Efek Warna Air (Watercolor)
Tercari-cari teknik menukar foto kepada efek catan warna air yang realistik? Hanya dengan menggunakan Filter > Watercolor sahaja belum mencukupi. Mari cuba teknik ini.

SEBELUM & SELEPAS

LANGKAH 1:

- Buka fail orkid.jpg yang disertakan di dalam fail zip (sila download zip di bahagian bawah laman ini). Atau, guna imej anda sendiri.
- Duplicate layer Background (tekan Ctrl + J).
- Namakan layer baru itu sebagai ‘Smart Blur‘ sebab kita akan applykan filter Smart Blur kepada layer ini.
- Klik menu Filter > Blur > Smart Blur. Setkan Radius: 10.0 dan Threshold: 30.0
- Klik OK.
LANGKAH 2:

- Duplicate layer ‘Smart Blur’ (tekan Ctrl + J).
- Namakan layer baru sebagai ‘Glowing Edges‘ sebab kita akan applykan filter > Glowing Edges.
- Klik menu Filter > Stylize > Glowing Edges. Setkan Edge Width: 1, Edge Brightness: 12, Smoothness: 15.
- Klik OK.
LANGKAH 3:

- Invertkan warna layer ‘Glowing Edges’. Tekan Ctrl + I.
- Kemudian, desaturatekan warna, tekan Ctrl + Shift + U.
- Tukarkan layer blend mode untuk layer ‘Glowing Edges’ daripada Normal kepada Multiply.
- Setkan opacity: 80%.
LANGKAH 4:

- Select layer ‘Smart Blur’, dan duplicate layer ini (tekan Ctrl + J).
- Namakan layer baru ini sebagai ‘Brush Painting‘.
- Terbalikkan warna di layer ini, tekan Ctrl + I untuk Adjustment > Invert.
- Kemudian, tukarkan layer blend mode daripada Normal kepada Color Dodge.
LANGKAH 5:

- Pilih Brush Tool di dalam Toolbar.
- Pilih Dry Media Brush (Size 39). Setkan opacity brush kepada 10% (di bahagian atas Photoshop).
- Setkan warna foreground kepada hitam (#000000).
- Perlahan-lahan, beruskan garisan-garisan stroke di layer ‘Brush Painting’. Buat secara rawak (random).
- Anda akan dapat hasil seperti imej di atas.
LANGKAH 6:

- Select layer asal iaitu layer Background.
- Duplicate layer Background (tekan Ctrl + J). Ia akan diberi nama sebagai ‘Background copy‘.
- Susun layer ini supaya ianya berada di atas kesemua layer (tekan Ctrl + Shift + ])
- Applykan filter Watercolor kepada layer ini. Klik menu Filter > Artistic > Watercolor. Setkan Brush Detail: 12, Shadow Intensity: 0, Texture: 3.
- Klik OK.
- Tukarkan layer blend mode daripada Normal kepada Luminosity.
- Setkan opacity layer kepada 25%.
LANGKAH 7:

- Sebagai langkah terakhir, kita akan applykan New Adjustment Layer > Level. Klik pada ikon di bahagian bawah panel layer.
- Laraskan slider Level sehingga anda berpuas hati dengan kontra warna yang dibuat.
- Saya setkan slider pada 71, 1.40, 229 untuk imej saya.
HASIL:

VARIASI (CONTOH LAIN):

Fail PSD - Efek Warna Air
*Klik kanan > Save Link As / Save Target As
(Telah dimuat-turun sebanyak 673 kali)
Selamat mencuba!
Popularity: 25% [?]
Jika anda baru di Sifoo.com, mungkin ada baiknya anda melanggani RSS Sifoo.com melalui email atau feed. Terima kasih kerana berkunjung!
Nota: Artikel atau tutorial ini hakmilik Sifoo.com. Aktiviti seperti meniru, menyalin, menciplak dan menerbitkan semula tanpa izin adalah ditegah sama sekali. Keizinan boleh diberikan sekiranya anda berminat dan berbincang dengan pihak Sifoo.com. Sila berikan kredit dan linkback kepada penulis asal dan laman web Sifoo.com.








