#sifoodotcom

10 Ciri Yang Ada Pada Orang Kreatif

Kursus di SIFOODOTCOM



Klik Penaja Kami


Klik Penaja Kami

“Awak ni kreatif la.”

Mesti anda pernah mendengar ungkapan sebegitu. Namun, siapakah yang patut digelar sebagai seorang yang kreatif? Mari kita lihat dahulu maksud kreativiti.

Kreativiti ialah keupayaan untuk berfikir melangkaui cara pemikiran atau kelakuan tradisional, serta mencetuskan idea, cara, atau objek baharu dan asli. Oleh itu, bagaimanakah untuk mengetahui jika seseorang itu kreatif ?

Menurut pakar psikologi Mihaly Csikszentmihalyi, terdapat 10 ciri yang ada pada individu yang kreatif. Beliau juga berkata bahawa individu kreatif adalah golongan luar biasa yang berupaya untuk menyesuaikan diri dengan hampir apa jua keadaan dan memanfaatkan apa yang mereka ada untuk mencapai matlamat mereka.

Beliau juga menambah bahawa perkara yang membezakan mereka daripada orang lain ialah complexity sifat mereka. Sifat yang dipamerkan oleh mereka kelihatan bertentangan antara satu sama lain namun wujud secara harmoni, menjadikan mereka insan yang unik.


1. Fokus tetapi Energetic

Orang kreatif ialah orang yang energetic. Namun, energetic tidak bermaksud bahawa mereka ialah hyperactive. Maksud energetic di sini ialah mereka mampu menumpukan sepenuh tenaga dan daya konsentrasi mereka ketika melakukan sesuatu tugasan, adakalanya dalam tempoh masa yang berpanjangan. 

Namun, mereka juga menganggap masa lapang sebagai komponen yang sama penting seperti waktu bekerja. Sekiranya mereka tidak melakukan apa-apa tugasan, mereka memanfaatkan masa lapang mereka dengan berehat. Bagi orang yang kreatif, aktiviti kerja yang disusuli dengan waktu senggang memberi impak dalam keberkesanan kerja mereka.

2. Cerdas tetapi Naif

Orang yang kreatif ialah orang yang cerdas, namun mempunyai sifat yang naif. Namun, menurut kajian oleh Lewis Terman, tahap IQ yang tinggi tidak semestinya berkait dengan pencapaian kreativiti yang lebih tinggi. Personaliti turut memainkan peranan yang penting.  

Csikszentmihalyi mengatakan bahawa kreativiti memerlukan sifat kebijaksanaan serta perangai keanak-anakan. Menurut beliau, golongan ini mempunyai kepandaian dan  mampu mengekalkan sifat ingin tahu, sense of wonder serta keupayaan mereka melihat dunia dari sudut yang baharu.

3. Playful tetapi Berdisiplin

Sifat playfulness dikatakan sebagai ciri unik yang ada pada kreativiti. Tetapi bagi orang yang kreatif, sifat ini wujud bersama-sama satu lagi sifat yang kontra iaitu ketekunan. 

Individu kreatif cenderung mempamerkan sikap keazaman dan ketekunan dalam melaksanakan sesebuah projek. Mereka mampu bekerja berjam-jam, adakalanya hingga larut malam sehingga mereka berpuas hati dengan hasil kerja mereka. Bagi mereka, kreativiti yang sebenar terhasil daripada gabungan keseronokan bersama-sama dengan ketekunan.



Klik Penaja Kami

4. Imaginatif tetapi Realistik

Orang yang kreatif gemar berimaginasi dengan membayangkan pelbagai kemungkinan melalui fantasi mereka. Namun mereka merupakan realistic dreamers yang tidak lokek untuk mengunakan imaginasi mereka untuk membuahkan idea sambil berpegang teguh pada paksi realiti.

Golongan kreatif yang terdiri daripada pemuzik, artis, malah para saintis juga mampu melahirkan penyelesaian imaginatif kepada isu-isu semasa . Csikszentmihalyi berkata, tujuan sebenar seni dan sains ialah untuk melangkaui apa yang dianggap sebagai realiti sebenar dan mencipta realiti baharu menerusi anjakan imaginasi.

5. Mempunyai Personaliti Ekstrovert dan Introvert (Ambivert)

Sifat ekstrovert dan introvert sering diklasifikasikan sebagai dua personaliti yang berbeza. Tetapi, Csikszentmihalyi berpendapat bahawa kreativiti memerlukan kedua-dua personaliti tersebut dan orang yang kreatif mempunyai gabungan personaliti itu pada waktu yang sama . Kajian turut menunjukkan bahawa seseorang individu cenderung untuk lebih ekstrovert atau introvert dan sikap ini dianggap stabil.

