Profil Penulis

author photo

Imran Abdul Jabar: Pengasas Sifoo.com. Melibatkan diri di dalam bidang grafik/multimedia dari tahun 1998. Kini, bergiat secara aktif sebagai Trainer/Instructor untuk kursus-kursus grafik dan multimedia. Blog: http://imranabduljabar.com

Lihat semua pos oleh Imran

Multiplicity (Atau Klon)

6 November 2009 | Pos Terkait | Dalam Kategori

Multiplicity adalah kombinasi teknik fotografi dan komputer di mana beberapa foto digabungkan untuk menghasilkan kesan cloning (terutamanya kepada subjek orang).

HASIL:

hasil3

Aha. Inilah contoh hasil teknik multiplicity. Tak susah sebenarnya. Mari kita tengok bagaimana cara membuatnya.

AMBIL GAMBAR:

012

  • Sediakan kamera untuk ambil gambar. Kamera apa-apa jenis pun boleh. Tak semestinya DSLR yang mahal itu. Compact digital camera pun ok. Untuk pengetahuan, foto-foto untuk tutorial ini diambil menggunakan compact camera.
  • Penting: kamera mestilah diletakkan secara pegun (tidak bergerak). Kalau ada tripod, sila gunakan. Kalau tiada, boleh letak atas tempat yang tegap seperti meja dan pegunkan kamera dengan tangan untuk kesemua shots.
  • Pilih satu scene. Kemudian, ambil gambar scene tersebut tanpa ada orang (kosong).
  • Seterusnya, arahkan ‘pelakon’ anda untuk posing untuk beberapa gambar.
  • Tips: jika hendak mengambil gambar sendiri, gunakan timer (atau shutter release unit).
  • Untuk tutorial ini, saya shoot lima gambar (seperti di atas).
  • Langkah seterusnya, kita akan proses gambar-gambar tersebut di dalam Photoshop.
  • *Dapatkan fail gambar-gambar daripada fail zip yang disertakan dengan tutorial ini.

LANGKAH 1:

021

  • Buka gambar yang pertama (scene kosong, tanpa model). Ini akan menjadi ‘base’.
  • Kemudian, buka pula gambar yang kedua. Select All dan Copy.
  • Pastekan ke dalam fail gambar yang pertama tadi.

LANGKAH 2:

03

  • Sekarang, kita akan select gambar model (orang) pada Layer 1. Gunakan selection tool yang anda selesa menggunakannya. Saya boleh cadangkan anda menggunakan Polygonal Lasso Tool atau Magnetic Lasso Tool atau Quick Selection Tool. Saya guna Quick Selection Tool.
  • Buat selection dengan teliti.
  • Applykan feather – radius 1. Klik menu Select > Modify > Feather.
  • Kemudian, applykan Layer Mask kepada selection tadi. Klik ikon ‘add layer mask‘ di bahagian bawah panel layer.

SETERUSNYA:

  • Ulang Langkah 1 dan 2 untuk kesemua baki gambar.
  • Select dan mask!
  • Itu sahaja…mudah.

HASIL:

hasil3

Selamat mencuba!

Fail PSD - Multiplicity
*Klik kanan > Save Link As / Save Target As
(Telah dimuat-turun sebanyak 331 kali)

imran_profile

Popularity: 6% [?]

Jika anda baru di Sifoo.com, mungkin ada baiknya anda melanggani RSS Sifoo.com melalui email atau feed. Terima kasih kerana berkunjung!

Nota: Artikel atau tutorial ini hakmilik Sifoo.com. Aktiviti seperti meniru, menyalin, menciplak dan menerbitkan semula tanpa izin adalah ditegah sama sekali. Keizinan boleh diberikan sekiranya anda berminat dan berbincang dengan pihak Sifoo.com. Sila berikan kredit dan linkback kepada penulis asal dan laman web Sifoo.com.

Terdapat 28 Maklumbalas Setakat Ini. »

  1. simple and sempoi..
    kalo copy paste je boleh jgk kan??
    Jumlah komen oleh bistari: 7

  2. @bistari, select dan copy dan paste pun boleh. saja tunjuk cara masking. nampak macam pro sikit. :P

  3. ui magic! haha. thanks.
    Jumlah komen oleh shida: 8

  4. salam,fist time lihat web ni.mmg best la tutorial ni semua.trcari2 gak utuk ambil kursus edit2 ni,bole tnya ni semua dr post2 lama tutorial ni mgunakn cs2 ke cs3.sb yg sya guna cs2 je.
    Jumlah komen oleh siti: 4

  5. @siti, aha. bulan disember n januari ada kursus anjuran sifoo.com. boleh la join.

    ada tutorial yang cs2 boleh buat. kebanyakan tutorial adalah untuk cs family. *tapi ada juga yang untuk cs4 sahaja.

