Latarbelakang Warna-Warni
Tutorial Illustrator kali ini akan menunjukkan bagaimana untuk menghasilkan latarbelakang warna-warni (fun & colorful) dengan mudah.

Anda perlu mempunyai asas penggunaan Pen Tool untuk melakukan tutorial ini. Siapa yang pakai Illustrator tapi tak tahu guna Pen Tool = tak lengkap. Cepat-cepatlah belajar.
Ok. Kita mulakan.
LANGKAH 1:

- Buka New File
- Klik pada Pen Tool (P)
- Buatkan 1 titik permulaan & klik 1 titik lagi dalam bentuk melengkung. Lihat imej di atas.
LANGKAH 2:

- Siapkan 1 bentuk dengan menyambungkan semua titik.
- Langkah 2 menunjukkan bentuk akhir yg siap
LANGKAH 3:

- Untuk menukar warna, klik Swatch Library
- Untuk pilihan warna yang banyak, sila ikut imej di atas. (Color Book > DIC Color Guide)
LANGKAH 4:

- Selepas klik DIC Color Guide, anda akan dapat lihat paparan warna untuk dipilih
LANGKAH 5:

- Klik pada rekabentuk yang anda buat tadi, dan pilih warna yang anda mahukan.
- Sebagai contoh, warna hijau muda.
LANGKAH 6:

- Anda boleh menukar warna Outline(stroke) mengikut pilihan anda di Toolbar bahagian atas.
- Untuk dapatkan hasil seperti dibawah, anda hanya perlu Copy & Paste dan hanya menukarkan warna.
HASIL:


Popularity: 16% [?]
Jika anda baru di Sifoo.com, mungkin ada baiknya anda melanggani RSS Sifoo.com melalui email atau feed. Terima kasih kerana berkunjung!
Nota: Artikel atau tutorial ini hakmilik Sifoo.com. Aktiviti seperti meniru, menyalin, menciplak dan menerbitkan semula tanpa izin adalah ditegah sama sekali. Keizinan boleh diberikan sekiranya anda berminat dan berbincang dengan pihak Sifoo.com. Sila berikan kredit dan linkback kepada penulis asal dan laman web Sifoo.com.







Komen oleh Mohzam pada 11 June 2009:
Baru aku tahu apa gunanya “DIC Color Guide” ni dan yang penting ianya CMYK…
Terima Kasih
Jumlah komen oleh Mohzam: 25
Komen oleh ayie pada 12 June 2009:
wah smart ler smart…
Jumlah komen oleh ayie: 3
Komen oleh esanstudio.net pada 12 June 2009:
hahaha pemilik http://forum.kaixer.net
dah mula tayang tutorial….
*aku ada gak…nak publish kat sini macam mana nyek?
Jumlah komen oleh esanstudio.net: 23
Komen oleh hassaidi pada 22 June 2009:
cantik la edit nie…power nye…
hassaidi
Jumlah komen oleh hassaidi: 1
Komen oleh eka pada 29 June 2009:
i really dont know what course im going to study… graphic multimedia ni x tension ke study nyer??? suggestion kit bg org yg berpngalaman ni… I NEED HELP!
Jumlah komen oleh eka: 1
Komen oleh Imran pada 29 June 2009:
Eka, rasanya apa pun subjek = mesti ada tension dia. Sama juga dengan kerjaya. Terpulang kepada kita untuk motivasikan diri kita berdasarkan kepada minat.
Kalau study graphic/multimedia = tension. Tunggulah masa kerja nanti, lagi tension. So, kind of macam preparation la (kalau time study lagi dah start tension).
Jumlah komen oleh Imran: 332
Komen oleh tolue pada 29 June 2009:
kpd eka,
sy ni masih junior kat Uitm, keje gfx ni mmg agak tension kalo kita kurang buat research, lagi2 waktu memerlukan idea.
Semuanya bergantung pd semangat & minat. Kalo setakat nak orang gelar budak U & budak Kolej & designer. lebih baik lupakan.
setuju dengan Sifoo, kalo sekarang pun dah tension, waktu keje lagi banyak benda yg membebankan.
Komen oleh jasmine pada 7 July 2009:
saya dah beli software ai tp tak tahu mcm mane nak pkai.
Jumlah komen oleh jasmine: 1
Komen oleh heri pada 3 September 2009:
cantik tutorial ni..
gol pertama aquilani
Jumlah komen oleh heri: 5
Komen oleh syamil pada 30 October 2009:
salam..
cmane ek nak wat pelangi tu..?
satu lagi camne nak bg object yang kita nak itu berada dihadapan sesuatu objek..
tlg ek..
Jumlah komen oleh syamil: 2
Komen oleh aminjohar pada 1 December 2009:
Banyak nak kena belajar lagi ni… Bab grafik2x ni memang AJ x reti sangat…
Jumlah komen oleh aminjohar: 2
Komen oleh psychomatix pada 7 December 2009:
Salam.
Wah wah wah … super duper betul la guna range of color neh. Aku bab tu yg lomah sikit. Kadang2 matching, kadang2 hancing. Anyway … ada tak mana2 reference bab color range neh? … Tapi Sifoo memang dasat deh – mcm landak – bulih tembak2 duri .. kes kes kes.
Salam.
Jumlah komen oleh psychomatix: 21
Komen oleh Saddam Hussein pada 7 December 2009:
@psychomatix
ni web yang mgkin bleh membantu kaw..cuba try test..kehkeh:)
Color Combination
Komen oleh shamsul pada 17 January 2010:
masalah kalau guna pen tool ni mesti bulat ke bujur mesti herot2…tapi dlm coreldraw dia ada shapetool..untuk memperbetulkan apa yang senget2 atau yang herot2 tu…klau bentuk diatas tu akan nmpak bulat bujur dengan elok kemas klau pakai shapetool tu
Jumlah komen oleh shamsul: 8
Komen oleh Imran pada 17 January 2010:
@shamsul, dalam illus pun ada yang macam shape tool tu…nama dia ‘reshape tool’.
Jumlah komen oleh Imran: 332