Animasi Efek Shining pada Logo
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Bertemu kita kembali dalam tutorial sifoo.com dan yusrizamri.com. kali ini saya akan buat tutorial berkenaan cara bagaimana hendak membuat outline shining pada logo bagi menampakkan kesan eksklusifnya.
Di dalam tutorial ini saya menggunakan ADOBE FLASH CS3. Hasilnya anda akan dapat seperti di bawah. Perhatikan pada logo 1 Malaysia
Canggih bukan? Jom buat cara PROFESIONAL FLASH designer ini !!!
Langkah 1 :
Setkan stage anda pada saiz yang anda rasa sesuai dengan menggunakan frame rate 25fps. Kemudian import satu logo di atasnya. Pastikan logo tersebut terdapat background yang berwarna agar kesan shining nanti akan kelihatan real.
Contoh stage yang saya akan gunakan di bawah :

Langkah 2 :
Berikan nama layer 1 sebagai imej dan kunci layer tersebut supaya tidak mengganggu untuk proses seterusnya

Langkah 3 :
Insert new layer dan namakannya sebagai shining

Langkah 4 :
Gunakan line tools untuk membuat tracing pada logo anda. Jangan lupa setkan warna line anda pada warna contras dan saiz line kepada 2 (sila rujuk pada properties panel)

Langkah 5 :
Mulakan proses tracing logo anda mengikut logo yang anda pilih dan jika ada lengkungan pada logo anda boleh gunakan selection tool (pintasan V) untuk membuat lengkungan pada line anda seperti contoh di bawah :


Siapkan tracing line anda pada logo sehingga menjadi seperti di bawah :

Langkah 6 :
- Klik pada keyframe 1 layer shining>
- Klik menu modify > convert to symbol atau short cut F8
- Berikan nama MC anda dan pilih Type MOVIE CLIP
- Klik OK

Langkah 7 :
Double klik pada MC shining yang berada di atas stage tadi dan mode stage anda akan berkeadaan seperti berikut :

- Klik pada keyframe 1 layer 1 (rujuk gambar di atas)
- Pilih menu modify > shape > convert lines to fill

- Cara ini menjadikan line tersebut bertukar sebagai shape di mana line tidak boleh dibuat masking untuk step seterusnya
- Klik kanan pada frame 100 layer 1 tersebut dan pilih menu insert frame (short cut F5)

Langkah 8 :
- Kunci layer 1 tersebut dan insert new layer di atasnya
- Layer 2 akan muncul dan tarik layer 2 itu agar ia berada di bawah layer 1

Langkah 9 :
- Klik kanan pada frame 30 layer 2 dan pilih menu insert keyframe
- Klik kanan pada frame 76 layer 2 dan pilih menu insert keyframe
- Ianya akan menjadi seperti di bawah

Langkah 10 :
- Klik pada frame 30 layer 2
- Buatkan satu kotak berwarna putih yang panjang tanpa ada stroke colour (rujuk imej di bawah)

- Convert kotak tersebut ke MOVIE CLIP (short cut F8)
Langkah 11 :
Buka panel filter ( window > properties > filters )

Klik pada kotak tersebut dan apply efek blur pada kotak itu mengikut setting di bawah

- Kemudian tutup panel filter
- Gunakan transform tool untuk membuatkan kotak tersebut berada pada kedudukan 70 darjah ke kanan (ikut kreativiti anda)

Langkah 12 :
- Right klik pada frame 75 dan pilih insert keyframe

- Gerakkan kotak tersebut pada sebelah kanan anda

- Klik kanan pada mana-mana frame antar 30 – 75 layer 2 dan pilih menu create motion tween

Langkah 13 :
- Klik kanan pada layer 1 dan pilih menu MASK

Akan jadi seperti di bawah

- Kembali semula pada mode scene 1 (klik pada menu scene 1)

Kemudian lihat hasilnya dengan tekan CTRL + ENTER atau control > test movie
Menjadi bukan? Jika anda masih tidak dapat hasilnya kemungkinan anda :
- Tidak convert line to shape
- Tidak create motion tween
- Tidak ubahkan kedudukan kotak
- Line tracing anda pada peringkat mula halus (saiz kecil <2)
Jika anda follow tutorial ini anda pasti berjaya. Efek ini biasa digunakan oleh saya cuma terpulang kepada anda untuk setting kelajuan pergerakan kotak tersebut.
Efek ini juga terdapat pada flash menu web client saya ( www.pinewater.com.my/web= mouse over pada menunya)
Harap semua ENJOY!!!
Fail FLA - shining
*Klik kanan > Save Link As / Save Target As
(Telah dimuat-turun sebanyak 187 kali)
Tutorial ini juga boleh didapati di www.yusrizamri.com/blogsite
Popularity: 4% [?]
Jika anda baru di Sifoo.com, mungkin ada baiknya anda melanggani RSS Sifoo.com melalui email atau feed. Terima kasih kerana berkunjung!
Nota: Artikel atau tutorial ini hakmilik Sifoo.com. Aktiviti seperti meniru, menyalin, menciplak dan menerbitkan semula tanpa izin adalah ditegah sama sekali. Keizinan boleh diberikan sekiranya anda berminat dan berbincang dengan pihak Sifoo.com. Sila berikan kredit dan linkback kepada penulis asal dan laman web Sifoo.com.







