Memahami corak animasi FLASH CS4
CS4 merupakan produk baru bagi ADOBE. Ianya telah lama berada di pasaran dan telah ramai antara kita yang menggunakannya. Akan tetapi bagi flash designer, FLASH CS4 merupakan satu perkara baru dan saya pasti tak ramai designer telah beralih kepada CS4. Ini kerana interaksi animasinya ada sedikit perubahan, di mana motion tween yang sebelum ini kita guna di dalam FLASH terdahulu telah ditukar kepada CLASSIC TWEEN. Motion Tween yang baru ini pula masih mengekalkan nama yang sama cuma cara kendaliannya sahaja berlainan.
Kerana apa? Kerana motion tween yang baru ini telah bergabung dengan motion guide versi FLASH terdahulu. Bagi pengguna baru ianya tidak mendatangkan masalah tetapi pengguna lama ada sedikit kekeliruan. Tetapi ianya boleh diperbaiki dengan segera jika kita dapat memahami interaksi animasi yang baru ini. Motion Tween yang baru ini memberi kemudahan 10 kali ganda kepada kita sebagai FLASH designer.
Jadi jangan takut. Mari kita cuba mengikuti penerangan serba ringkas tentang animasi ini.
AYOH!!!
Langkah 1 :
Sediakan satu stage kosong. Saya menggunakan file FLASH 400 x 400 dengan mode ACTION SCRIPT 2.0 berlatarkan warna gelap
Langkah 2 :
Buatkan satu kotak (tanpa outline) di atasnya dan convert to symbol MOVIE CLIP (shotcut F8)
Langkah 3 :
Right klik pada frame 50 dan pilih menu insert frame (shortcut F5)

Langkah 4 :
Right klik pada mana-mana frame dan pilih menu create motion tween

Ok sekarang ia telah menjadi warna biru. Dalam animasi CS4 ini kita akan kurang lakukan insert keyframe sebab ianya akan tersedia sendiri dengan hanya gerakkan sahaja kotak tersebut pada sesuatu tempat. Sila klik pada frame 10 dan gerakkan kotak anda ke arah atas (rujuk imej di bawah)

Kemudian buatkan pergerakan yang berlainan seterusnya. Klik pada frame 20 = gerakkan kotak, klik pada frame 30 = gerakkan kotak, klik pada frame 40 = gerakkan kotak. Maka hasilnya akan jadi seperti di bawah

Mudah bukan? Tekan CTRL + ENTER untuk melihat hasilnya.
Langkah 5 :
Dari animasi yang telah kita rangka tadi kita boleh adjust setiap titik animasi yang ada untuk mengubah tempat dan arah animasi tersebut. Sebagai contoh anda klik pada frame 10 dan gerakkan kotak itu ke tempat lain. Maka tempat animasi dan arahnya akan berubah.
Langkah 6 :
Selain itu, kita juga boleh membuat garisan animasi itu menjadi lengkung.
- Klik pada frame 20
- Letakkan selection tool betul-betul di atas garisan hijau (garisan animasi) sehingga keluar tanda lengkung di bawah selection tool

- Tolakkan garisan tersebut ke atas mahupun ke bawah. Ikut kreativiti anda

Maka hasilnya animasi anda akan kelihatan smooth dan lancar dengan adanya lengkungan
Langkah 7 :
- Klik pada frame 30 pula
- Kali ini saya buatkan lengkungan ke dalam

- Gunakan sub selection tool pula
- Klik pada titik tengah animasi frame 30 itu
- Maka ianya akan jadi seperti di bawah

- Gunakan subselection tool dan klik pada point lengkungan anchor (teknik ini sama seperti di dalam AI) untuk adjust bentuk lengkungan yang lebih cantik (rujuk imej di bawah)

Hasilnya :

Maka bila anda test movie animation ini hasilnya cukup menarik. Apa yang membezakannya adala kreativiti anda untuk membentuk lengkungan animasi tersebut. Secara amnya teknik animasi CS4 ini lebih mudah dan teratur. Jika di versi terdahulu kita terpaksa membuat beberapa layer untuk merge dengan motion guidebagi mendapatkan lengkungan seperti itu, tetapi di CS4 ia mudah dan cepat.
Oleh itu JOM BERALIH KE FLASH CS4!!!
Fail FLA - animasics4
*Klik kanan > Save Link As / Save Target As
(Telah dimuat-turun sebanyak 83 kali)
Tutorial ini juga boleh didapati di www.yusrizamri.com/blogsite
Popularity: 2% [?]
Jika anda baru di Sifoo.com, mungkin ada baiknya anda melanggani RSS Sifoo.com melalui email atau feed. Terima kasih kerana berkunjung!
Nota: Artikel atau tutorial ini hakmilik Sifoo.com. Aktiviti seperti meniru, menyalin, menciplak dan menerbitkan semula tanpa izin adalah ditegah sama sekali. Keizinan boleh diberikan sekiranya anda berminat dan berbincang dengan pihak Sifoo.com. Sila berikan kredit dan linkback kepada penulis asal dan laman web Sifoo.com.







Komen oleh psychomatix pada 17 December 2009:
Salam.
Uiks. Aku belum godek lagi CS4 bro. Belum beralih arah lagi dari CS3. Hehehe … banyak lagi kesenangan ke version 4 ni? Kang makin banyak crash berbanding wat keje kang bro. Citer lagi banyak2 pasal CS4 punya advantage. Heh heh …
Jumlah komen oleh psychomatix: 21
Komen oleh Ayuspodeh pada 17 December 2009:
Bro banyak gak la senangnya cs4 ni…takde masalah pun ngan fail lama laa. Ok je aku pakai. Tapi as 3 dia mantopppp……
Komen oleh sam pada 18 December 2009:
errrr…kalau ada ’setup’ CS3 atau CS4 upload le kat sini.hehe leh kawan install kat komputer kawan
Jumlah komen oleh sam: 1
Komen oleh ayie pada 19 December 2009:
makin lama makin memudahkan…ramai la org yg hebat guna FLaSH pas nie. hehe.
psychomatix: terus tunggu CS5 ler, tahun dpn kuar hehe
Jumlah komen oleh ayie: 3
Komen oleh piee pada 20 December 2009:
sape ade key cs4 ?
Jumlah komen oleh piee: 1
Komen oleh psychomatix pada 23 December 2009:
Salam.
Hahaha … adeh. Adoi kawang2 ku … Kalau ye pun nk guna ‘cap naga’ punya product – jgn tanya sini dol. Buruk kang nama Sifoo.com neh … no harm. *seNyuM* Apa pun, apa jawapan Sifoo2 neh? Kes kes kes … apa pun – yaa … akan ku tunggu (bak kata band rock pompuan dari Borneo) CS5. Tunggu pulak CS3 tughun ghega sampai 12 hengget satu set … kes kes kes …
Salam Semuanya.
Jumlah komen oleh psychomatix: 21