Profil Penulis

author photo

Imran Abdul Jabar: Pengasas Sifoo.com. Melibatkan diri di dalam bidang grafik/multimedia dari tahun 1998. Kini, bergiat secara aktif sebagai Trainer/Instructor untuk kursus-kursus grafik dan multimedia. Blog: http://imranabduljabar.com

Lihat semua pos oleh Imran

Licinkan Kulit Muka

24 May 2009 | Pos Terkait | Dalam Kategori

Gunakan Photoshop untuk melicinkan kulit muka seseorang di dalam foto. Teknik ini menggunakan Filter: Blur dan High Pass.

hasil1

Kita akan cuba licinkan muka Orland Bloom. Lihat perbezaan sebelum dan selepas di atas. Jom buat!

LANGKAH 1:

quickmask

Buka foto orlando.jpg di dalam photoshop (dapatkan daripada fail zip di bahagian bawah tutorial ini).

Kemudian, aktifkan Quick Mask (tekan ikon di bahagian bawah toolbar, atau tekan key ‘Q’).

Dengan menggunakan Brush, beruskan di atas bahagian muka yang kita nak licinkan (lihat imej di atas).

*Gunakan Eraser untuk memadamkan bahagian yang terlebih selepas menggunakan berus tadi, sekiranya perlu.

LANGKAH 2:

copylayer

Selepas selesai menggunakan Brush tadi, klik semula pada ikon Quick Mask di bahagian bawah toolbar, atau tekan key ‘Q’ pada keyboard. Satu selection akan aktif.

Kita perlu inversekan selection tersebut, tekan Ctrl+Shift+I atau klik Select > Inverse.

Kemudian, tekan Ctrl+J untuk copy and paste selection di layer yang baru (Layer 1).

LANGKAH 3:

gaussian_blur

Sekarang kita akan applykan Gaussian Blur kepada Layer 1. Klik Filter > Blur > Gaussian Blur.

Nilai radius adalah terpulang kepada berapa ‘licin’ yang anda mahukan. Untuk tutorial ini saya setkan kepada 3-5 pixels atau kurang.

Kemudian, kurangkan opacity layer kepada 70%-80%.

LANGKAH 4:

copy_bg

Copy layer Background – Klik kanan > Duplicate Layer.

Susunkan layer ‘Background copy’ di atas Layer 1 – Drag dan drop.

Tukarkan layer blend mode daripada Normal kepada Linear Light.

LANGKAH 5

highpass

Klik Filter > Other > High Pass (setkan nilai radius di antara 0.1 – 0.5 pixels).

HASIL:

hasil1

Tambahan, untuk dapatkan :

  • Copy merged: Ctrl+Shift+Alt+E
  • Sharpen: Klik Filter > Sharpen > Smart Sharpen
  • Level: Klik Image > Adjustments > Level

Fail PSD - Licinkan Muka
*Klik kanan > Save Link As / Save Target As
(Telah dimuat-turun sebanyak 1652 kali)

Selamat mencuba!

imran_profile

Popularity: 39% [?]

Jika anda baru di Sifoo.com, mungkin ada baiknya anda melanggani RSS Sifoo.com melalui email atau feed. Terima kasih kerana berkunjung!

Nota: Artikel atau tutorial ini hakmilik Sifoo.com. Aktiviti seperti meniru, menyalin, menciplak dan menerbitkan semula tanpa izin adalah ditegah sama sekali. Keizinan boleh diberikan sekiranya anda berminat dan berbincang dengan pihak Sifoo.com. Sila berikan kredit dan linkback kepada penulis asal dan laman web Sifoo.com.

Terdapat 36 Maklumbalas Setakat Ini. »

  1. cayalah en imran. saya ingat baru nak tanya pasal cara nak licinkan wajah ni. masa kursus kat flamingo tempoh hari lupa nak tanya. bukak web hari ni, tengok dah ada tutorial. thanx!
    Jumlah komen oleh Haniff Shaupil: 1

  2. hehe…macam terasa ada orang akan tanya.

    *actually, itu hari ada orang tanya tapi saya tak berkesempatan nak jawab penuh. so saya buatlah satu tutorial (in fact ada dua tutorial).

  3. tutorial yg sgt berguna!
    btw, saya ada satu soalan nk tanya…
    kenapa gambar yg da di edit dlm photoshop,
    import masuk dalam flash gambarnye pecah…?
    feel free to visit my flash blog…
    tq
    Jumlah komen oleh ammar: 1

  4. aku penah buat cara camni kt gambar aku..
    edit2.. pastu antar kedai wat gambar pasport..
    heheh..
    Jumlah komen oleh Anarm: 5

  5. huiyoohh..

    besh tutorial nih..
    Jumlah komen oleh peacepeijal: 22

  6. Peh hensem giler…nice bro,good toturial,thank for sharing..
    Jumlah komen oleh @rtzam: 5

  7. wah, hebatlah. cara ni boleh putihkan kulit gak ke?
    Jumlah komen oleh mohdisa: 7

  8. mohdisa,
    nak putihkan kulit?
    boleh adjust warna (color adjustment)

  9. tq..tutorial yang baik… ;)
    Jumlah komen oleh Nadzrul: 1

  10. thanks untuk tutorial diatas. :D
    nanti nak wat koleksi utk tutorial2 ni kat post blog aku la pulak. senang org nak belajar tutorial photoshop, tak perlu selongkar satu2 dah. lol.