Komen oleh esanstudio.net pada 10 June 2009:
wah..ala2 potrait..gitu..
teknik nih yang aku cari selama ini..
duk try2 gak tapi tak jadi dan nampak buruk
GODD JOB!! -to poster
thanks..
Jumlah komen oleh esanstudio.net: 23
Komen oleh Mohzam pada 11 June 2009:
Aku biasa cuma apply filter watercolor aje (patut pun aku buat tak realistic)..rupa-rupanya kena apply macam-macam teknik…
::besttttt, thank sifoo
Jumlah komen oleh Mohzam: 25
Komen oleh afic (Sarawak) pada 11 June 2009:
Best giler.. macam2 leh buat kalau dapat teknik nie.Thanks sifoo..
Jumlah komen oleh afic (Sarawak): 1
Komen oleh mizi pada 11 June 2009:
huhu knapa bila smpai part LANGKAH 2 gmbo xjadi putih mcm contoh kt atas? sy pun jd hitam huhu
ade ape2 step yg sy tngal ker?
The Unique Handmade iPhone Cases #2
Jumlah komen oleh mizi: 5
Komen oleh mizi pada 11 June 2009:
sory xsmpat nk letak benda ni..
bila sy apply menu Filter > Stylize > Glowing Edges. Setkan Edge Width: 1, Edge Brightness: 12, Smoothness: 15
picture sy xjd warna putih, jd hitam
The Unique Handmade iPhone Cases #2
Jumlah komen oleh mizi: 5
Komen oleh Imran pada 11 June 2009:
Aiseh. Sori.
Tertinggal steps. Dah dibetulkan. Tambahan di LANGKAH 3.
- invert
- desaturate
Terima kasih kerana memberitahu.
Di Ruang Keemasan
Komen oleh Dolt Matt pada 11 June 2009:
web nie mmg bgos!!! thx sifoo… mmg byk dpt blaja drp sini… terus kn lg….
Jumlah komen oleh Dolt Matt: 1
Komen oleh esanstudio.net pada 12 June 2009:
best betul teknik nih..
gambar real tukar jadi ala2 kartun…
ada ramai yang nak teknik nih…
tapi tak ramai yang jumpa sifoo.com
harap diorang dapat pentunjukk jalan ke sifoo dari google..huhu
thanks to the poster
Jumlah komen oleh esanstudio.net: 23
Komen oleh mizi pada 12 June 2009:
thanks bro imran, sy dh berjaya..
teknik ni mmg superb
The Unique Handmade iPhone Cases #2
Jumlah komen oleh mizi: 5
Komen oleh cuax pada 13 June 2009:
smart.. kene try nih
Jumlah komen oleh cuax: 5
Komen oleh alifhakimi pada 15 June 2009:
Pilih Brush Tool di dalam Toolbar.
Pilih Dry Media Brush (Size 39). Setkan opacity brush kepada 10% (di bahagian atas Photoshop).
mcmn erk nak cari DRY MEDIA BRUSH????????
aku takderlah, kena nak kena load tools, tapi kat mane?
Jumlah komen oleh alifhakimi: 1
Komen oleh mizi pada 15 June 2009:
alifhakimi klik je simbol “>” kt Brush pastu pilih
DRY MEDIA BRUSHES
hope membantu
The Unique Handmade iPhone Cases #2
Jumlah komen oleh mizi: 5
Komen oleh Imran pada 15 June 2009:
Aha, thanks mizi.
Sebenarnya, bagi saya boleh je nak pakai apa2 brush pun. Boleh cubajaya. Cuba cari brush2 yang ada texture – macam splatter dan dry brush.
Di Ruang Keemasan
Komen oleh izwan ito pada 29 June 2009:
memang bgus bro….tq 4 this technic….
Jumlah komen oleh izwan ito: 2
Komen oleh Muhammad Shahril B. Abdullah pada 1 July 2009:
Tahniah bro. aku dah mula kenal web ni masa aku blajar dulu. Banyak teknik yg aku dapat dari web ni. Aku harap banyak lagi bakal2 designer leh kongsi idea-idea giler diaorg dalam web ni. Grasias Bro..
Jumlah komen oleh Muhammad Shahril B. Abdullah: 2
Komen oleh Daruzi DNAR pada 2 July 2009:
