Tambah Efek Sparkling
Kali ini saya akan menunjukkan satu lagi teknik yang biasa saya guna dalam membuat design iaitu teknik sparkling (kilauan). Teknik ini menggunakan brush setting.
HASIL:
Ok mari kita mulakan!
LANGKAH 1:
- Bukakan satu fail gambar atau imej yang bersesuaian.
- Saiz imej mesti dalam lingkungan 800 x 600 px dengan resolution 72 dpi sahaja.
LANGKAH 2:

- Kemudian buatkan satu layer baru di atas imej yang telah anda pilih dan namakannya sebagai spark.
LANGKAH 3:
- Sebelum kita memulakan lakaran sparkling tersebut sila download jenis brush yang akan kita gunakan di SINI.
- Ini kerana brush jenis ini dapat memberikan kesan yang baik kepada sparkling yang kita kehendaki.
LANGKAH 4:

- Setelah anda download brush tadi, klik pada brush tool dan klik pula pada brush preset
LANGKAH 5 :

- Setelah klik pada brush picker, klik pula pada brush option yang terdapat di hujung brush picker tersebut.
- Sila pilih menu LOAD BRUSHES dan pilih jenis brush yang anda telah download sebentar tadi.
- Brush picker anda akan menjadi seperti di bawah:

- Kemudian pilih brush no. 191 (sebenarnya ia bukannya nombor tetapi adalah saiz brush tersebut)
LANGKAH 6:
- Seterusnya buka panel BRUSH (shortcut F5) dan laraskan brush anda seperti berikut :



- Setelah selesai tutup kembali panel tersebut.
LANGKAH 7:
- Gunakan warna putih sebagai warna foreground anda. Pastikan anda berada di layer spark dan lakarkan bentuk spark yang anda kehendaki. Di sini kreativiti lakaran adalah terletak kepada skill individu. Maka hasilnya akan menjadi sebegini:
- Mudah bukan? Untuk mendapatkan kesan lebih menarik tambahkan lagi blending option pada layer spark. Saya menggunakan layer style/effect outer glow dan settingnya seperti di bawah:

Maka hasilnya akan kelihatan lebih menarik.
Sekarang anda telah mengetahui cara bagaimana hendak membuat sparkling dengan mudah bukan? Sebenarnya teknik ini juga boleh dilakukan untuk menghasilkan efek salji dengan hanya menukar jenis brush sahaja. Selain itu ianya juga boleh digunakan untuk mendapatkan kesan bintang di awan jika photo anda kekurangan bintang.
Di sini saya tunjukkan beberapa contoh lain untuk anda mendapatkan idea.


Selamat mencuba!
*tutorial ini juga boleh didapati di www.yusrizamri.com/blogsite
Popularity: 5% [?]
Jika anda baru di Sifoo.com, mungkin ada baiknya anda melanggani RSS Sifoo.com melalui email atau feed. Terima kasih kerana berkunjung!
Nota: Artikel atau tutorial ini hakmilik Sifoo.com. Aktiviti seperti meniru, menyalin, menciplak dan menerbitkan semula tanpa izin adalah ditegah sama sekali. Keizinan boleh diberikan sekiranya anda berminat dan berbincang dengan pihak Sifoo.com. Sila berikan kredit dan linkback kepada penulis asal dan laman web Sifoo.com.









Komen oleh miza pada 22 November 2009:
hahaha…
mcm knl jew model nih.. huhu
Jumlah komen oleh miza: 1
Komen oleh Amirez pada 22 November 2009:
tutorial yg sgt menarik.
dh lama mencari. thx sifoo
Diriku Kini Milik Orang
Jumlah komen oleh Amirez: 8
Komen oleh Kaixer pada 23 November 2009:
tutoial yg menarik, simple but nice…
tp kalo ade 2 layer mgkin lagi menarik.
1 blur layer dan 1 lgi layer untuk particle

Jumlah komen oleh Kaixer: 16
Komen oleh Ayuspodeh pada 23 November 2009:
Miza : kenal ka?tu x student saya dak itm
Amirez : welcome. Actually banyak lagi boleh buat dgn teknik ni. Try main dgn pelbagai jenis brush
kaixer : yup. Itu basic je. Aku selalu buat ada 7 layer campuran brush n warna. Sempoi!
)
Komen oleh MOHAMAD ALIFHAKIMI pada 23 November 2009:
aku tak leh load brush nie, unexpected end-of-file was encountered???????????
Jumlah komen oleh MOHAMAD ALIFHAKIMI: 12
Komen oleh Ayuspodeh pada 23 November 2009:
Ya ka alif? Nanti kami cek url dia. Tapi saya buat ok je
Komen oleh Ayuspodeh pada 23 November 2009:
Alif ko pakai potosop bape? Brush tu utk cs2 atas sahaja
Komen oleh Mohzam pada 23 November 2009:
Terima Kasih Bro Ayus..tutorial yang cukup menarik. Boleh senaraikan yang 7 layer tu..maksud aku contoh: Layer 1 main blending mode ke..layer 2 bagi blur ke dan seterusnya..
Terima Kasih sekali lagi kerana sudi berkongsi ilmu.
Jumlah komen oleh Mohzam: 25
Komen oleh ayuspodeh pada 23 November 2009:
mohazam : layer 1st aku letak gambar…layer 2 aku letak efek aura (ko leh rujuk tutorial) layer 3 aku masukkan sparkling bentuk bintang. layer 4 masukkan buih2…layer 5 masuk sparkling warna yg aku guna teknik sama dengan sparkling…layer 6 masukkan awan…layer 7 kasi spark yg kecik sikit…
ko leh rujuk kat wallpaper bentuk AC tu…yg tu ada bape layer aku tak ingat….
cuba la bro…nak gak tgk hasilnya
Komen oleh ila pada 24 November 2009:
alif,
dah cube gune care laen?..
1) copy file brush.abr tu..
2)Buka local D > ADOBE > PHOTOSHOP CS? >PRESET > BRUSH
then, paste.
3)bukak psd, klik pd tool brush..
bkak balik file yg bru paste td..
then tgk kat psd brush da load blm
Jumlah komen oleh ila: 4
Komen oleh cekodok pada 25 November 2009:
cik didi!
peewwiitt,,,,,
Jumlah komen oleh cekodok: 1
Komen oleh MOHAMAD ALIFHAKIMI pada 3 December 2009:
still tak boleh, aku pki cs Adobe Photoshop Version: 9.0.2 (9.0.2×296)
Jumlah komen oleh MOHAMAD ALIFHAKIMI: 12
Komen oleh Masokis pada 6 December 2009:
Peh, gempak gak tu. dapat 1 lagi ilmu pakai brush..
Jumlah komen oleh Masokis: 1
Komen oleh neWs pada 19 March 2010:
Jadi…..Sifoo memang best…
Jumlah komen oleh neWs: 1