Profil Penulis

author photo

Imran Abdul Jabar: Pengasas Sifoo.com. Melibatkan diri di dalam bidang grafik/multimedia dari tahun 1998. Kini, bergiat secara aktif sebagai Trainer/Instructor untuk kursus-kursus grafik dan multimedia. Blog: http://imranabduljabar.com

Lihat semua pos oleh Imran

Membuat Vignetting dalam Photoshop

13 August 2009 | Pos Terkait | Dalam Kategori

Vignetting di dalam fotografi ialah kekurangan pencahayaan (brightness) atau warna (saturation) pada bahagian tepi di sekeliling gambar.

Jika anda ingin lebih memahami tentang istilah ‘vignetting’ sila baca di Wikipedia:
http://en.wikipedia.org/wiki/Vignetting

cat_vignetting1

CARA 1: FILTER LENS CORRECTION

filter_vignetting1

  • Filter ini hanya terdapat di dalam CS3 dan CS4 sahaja.
  • Buka foto anda di dalam Photoshop.
  • Kemudian, klik menu Filter > Distort > Lens Correction.
  • Setkan nilai Amount dan Midpoint pada Vignette.
  • Nilai Amount yang positif akan menghasilkan vignette cerah. Manakalai nilai Amount yang negatif akan menghasilkan vignette gelap.

CARA 2: GRADIENT

  • Sekiranya anda menggunakan Photoshop versi rendah (CS2 dan ke bawah), anda boleh hasilkan vignetting menggunakan gradient.
  • Buka foto anda di dalam Photoshop.
  • Kemudian, buat satu layer baru di atas layer foto anda.
  • Applykan Radial Gradient (Warna foreground: Hitam kepada Transparent – Reverse). Lihat imej di bawah.

vignetting_gradient

setting_gradient

gradient_drag

Berdasarkan imej di atas:

  • Pilih Gradient Tool. Setkan Warna Hitam sebagai warna Foreground (tekan D).
  • Pilih Gradient ‘Foreground to Transparent‘.
  • Setkan Gradient: Radial dan Reverse.
  • Kemudian, klik kepada Gradient di atas option bar untuk edit gradient.
  • Di dalam window Gradient Editor, tarik slider warna transparent ke tengah (50%). Klik Ok.
  • Dengan menggunakan Gradient Tool, klik dan drag dari bahagian tengah foto ke arah sudut tepi.
  • Untuk mengurangkan kepekatan vignetting, anda boleh melaraskan nilai opacity layer atau tukar blend mode daripada Normal kepada Multiply.
  • Siap!

Fail PSD - Vignetting
*Klik kanan > Save Link As / Save Target As
(Telah dimuat-turun sebanyak 358 kali)

imran_profile

Popularity: 8% [?]

Jika anda baru di Sifoo.com, mungkin ada baiknya anda melanggani RSS Sifoo.com melalui email atau feed. Terima kasih kerana berkunjung!

Nota: Artikel atau tutorial ini hakmilik Sifoo.com. Aktiviti seperti meniru, menyalin, menciplak dan menerbitkan semula tanpa izin adalah ditegah sama sekali. Keizinan boleh diberikan sekiranya anda berminat dan berbincang dengan pihak Sifoo.com. Sila berikan kredit dan linkback kepada penulis asal dan laman web Sifoo.com.

Terdapat 12 Maklumbalas Setakat Ini. »

  1. tq sifoo..
    dah lama nk blajar teknik ni..
    Jumlah komen oleh padi: 4

  2. Teknik yang menarik, boleh cuba nanti..
    Jumlah komen oleh Mohzam: 25

  3. thanks sifoo coz still tlg ajar guna cs2..
    Jumlah komen oleh jamblues: 4

  4. wah thank ekk coz akhirnya letak gak tutor tuk wat efek nie…
    br je nak suh en letak…
    p belom request da upload…
    hehe…
    tenkiu
    Jumlah komen oleh miss nuyoi: 1

  5. TQ……dapat gak….bljr teknik ni…..
    tp, klu cuba kat adobe Photoshop Elements 7 sama ke???
    Jumlah komen oleh firdz: 2

  6. firdz,
    saya tak biasa pakai PS Elements. maybe orang lain yang pernah guna boleh tolong share experience.

    Entri terkini di laman blog Imran:
    Di Ruang Keemasan
  7. Wah, tutorial cambest! Majulah Photoshopper Malaysia!
    Jumlah komen oleh myfr3ak: 2

  8. Vignette code utk fragment shader (Realtime)
    boleh pakai kat blender, 3ds max, maya, render monkey, etc..
    vignette size = 0.0 to 1.0

    Code asal bukan aku buat.. jumpa kat mana pun aku dah x ingat..

    uniform sampler2D myRender2D;
    uniform float vignette_size;
    void main()
    {
    float vignette = sqrt(pow(0.75 - gl_TexCoord[3].s, 2.0) + pow(0.5 - gl_TexCoord[3].t, 2.0));
    gl_FragColor = mix(texture2D(myRender2D, gl_TexCoord[0].st), vec4(0.0), vignette*vignette_size);
    }

    Jumlah komen oleh MZIskandar: 1

  9. mungkin cara ini lebih berkesan dan nmpk lebih berkualiti selain kita gunakan cara lighting effect dlm photoshop.tq bro.i want to learn more.=)
    Jumlah komen oleh Ilham: 1

  10. barU brape ari aku siGn in….
    dah berguni-guni ilmu aku dapat berbanding mase study lu…
    caMbest gLer!!!
    tQ…sifOo
    Jumlah komen oleh Black_Gem87: 20

  11. ilham,
    cara lighting effect pun boleh juga. terpulang.

    blackgem87,
    jika cari sendiri dan belajar sendiri, mestilah lebih bermakna dan berkesan.

    Entri terkini di laman blog Imran:
    Di Ruang Keemasan
  12. btol2x…tp Bro aku kat Qlate ni terhad sket exposure sal grafik ni…
    keje pOwn asyik kene ikut design yang bos nk…
    xbleh nk memandai…huhuhuhu,
    sO, at least ngan website cmnie terbukak jgk lah aku nye design nanti…
    Jumlah komen oleh Black_Gem87: 20

Hantar MaklumBalas

*Sila dapatkan Gravatar anda di www.gravatar.com