  6. heh mudah dan menarik.
    mungkin pasal mask tu kene belajar sikit untuk mereka yang masih baru..

    like it~
    Jumlah komen oleh TMUkmkd: 1

  7. @TMUkmkd, aha. saja je letak steps MASK tu. exposure untuk orang yg tak biasa guna.

    *note: boleh je kalau nak guna copy/cut&paste.

  8. insyallah mmg nk join.
    ohh tp byk kepda cs3 ke.
    Jumlah komen oleh siti: 4

  9. akhirnya saya dah tahu cara nak buat multiplicity..tq encik imran…yeehaaa
    Jumlah komen oleh umairah: 2

  10. @siti, kalau ada strong basic photoshop…mana2 version photoshop pun boleh pakai. sebab basically steps dia tak lari jauh.

  11. salam .. tq sifoo..
    berjaya membuat teknik ne :)
    Jumlah komen oleh Junzza: 7

  12. suka sgt teknik ni.
    thx for sharing :)
    sifoo mmg best

    Entri terkini di laman blog Amirez:
    Diriku Kini Milik Orang

    Jumlah komen oleh Amirez: 8

  13. coOl….
    sifOo…nk tnye sket,
    kalau nk wat gambar cmni gak tapi nampk cm pergrakan??
    cmne erk???
    contoh cover album India Arie, “Voyage To India”…
    Jumlah komen oleh Black_Gem: 20

  14. jap2x…Amirez ko org Qlate gak ker??
    Jumlah komen oleh Black_Gem: 20

  15. salam en.imran..
    thanks sbb sudi kongsi ilmu dgn kami-kami pengunjung sifoo.com..

    ” sharing is caring..”

    he..
    Jumlah komen oleh geng kiat: 1

  16. @Black_Gem, macam gini:
    http://www.richardsandsouthern.com/store/images/full_2388.jpg

    konsepnya sama je. amik beberapa shots. combinekan atas satu canvas dan adjustkan opacity.

    @geng kiat,
    yup. bila berkongsi, kita sama2 untung.

  17. respek la kat en sifoo kita ni..
    tutorial yg ringkas tp menarik..
    tq…
    Jumlah komen oleh jamlus: 4

  18. guna masking ni memang saya tak berapa reti, simple je tutorial ni. TQ
    Jumlah komen oleh grafik: 4

  19. @jamlus, terima kasih. semoga dapat dimanfaatkan.

    @grafik, masking = sangat efektif. boleh praktikkan.

  20. Bro…pesal saya xbleh log in dalam forum??
    Jumlah komen oleh Black_Gem: 20

  21. Assalamualaikum mr. Imran.

    Boleh awak buat tutorial glow effect???
    Jumlah komen oleh Erhan Jumatil: 2

  22. Sempoi la cekgu!!
    Tak terfikir plk leh wat mcm ni..
    thnx cekgu!
    Jumlah komen oleh izwan: 3

  23. Cekgu Imran, camne na wat gambar jadi gelap sket kat bahagian tepi-tepi gambar? Macam gambar tutorial kat atas tu.. Try wat tak jadi la..Klau cekgu leh bagi tutorial bestnye :)
    Jumlah komen oleh izwan: 3

  24. @izwan, tutorial tu dah ada. tajuk dia ‘vignetting’ – http://sifoo.com/v7/2009/08/13/membuat-vignetting-dalam-photoshop/

  25. bro..ade tutorial utk Adobe After Effects x? minat la nk mendalami after effects…
    Jumlah komen oleh Apiz85: 1

  26. Thnx cekgu. Sory sy xperasan ada tutorial ni..
    Jumlah komen oleh izwan: 3

  27. bagus2..
    thanx
    Jumlah komen oleh lanunsepet: 1

  28. hehehe sifoo dah jadik pun. thanks!
    Jumlah komen oleh molhaza: 1

Hantar MaklumBalas

*Sila dapatkan Gravatar anda di www.gravatar.com