Efek Foto Lama (dengan Tekstur)
Ingin hasilkan efek foto lama dengan tekstur kotor dan berlapuk? Tutorial photoshop ini akan menunjukkan cara menghasilkan efek tersebut dengan menggabungkan tekstur dan layer blending. Sangat mudah!
HASIL:

Ini adalah hasil efek foto lama yang kita akan hasilkan di dalam tutorial kali ini. Perhatikan kesan-kesan tekstur di bahagian tepi imej.
LANGKAH 1:

- Buka satu gambar (atau dapatkan imej di dalam fail zip – foto_ori.jpg)
- Buka juga fail paper_texture.jpg daripada fail zip yang disertakan dalam tutorial ini.
- Fail paper_texture.jpg: Select All > Copy.
- Fail gambar: Paste.
- Tips: Cara untuk dapatkan imej tekstur kertas: Google Image > “Old Photo Texture”.
LANGKAH 2:

- Transformkan Paper Texture: Rotate dan Scale supaya ianya mengikut saiz gambar.
- Kemudian, desaturatekan warna paper texture tersebut. Tekan Ctrl + Shift + U (atau klik menu Image > Adjustments > Desaturate).
LANGKAH 3:

- Sekarang kita akan adjust warna hitam dan putih paper dengan menggunakan Level. Tekan Ctrl + L.
- Laraskan slider seperti di atas. Atau, sehingga nampak perbezaan di antara hitam dan putih (contrast).
LANGKAH 4:

- Invertkan paper texture. Tekan Ctrl + I.
- Setkan layer blend daripada Normal kepada Screen.
LANGKAH 4 (PILIHAN):

- Jika anda inginkan efek tepi gambar berwarna hitam. Tak perlu invert paper texture.
- Setkan layer blend daripada Normal kepada Darken.
LANGKAH 5:

- Untuk mendapatkan warna pudar seperti foto lama, kita applykan adjustment layer > Hue/Saturation (Colorize). Klik pada ikon ‘new adjustment layer’ di bahagian bawah panel layer dan pilih hue/saturation.
- Siap!
HASIL:

KREATIF:


Selamat mencuba!
Fail PSD - Efek Foto Lama (Tekstur)
*Klik kanan > Save Link As / Save Target As
(Telah dimuat-turun sebanyak 714 kali)
Popularity: 6% [?]
Jika anda baru di Sifoo.com, mungkin ada baiknya anda melanggani RSS Sifoo.com melalui email atau feed. Terima kasih kerana berkunjung!
Nota: Artikel atau tutorial ini hakmilik Sifoo.com. Aktiviti seperti meniru, menyalin, menciplak dan menerbitkan semula tanpa izin adalah ditegah sama sekali. Keizinan boleh diberikan sekiranya anda berminat dan berbincang dengan pihak Sifoo.com. Sila berikan kredit dan linkback kepada penulis asal dan laman web Sifoo.com.








Komen oleh zaki pada 4 November 2009:
wah terima kasih sifoo..
satu teknik baru lagi…
Jumlah komen oleh zaki: 1
Komen oleh awangkb pada 5 November 2009:
sifu ku!!! salam utk mu
camner nk buat “water color” kan foto?
moga sifu imran turunkan tutorial
“selalu bersama mu”
Jumlah komen oleh awangkb: 2
Komen oleh Nurrul Ain'i pada 5 November 2009:
Salam,
nak tutorial photo retouching gambar yang dah rosak
Jumlah komen oleh Nurrul Ain'i: 1
Komen oleh Qassam pada 5 November 2009:
tERIMA KASIH sIFOO
Jumlah komen oleh Qassam: 3
Komen oleh shida pada 6 November 2009:
argh geram. nk cuba gak!
Jumlah komen oleh shida: 8
Komen oleh Weiart pada 19 November 2009:
TQ bro.. aku try buat kt family picture.. nice
Jumlah komen oleh Weiart: 4
Komen oleh fARHAN pada 22 November 2009:
salam sifoo…satu teknik yg baru bg saya…terima kaseh….
len kali bg tips&trick yg lg gmpk…..
Jumlah komen oleh fARHAN: 1