    Jumlah komen oleh baloot: 9

  11. T.kasih..untuk tutorial yang baik..semoga bertambah ilmu anda..
    Jumlah komen oleh wbfauzi: 1

  12. Gempak dia… menarik sungguh tutorial ni, satu hari satu ilmu di pelajari.
    Jumlah komen oleh spirits: 11

  13. tahniah & terima kasih. Semoga kerja2 baik ni mendpt pahala.
    Jumlah komen oleh mozamreesa: 2

  14. Memang cun. harap banyak lagi tutorial yang menarik akan di post lepas ni. ganbate
    Jumlah komen oleh Hazri: 1

  15. hazri, terima kasih.

  16. i like it. trik yang sememangnya aku mahukan dari dahulu kala. memang smart aa
    Jumlah komen oleh pendekargrafix: 12

  17. Huhuhu…Thanx En Imran.Baru dapt tau teknik nie.Slme nie tertanye2,kat majalah muke2 dorang cantik jek..ahahaha..Dah Cube n Jadi!!THANKS A LOT!!!!!!
    Jumlah komen oleh Fiza: 2

  18. sbenarnye byk lg teknik lain, tp yg dtunjukkan ni quite simple n praktikal. bagus2
    Jumlah komen oleh Ahmad Juwaini: 8

  19. ehh..saye ade tertonton satu video advertising company, designer ni panjangkan leher (jinjang)sorang model. asalnye leher model tu pendek jer..camaner nak wat teknik camtu tanpa ade nampak editing touch. saye ade try2 gak tapi tak bape brkesan le. Bleh cik Imran tlg?
    Jumlah komen oleh Ahmad Juwaini: 8

  20. camane nak hantar gambar dkt ruangan ni? coz saye ade gambar member pakai cermin mata…dh try edit tp perlu ke brushkan skali atas bingkai cermin mata tu?
    Jumlah komen oleh Ahmad Juwaini: 8

  21. terima kasih ! sharing is caring (:
    Jumlah komen oleh eliss: 1

  22. very nice blur n good job
    Jumlah komen oleh trik-tipsblog: 1

  23. hebat ar tutorial 2, thanks!
    Jumlah komen oleh jiekandis: 1

  24. Tq bro inilah yg selama ini aku cari..tq bro byk membantu ni..
    Jumlah komen oleh dee: 1

  25. TQ VERY MUCH…
    Jumlah komen oleh Zul: 2

  26. seni itu indah..seni itu tensen..tp tetap indah..tima kasih cikgu imran (^^)
    Jumlah komen oleh mr.paliy: 1

  27. how i want 2 save at the page…
    Jumlah komen oleh ina: 2

  28. tqvm 4 dis tutorial.. sgt bguna. hepi sgt bl leh bt kt my own foto.. menjadi lak tu..
    Jumlah komen oleh adlyn: 4

  29. salam cekgu..
    saya blur kat langkah 4,
    layer maner yang perlu ditukarkan layer blend mode daripada Normal kepada Linear Light?
    layer 1 ke, background copy @ background…
    hehehe, sy mmg blur.. ;p
    Jumlah komen oleh leily: 2

  30. leily,
    layer background copy.

  31. caya la. pasni leh memcantekkan muka.haha.
    Jumlah komen oleh amoi: 1

  32. salam bro~ mmg smart r tutorial ni…
    mmg smua stok pic aku edit.. kakakaka
    Jumlah komen oleh iNN: 1

  33. akan ku licinkan kesemua wajah2x yang ku kenal; ngan effect ni…
    huhuhuu…wakaka,
    Jumlah komen oleh Black_Gem87: 20

  34. Salam.

    Cayalah … senang keje aku … selama ni jenuh dok select region then buat blur laa … main effect la … mcm2. Syukran ya Sifoo … jazakallah hu khairan!

    Salam.
    Jumlah komen oleh psychomatix: 21

  35. Salam..
    sy bukan bdk comp..
    tapi sy nak try la pe yg korg buat ni..
    rase2nye bdk biase boleh buat x?
    N byk software ke kena cari?
    Jumlah komen oleh hani: 1

  36. Salam.

    Lek je Hani. Asalkan ko minat je. Layan ADOBE Photoshop ngan ADOBE Illustrator je at least. Lepas tu – perkembangan tu secara sendiri berjalan dan mula dok godek software senada dengan 2 benda alah tu. Kira senang (tuan guru semua – ana mintak jalan bagi description hina ana ini) – ko nk layan edit2 foto ni – try to play with Photoshop. Kalu nk layan design2 wallpaper ke as for example – ko layan Illustrator. Orais?

    Salam.
    Jumlah komen oleh psychomatix: 21

Hantar MaklumBalas

*Sila dapatkan Gravatar anda di www.gravatar.com