Komen oleh amar pada 11 December 2009:
salam..
tutorial nie bagus dan mudah difahami..
ada kursus asas untuk belajar flash x..??
saya berminat untuk sertai..
Jumlah komen oleh amar: 4
Komen oleh Ayuspodeh pada 11 December 2009:
Amar : kursus flash asas sifoo.com insya ALLAH akan ada thn depan.
…………………………………………………………
khairul@yusrizamri.com
012.2063991
Multimedia Trainer / Instructor
http://www.yusrizamri.com
Komen oleh cikai pada 13 December 2009:
wow… akhirnye.. ada gak website leh belajar flash dalam bahasa melayu untuk org newbie cam saya nie…. yeah yeah yeah
Jumlah komen oleh cikai: 2
Komen oleh Ayuspodeh pada 13 December 2009:
Cikai welkam to da club. Rajin2 la singgah
Komen oleh Ayie pada 17 December 2009:
Assalamualaikum,sifoo kenapa x jadi erk saya buat?? semua step saya dah lakukan.. [URL=http://www.laymark.com][img]http://www.laymark.com/i/o/53.gif[/img][/url]
Jumlah komen oleh Ayie: 7
Komen oleh Ayie pada 17 December 2009:
Assalamualaiku sifoo kenapa saya buat x jadi erk?? semua step saya dah buat :nanges
Jumlah komen oleh Ayie: 7
Komen oleh Ayuspodeh pada 17 December 2009:
Ayie check balik step betul2. Maybe tak buat convert line to fill ke… Tak masking ke… or line tu nipis masa mula buat…. Try lagi
Komen oleh Ayie pada 17 December 2009:
Emmm,ayuspodeh kenapa masa ayie buat shining line tools dia x join dengan line tools lain?? lagi satu bila dah siap kan first line tools je nampak effect yang line lain x nampak?? dah buat godek dari pagi sampai sekarang x jadi-jadi :nanges
Jumlah komen oleh Ayie: 7
Komen oleh ayuspodeh pada 17 December 2009:
ayie…line tool adalah jenis tool…ini mesti ada pertindihan antara line dengan line yang lain…selain itu mesti ayie tidak convertkan line to fills…atau ayie buat 2 keyframe pada layer 1 dalam MC shining….try buat balik dari mula…tak pun download tutorial ini dan kaji…insya ALLAH boleh..jgn putus asa yaaa…
Komen oleh Ayie pada 17 December 2009:
Thank Q sifoo Ayuspodeh… kan Ayie try balik…,dah puas godek2 …thank q
Jumlah komen oleh Ayie: 7
Komen oleh esanstudio.net pada 20 December 2009:
huh..kalo yang jenis FLASH2 nih..boleh letak FLASH PREVIEW sekali kat dalam artikel nih gak.
Jadi lagi semangat! nak buat…huh
thanks..great!!!
Jumlah komen oleh esanstudio.net: 13
Komen oleh fiza a.w pada 20 January 2010:
salam.. best dpt singgah sini lg..
n x sangka dpt jumpa a.yus kt sini..apo khbr? eheheh
fiza/ your graphic’s junior/JPP/ PJB
Jumlah komen oleh fiza a.w: 2
Komen oleh fiza a.w pada 20 January 2010:
salam.. best dpt singgah sini lg..
n x sangka dpt jumpa a.yus kt sini..apo khbr? eheheh
fiza/ your graphic’s junior/PJB
Jumlah komen oleh fiza a.w: 2
Komen oleh fieza_orange pada 25 January 2010:
thanks…bnyak yg sy dah blajar kt sifoo ni…ermmmm…..mudah difahami….
Jumlah komen oleh fieza_orange: 1
Komen oleh azie pada 6 February 2010:
salam.. saya srnok tgk tutorial nie n minat tuk bljr flash..
ader lagi x cara lain yg boleh ditunjukkan..
Jumlah komen oleh azie: 1
Komen oleh Lya pada 6 February 2010:
salam…sy dh lm teringin nk belajar flash…tp sy xde asas lgsung…adakah ianya memerlukan apa2 software untuk buat flash?
Jumlah komen oleh Lya: 1
Komen oleh ayuspodeh pada 10 February 2010:
fiza : ahaa…lama tak dgr cite…
fieza orange : sama-sama kita kongsi ilmu
azie : cara lain ada..tapi tgh carik idea nak buat yg terbaekkk
lya :apa yg perlu adalah software flash itu sendiri….
Komen oleh ika pada 11 March 2010:
sy br dlm flash ni….try bt tuto ni ..tp sampi part filter tu x dpt teruskan sbb x de submenu filter dibawah menu properties tu….guna Adobe Flash CS4 Professional…dah cari dlm sume menu still x jmp..harap dpt bg komen utk teruskan tuto ni…tQ…
Jumlah komen oleh ika: 1