xLimit

Majalah Maya Sifoo.com

t_lagu

Isu: Grafik & Lagu
“Gempur Reka xLimit – Grafik Adaptasi Daripada Lagu”

[download#42#nohits]
*Klik kanan > Save Link As / Save Target As
(Telah dimuat-turun sebanyak [download#42#hits] kali)

Terima kasih di atas sumbangan pereka/artis untuk isu “Grafik & Lagu”

separator

xLimit adalah majalah maya terbitan Sifoo.com yang memaparkan hasil karya Sifoorian. Majalah yang berformat PDF ini, telah lama diwujudkan. Walau bagaimana pun, penerbitan xLimit ini adalah tidak berkala. Biasanya, xLimit akan terbit apabila sambutan submission memenuhi kuota yang dikehendaki.

Setiap terbitan xLimit mempunyai tema utama, di mana kesemua hasil karya di dalamnya adalah tertakluk kepada tema tersebut.

Matlamat xLimit

Tujuan utama menerbitkan xLimit adalah untuk menjadi sebagai satu medium ‘showcase’ hasil karya grafik Sifoorian kepada umum. xLimit juga boleh menjadi sumber rujukan kepada designer dan sesiapa sahaja yang sedang mencari-cari ilham.

Untuk terbitan yang kebelakangan ini, kutipan submission xLimit dibuat melalui aktiviti forum Sifoo.com iaitu GempurReka (GR). Sesiapa yang berminat bolehlah memasuki forum Sifoo.com dan menghantarkan hasil kerja mereka di dalam topik GR yang dibuka. Jadi, dengan aktiviti GR ini diharap juga agar designer muda atau baru dapat menyertai GR tanpa segan-silu.

Secara ringkasnya, matlamat xLimit ialah untuk:

  1. memeriahkan suasana aktiviti design di Sifoo.com.
  2. untuk menjadi sumber rujukan design ala kompilasi/showcase.
  3. menjadi satu medium untuk designer mengasah kemahiran.
  4. membantu designer menambahkan portfolio design.

Bagaimana Nak Hantar Artwork?

  1. Daftar sebagai ahli forum Sifoo.com
  2. Login ke dalam forum Sifoo.com
  3. Baca arahan dan syarat GempurReka
  4. Hantar hasil kerja (reply topik)

Rujuk juga FAQ tentang cara menyertai GempurReka xLimit di forum Sifoo.com. Klik sini.

Senarai Terbitan xLimit

Sila klik di sini untuk melihat senarai terbitan xLimit


  • RSS
  • Facebook
  • YouTube