GempurReka: 52 Tahun Merdeka

21 August 2009 | Pos Terkait | Dalam Kategori

feature photo

Salam semua!

Sempena bulan Ogos yang penuh dengan acara, Sifoo.com menganjurkan GempurReka khusus ‘52 Tahun Merdeka’. Tema sambutan kemerdekaan kali ini ialah ‘1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan‘.

Hasil karya anda akan dipilih dan dimasukkan di dalam edisi xLimit akan datang.

Sebagai penyuntik semangat untuk berkarya, ganjaran akan diberikan kepada sesiapa yang menghantarkan karya yang terbaik.

KARYA TERBAIK AKAN MENERIMA:

  • Pilihan Pertama: RM200
  • Pilihan Kedua: RM100
  • Pilihan Ketiga: RM50

*Jika ada individu atau organisasi yang ingin menaja hadiah, sila hubungi Sifoo.com di webmaster[a.t.]sifoo.com. Sisipan iklan boleh diletakkan di dalam isu xLimit akan datang sebagai membalas jasa penajaan.

TEMA

  • “52 Tahun Merdeka”
  • Designlah apa-apa sahaja yang berkaitan dengan hari kemerdekaan Malaysia
  • Tema: ‘1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan‘.

TEKNIK & MEDIUM

  • Bebas – Photoshop, Illustrator, Fotografi, Kaligrafi, Paintbrush, Corel, dll
  • Design macam kita nak buat POSTER, atau WALLPAPER, atau GRAFITTI, atau PAINTING, atau KARTUN/KOMIK
  • ‘Be creative!’

TARIKH TUTUP

  • TARIKH TUTUP: ISNIN, 31 OGOS 2009

SYARAT PENYERTAAN

Template GR: 600x480 px

Template GR: 600x480 px

Template GR: 460x600 px

Template GR: 460x600 px

  • Saiz karya: PORTRAIT = 480x 600 piksel at 72dpi (akan ditolak sekiranya tak ikut saiz)
  • Saiz karya: LANDSCAPE = 600x 480 piksel at 72dpi (akan ditolak sekiranya tak ikut saiz)
  • Peserta boleh menghantar seberapa banyak karya yang diingini
  • Walau bagaimana pun, setiap karya mestilah unik – bukan duplikasi daripada karya sebelumnya
  • Teknik yang pelbagai amatlah digalakkan. Eksperimentasilah sebaik mungkin!
  • Tiada had untuk saiz fail
  • Format fail: jpg, gif, png
  • Tidak mengandungi unsur-unsur sensitif yang melampau seperti perkauman, politik, pornografi, dan lain-lain yang negatif

FAQ CARA PENYERTAAN

  • Sila baca cara menghantar karya di laman forum Sifoo.com. Klik sini.
  • Atau, isi borang di bawah halaman ini.

POS KARYA

1. Boleh meriahkan di Forum Sifoo.com:
http://sifoo.com/forum/viewtopic.php?f=4&t=24225

  • [img]
  • TAJUK KARYA: (wajib)
  • KETERANGAN RINGKAS KARYA: (optional)
Hantar Karya Anda
  1. (wajib isi)
  2. (sila masukkan email yang sah)
 

cforms contact form by delicious:days

Ok? Kalau ok…kita mulakan sekarang!

GEMPUR!!! :gunfire:

***

Edisi GR lama: http://sifoo.com/v7/xlimit/isu-terkini/

Popularity: 3% [?]

Jika anda baru di Sifoo.com, mungkin ada baiknya anda melanggani RSS Sifoo.com melalui email atau feed. Terima kasih kerana berkunjung!

Nota: Artikel atau tutorial ini hakmilik Sifoo.com. Aktiviti seperti meniru, menyalin, menciplak dan menerbitkan semula tanpa izin adalah ditegah sama sekali. Keizinan boleh diberikan sekiranya anda berminat dan berbincang dengan pihak Sifoo.com. Sila berikan kredit dan linkback kepada penulis asal dan laman web Sifoo.com.

Terdapat 10 Maklumbalas Setakat Ini. »

  1. Terbuka utk warga sifO @ utk org luar gak?
    Jumlah komen oleh Milaila: 1

  2. terbuka utk semua
    Jumlah komen oleh Imran: 338

  3. aku dh hantar….. xharap mennag just nk turut meriah kan je…
    k…
    Jumlah komen oleh luxord: 1

  4. kena join ni…..
    Jumlah komen oleh paklong: 1

  5. salam, welldone sifoo.. saya ingin berikan cadangan supaya sifoo menyiarkan artwork-artwork yang telah dihantar khususnya pertandingan seperti ini supaya kami juga dapat menghargai usaha sahabat-sahabat yang lain.. ataupun sifoo boleh berikan sedikit komen tentang artwork yang dihantar supaya kita sama-sama berkongsi idea.. TQ
    Jumlah komen oleh kranzoo7778: 2

  6. artwork yang dihantar ada disiarkan di: http://sifoo.com/forum
    Jumlah komen oleh Imran: 338

  7. Salam Bro, ni link utk GempurReka : 52 Tahun Merdeka ..Tq..:)http://i683.photobucket.com/albums/vv195/ajis_1001/1MALAYSIA600×480.jpg
    Jumlah komen oleh azeez: 21

  8. salam bro, mn artwork gua? xda pon dlm nih…huhuhuh…;(
    Jumlah komen oleh azeez: 21

  9. bila agaknya keputusan ni keluar??lama dh nk tunggu hihi
    nk gak tau siapa menang
    Jumlah komen oleh wan: 1

  10. bila isu ni nak diterbitkan?

    Entri terkini di laman blog dhiyafaris.com:
    Blog

    Jumlah komen oleh dhiyafaris.com: 1

Hantar MaklumBalas

*Sila dapatkan Gravatar anda di www.gravatar.com