama ni…Terima Kasih Sifoo.
::Benar-benar dapat membantu aku.
Jumlah komen oleh Mohzam: 25
Komen oleh mohdisa pada 27 May 2009:
wah, menarik ni. ades…bilalah dapat mencuba.
Jumlah komen oleh mohdisa: 7
Komen oleh Amirez pada 29 May 2009:
tutorial yg sgt bagus.
dh lama cari tutorial ni.
senang n mudah difahami.
thanks sifoo
Diriku Kini Milik Orang
Jumlah komen oleh Amirez: 8
Komen oleh baloot pada 30 May 2009:
senang nanti nak design banner.
tapi aku jarang guna teknik path ni.
kalau ada pun, guna kat text effect yg 3d punye.
thanks 4 tuts.
Service: Tempahan Laman Web Untuk Website Hotel (Online Booking dan Reservation)
Jumlah komen oleh baloot: 9
Komen oleh Imran pada 30 May 2009:
thanks. teknik ni hanya basic, terpulang pada kita untuk manipulate untuk jadikan design lain.
Di Ruang Keemasan
Komen oleh pendekargrafix pada 9 June 2009:
hoho, aku selalu jugak guna trik ni. trik terbaru aku dapat guna guna pen tool, memang smart jugak. he
Jumlah komen oleh pendekargrafix: 12
Komen oleh esanstudio.net pada 12 June 2009:
huh..hari nih tengah design2 rasa teknik nih penting..
nak belajar lah..
terus aplikasi..
lagi lekat!!!
terima kasih IMRAN
Jumlah komen oleh esanstudio.net: 23
Komen oleh esanstudio.net pada 12 June 2009:
teknik nih.aku try balik rupanya tak leh font yang ber ekor macam Time New Roman and de geng
dia kene font macam Myriad Pro …
tak caya cuba lah…
sebab ekor font tuh akan rosak…dia macam tertarik2…
p/s: kalo salah maaf. tapi aku dah try
Jumlah komen oleh esanstudio.net: 23
Komen oleh Black_Gem87 pada 22 October 2009:
ler, hari2x mende envelope ni lah yang aku jumpe…
tapi xtau gune pown…
skunk semua terungkai…kakakak
Jumlah komen oleh Black_Gem87: 20
Komen oleh SchameeR16 pada 2 November 2009:
rupe2nye byk bende lg aku x explore ye..thanks bro..
Jumlah komen oleh SchameeR16: 2
Komen oleh nur pada 11 December 2009:
salam sifoo.
dah lama nak buat. ada jugak buat pakai path biasa. tp edisi yg saya pakai illustrator 7. lama dah. yg ini edisi berapa?
Jumlah komen oleh nur: 6
Komen oleh nur pada 11 December 2009:
ops sori ilustrator 9.0.
Jumlah komen oleh nur: 6