Sifat ekstrovert individu yang kreatif dipacu oleh sifat ingin tahu (curiosity) yang mendorong mereka untuk berinteraksi bagi mendapatkan idea dan inspirasi. Manakala, sifat introvert pula muncul ketika mereka memerlukan ruang untuk meneroka sumber kreativiti mereka. 

6. Bangga tetapi Rendah Diri

Orang yang mempunyai tahap kreativiti yang tinggi cenderung untuk bangga dengan pencapaian mereka tetapi sedar akan kemampuan diri mereka. Mereka menghormati hasil kerja dan inovasi yang dibawa oleh golongan yang berada dalam bidang yang sama.

Menurut Csikszentmihalyi, individu yang kreatif tidak terikat dengan pencapaian terdahulu mereka dan lebih tertumpu pada idea atau projek mereka yang seterusnya.

7. Tidak Dibebani oleh Stereotaip Jantina

Csikszentmihalyi percaya bahawa golongan kreatif menolak peranan dan stereotaip jantina yang diletakkan oleh masyarakat pada tahap yang tertentu.  Wanita kreatif dilihat lebih dominan daripada wanita biasa, manakala lelaki kreatif dikatakan kurang agresif dan lebih sensitif berbanding lelaki lain.

Beliau menjelaskan bahawa individu kreatif lebih cenderung untuk tidak hanya mempunyai kekuatan emosi jantina sendiri, malah jantina yang berlawanan juga.



Klik Penaja Kami

8. Konservatif tetapi Rebellious

Orang kreatif merupakan out-of-the-box thinkers dan dianggap mempunyai sikap yang suka memberontak. Tetapi Csikszentmihalyi percaya bahawa adalah mustahil untuk menjadi benar-benar kreatif tanpa menerapkan norma tradisi dan budaya pada diri seseorang individu.

Kreativiti ialah keupayaan untuk menghargai dan menerima perkara lalu dan mencari cara baharu yang lebih baik untuk melakukan sesuatu perkara. Orang kreatif dilihat sebagai konservatif dalam pelbagai sudut, namun sedar bahawa sesuatu inovasi adakalanya memerlukan mereka untuk mengambil risiko.

9. Passionate tetapi Rasional

Orang kreatif seronok melakukan kerja mereka dengan sepenuh perasaan. Namun, adakalanya being passionate dalam sesuatu perkara tidak semestinya membawa kepada hasil kerja yang bagus. Bayangkan seorang penulis yang tidak mahu menyunting penulisan mereka kerana terlalu sayang dengan hasil kerja mereka.

Golongan kreatif mempunyai sifat yang rasional dalam pekerjaan dan berani untuk mengkritik dan mendengar kritikan mengenai hasil kerja mereka. Mereka mampu untuk memisahkan antara hal peribadi dengan kerja dan dapat melihat aspek-aspek yang memerlukan penambahbaikan.

10. Sensitif tetapi Bahagia

Orang kreatif dikatakan lebih terbuka dan sensitif. Sifat-sifat ini mempunyai kebaikan dan keburukan. Apabila mencipta sesuatu idea atau mengambil sesuatu risiko baharu,   adakalanya mengundang kritikan dan reaksi negatif. Proses ini menyakitkan apabila segala usaha yang dicurahkan selama bertahun lamanya ditolak, diabaikan atau dilihat sebagai tidak masuk akal.

Tetapi mereka bersikap terbuka dan berlapang dada dalam melalui pengalaman dan proses kreativiti tersebut serta melihatnya sebagai suatu sumber kebahagiaan. Mereka percaya bahawa perasaan tersebut berbaloi dengan segala kesukaran dan kerja keras yang dilalui.

Kesimpulan

Pendek kata, kunci kepada kreativiti ialah balance. Orang yang kreatif bijak mengimbangi sifat-sifat kontra yang ada dalam diri mereka dan mengaplikasikannya dalam memberikan idea dan hasil kerja yang terbaik. Walaupun sesetengah individu dikatakan mempunyai sifat kreativiti yang semula jadi, setiap individu mempunyai tahap kreativiti yang tersendiri dan mampu mencapai potensi tersebut. 


 

Komen via Facebook



Klik Penaja Kami

Avatar

Nurdiana Abdullah

Graduan Pengajian Bahasa Komunikasi Profesional dan mempunyai latar belakang Interior Design. Sentiasa curious dan minat dengan topik-topik seperti seni grafik dan pemasaran digital.

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed