Sesi Talk Percuma: Perlukah Jenama Dan Identiti Dalam Bisnes ~ WhatTheFoo?!

0

JENAMA&IDENTITI

“Perlukah Jenama Dan Identiti Dalam Bisnes?”

Anda berniaga…perlukah melaburkan masa dan wang untuk membina identiti atau jenama perniagaan atau produk anda? Oh, apa beza jenama untuk perniagaan dengan jenama produk? Apa kesan pembangunan jenama dan identiti terhadap prestasi perniagaan?

Imran Abdul Jabar akan cuba kongsikan pandangan beliau tentang topik ini terutamanya untuk membuka minda terhadap persepsi reka logo, pembangunan jenama dan identiti dalam perniagaan. Tak kiralah perniagaan tepi jalan, online, industri kecil dan sederhana atau korporat. Kenali dengan lebih lagi tentang istilah-istilah dalam pembangunan jenama dan identiti, harga merekabentuk logo dan tips lain.

Menjemput para pemilik perniagaan atau bakal berniaga, para designer yang berminat untuk mendengar serta berkongsi pendapat, para pelajar ataupun sesiapa sahaja yang berminat untuk menambah ilmu untuk hadir ke sesi Talk Percuma WhatTheFoo?! by Sifoo kali ini. Ia adalah PERCUMA tapi sila daftar terlebih dahulu.

Sesi Ini Percuma! WhatTheFoo?!

Ya, WhatTheFoo?! PERCUMA sahaja.

Hanya perlukan PELABURAN MASA sahaja!

WhatTheFoo?! adalah satu saluran baru dari Sifoo™ untuk berkongsi ilmu, teknik, idea serta inspirasi kepada orang awam secara ‘percuma’ atau pada kadar yang minima.

Jadi, bolehlah ambil peluang ini. Mana tahu ianya mampu untuk meningkatkan prestasi diri serta minda anda.

Siapa Yang Sesuai Untuk Hadir?

  • Pemilik perniagaan (kecil, sederhana, besar, offline, online)
  • Pereka grafik
  • Pelajar
  • Sekadar Berminat
  • Senang cakap…terbuka kepada yang berminat.

Imran Abdul Jabar

Pengasas Sifoo.com, konsultan dalam bidang grafik dan multimedia. Terlibat dalam bidang reka grafik sejak dari tahun 1998 (18 tahun pengalaman). Kini giat memberi talk dan mengendalikan kursus dan bengkel dalam bidang Art & Multimedia.

Maklumat Lain:

  • Sila daftar di borang sebelah.
  • Jangan lupa savekan tarikh dalam kalendar (pasang reminder).
  • Datang bawa diri dan buku catitan.
  • Buka minda dan buka hati.

Pertanyaan Lanjut:

Call / SMS / Whatsapp: 016-212 9976 (En. Burn)
Emel: [email protected]

Lokasi: Sifoo Training Center

Sifoo Training Solutions (Sifoo.com)
No. 5-2, Jalan Tasik Utama 6,
Medan Niaga Tasik Damai (Lake Fields) Sungai Besi,
57000 Kuala Lumpur.

Panduan ke lokasi. Klik sini.

Senarai Nama Yang Telah Mendaftar

 

 

Komen / Pendapat / Pandangan

comments

Share.

About Author

Sifoo.com ~ Sumber Grafik & Multimedia. Mula menyediakan tapak perkongsian ilmu di persada internet Malaysia sejak tahun 2000. Kini, di bawah Sifoo Training Solutions, kami adalah 'training provider' untuk kursus-kursus reka grafik, multimedia, web dan fotografi.

Leave A Reply