Ilmu yang amat berguna bagi disigner yang baru belajar macam aku ni. Agak menarik dan teknik yg boleh aku gunakan utk buat graphic dlm laman web baru aku nanti. hohoho….
Jumlah komen oleh Daruzi DNAR: 2
Komen oleh Naza DNAR pada 2 July 2009:
Info yang sungguh fantastic!!
Jumlah komen oleh Naza DNAR: 1
Komen oleh mohd hassani pada 19 July 2009:
assalamualaikum sedara,
grats kerana skali lagi pihak web ini telah memberikan tutorial yang berguna untuk semua…
saya ingin menanyakan sesuatu…
saya menggunakan adobe photoshop cs3 lite dan saya dapati dlm aplikasi saya tidak mempunyai “smart blur” jadi saya tak boleh nak buat tutorial seperti diatas…
jadi adakah cara lain yang boleh saya buat menyerupai smart blur?
Jumlah komen oleh mohd hassani: 2
Komen oleh uni pada 21 July 2009:
hai..knowledge i bab2 mcm ni zero..tp dr kecil i minat bende2 mcm ni. lau by hand i mmg cekap coz this is my favourite habit!
but here, i dpt gain skit2 skil art using teknologi moden. so, thanks sifoo!!..huhu..
Jumlah komen oleh uni: 1
Komen oleh kimz pada 11 August 2009:
as’km sifoo.. ape kbar,shat??
erm.. kwn ade kmustilan la sifoo..
apsal ble kwn ikt lngkah2 yg sifoo bri tu,tpi pic dia msih tk brubah??tpi kt kolum blah knan bwah tu pic dia brbah.. knper erk cmtu??
Jumlah komen oleh kimz: 1
Komen oleh Alexs Az;an pada 5 September 2009:
Thanks…
Toturial yang lengkap dan berguna. Nampak detail dan mudah difahami.
Jumlah komen oleh Alexs Az;an: 2
Komen oleh Weiart Hokage pada 6 September 2009:
Tq.. Kredit kt sifoo.. mmg cooll..
Jumlah komen oleh Weiart Hokage: 6
Komen oleh kuya pada 10 September 2009:
cumel2~
gaga~ =)
Jumlah komen oleh kuya: 1
Komen oleh Junzza pada 6 October 2009:
tq.. really useful info..
luv it so much
Jumlah komen oleh Junzza: 7
Komen oleh psychomatix pada 25 November 2009:
Salam.
Setel! Done! Bravo! Embrio! … pueh hati … walaupun masa bab Levels tu aku tak dpt feel utk slide sampai pueh hati tapi steps nye senang paham …
Wassalam.
Jumlah komen oleh psychomatix: 21
Komen oleh Imran pada 25 November 2009:
@psychomatix, alhamdulillah. senang hati nampak…
Di Ruang Keemasan
Komen oleh Azlin pada 8 December 2009:
penerangan yg sangat mudah…trima kasih banyak2
Jumlah komen oleh Azlin: 1
Komen oleh mashimaro pada 9 December 2009:
Terima kasih banyak2 sifoo..cayalah. Pakai gimp pun jadik!!!
Jumlah komen oleh mashimaro: 1
Komen oleh aznie pada 11 January 2010:
apakah pendapat anda tentang grafik
Jumlah komen oleh aznie: 1
Komen oleh ajaq pada 23 February 2010:
lepas dl file psd tuh,apo nak keno buek?camano nak guno?
Jumlah komen oleh ajaq: 3
Komen oleh Imran pada 23 February 2010:
file PSD tu contoh je. kalau nak buat efek ni, kena follow satu per satu steps yang ditunjukkan.
Di Ruang Keemasan
Komen oleh ajaq pada 24 February 2010:
orait..orait..sifoo takmo anjurkan kursus photoshop untuk wedding photog ke?..kalau ada,ramai geng2 nak join nih..
Jumlah komen oleh ajaq: 3
Komen oleh Imran pada 24 February 2010:
dah pernah buat empat kali dah
Di Ruang Keemasan
Komen oleh ajaq pada 25 February 2010:
kalau gitu,tunggu next lah erk…
Jumlah komen oleh ajaq: 3