#sifoodotcom

10 Laman Web untuk Template PowerPoint & Google Slides Percuma

Kursus di SIFOODOTCOM



Klik Penaja Kami


Klik Penaja Kami

Anda bosan dengan template PowerPoint & Google Slides yang sedia ada? Inginkan template yang lebih menarik bagi projek sekolah dan universiti atau tugasan pejabat anda? 

Sifoo.com nak kongsikan 10 laman web yang menyediakan template PowerPoint & Google Slides yang kemas dan aesthetic-worthy bagi memberikan lebih impak pada projek anda.


1. Slidesgo

Template untuk Google Slides : ✔

Slidesgo merupakan produk di bawah aplikasi grafik popular; Freepik.
Slidesgo menawarkan pelbagai template slides percuma yang menarik dan sesuai untuk kegunaan sekolah mahupun pejabat.

Yang menariknya, Slidesgo juga mempunyai tab menu khas untuk template berbentuk infografik serta pelbagai kategori seperti marketing, medical dan slides design bertema seperti Halloween.

2. Canva

Template untuk Google Slides : ✔

Sebuah lagi platform grafik yang popular, Canva turut menawarkan pengguna untuk mereka bentuk presentation slides menerusi pilihan template menarik yang disediakan. Anda boleh memilih untuk menggunakan design template yang sedia ada atau customize icon, warna, serta background  mengikut citarasa anda.

Anda juga boleh terus mengedit design template anda terus dalam laman web Canva atau melalui aplikasi telefon pintar. Setelah anda siap, anda mempunyai pilihan untuk memuat turun hasil kerja anda atau present secara terus dalam talian.

3. SlidesCarnival

Template untuk Google Slides : ✔

SlidesCarnival merupakan sebuah lagi laman web yang menawarkan template presentation slides yang menepati citarasa terkini . Sesetengah template turut hadir dengan koleksi ikon vektor untuk anda customize slides anda.

Anda tidak perlu risau mengenai hak cipta kerana template di laman web SlidesCarnival adalah 100% percuma bagi kegunaan peribadi mahupun komersial.



Klik Penaja Kami

4. Mr Templates

Template untuk Google Slides : ❌

Mr Templates merupakan laman web yang menawarkan template percuma bagi pengguna untuk menghasilkan projek reka bentuk grafik mereka. Design template dalam laman web ini tampak profesional dan sesuai untuk kegunaan pejabat mahupun pembentangan projek formal.

5. Showeet

Template untuk Google Slides : ✔

Showeet juga merupakan salah satu laman web yang mempunyai templatePowerpoint percuma yang kreatif sesuai untuk kegunaan pembentangan anda.

Showeet turut mempunyai tab menu khas untuk presentation slides bercirikan carta dan diagram, infografik serta peta dunia.

6. PresentationGO

Template untuk Google Slides : ✔

PresentationGO menawarkan lebih 1400 jenis template slides untuk kegunaan pembentangan anda. Koleksi slides dalam laman web ini dibahagikan mengikut kategori bagi memudahkan pengguna memilih design mengikut keperluan projek mereka.

Antara kategori yang ada dalam PresentationGO ialah carta dan diagram, teks dan jadual serta sebuah kategori menarik iaitu grafik dan metafora.

7. Freeppt7.com

Template untuk Google Slides : ✔

Koleksi slides dalam laman web Freeppt7.com memang awesome. Anda boleh membuat pilihan melalui kategori yang berada pada tab menu seperti template bisnes, sains ataupun mengikut warna yang anda gemari.

FreePPT7.com juga mempunyai tab menu khas untuk background sekiranya anda mahu mereka bentuk slides anda sendiri from scratch.



Klik Penaja Kami

8. Free Design Resources

Template untuk Google Slides : ✔

Free Design Resourcesmerupakan laman web sumber grafik yang menawarkan template dan mockup percuma yang dihasilkan oleh pereka bentuk grafik profesional.

Ada sesetengah template yg hanya untuk kegunaan peribadi dan ada juga template yang 100% boleh digunakan secara percuma bagi tujuan peribadi mahupun komersial.

9. Freepik

Template untuk Google Slides : ✔

Freepik ialah sebuah laman web yang popular bagi pereka grafik untuk mencari sumber grafik bagi projek mereka. Dengan lebih 3000 sumber grafik yang ditawarkan, anda boleh mencari pelbagai pilihan design template dari yang formal hingga ke yang abstrak.

Anda perlu memberikan attribute kepada pihak Freepik sekiranya anda menggunakan template percuma mereka dan hanya terbatas kepada 10 muat turun dalam sehari.

10. SlidesMania

Template untuk Google Slides : ✔

Koleksi slides dalam laman web SlidesMania mempunyai pelbagai variasi tema dari yang formal hingga ke yang comel dan ceria sesuai untuk kegunaan pejabat dan sekolah.

Slidesmania turut mempunyai tab menu khas untuk pendidikan iaitu by Edu for Edu untuk kegunaan institut pendidikan.

Kesimpulan

Dengan koleksi template yang ada dalam senarai laman web di atas, anda tidak perlu runsing lagi untuk mereka bentuk presentation slides yang efektif dan mampu menarik perhatian dan konsentrasi penonton.

Komen via Facebook



Klik Penaja Kami

Avatar

Nurdiana Abdullah

Graduan Pengajian Bahasa Komunikasi Profesional dan mempunyai latar belakang Interior Design. Sentiasa curious dan minat dengan topik-topik seperti seni grafik dan pemasaran digital.

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed