#sifoodotcom

10 Pilihan Jenama Headphone Berkualiti Tinggi

Kursus di SIFOODOTCOM

Seperti yang dijanjikan pada artikel sebelum ini. Kami akan cadangkan beberapa jenama headphone yang anda boleh dapati di pasaran sekarang.

Mungkin ada di antara anda yang tak berapa kenal jenama yang akan dicadangkan. Namun, ia amat terkenal bagi pengguna tegar headphone.

1. Sony

Syarikat Sony bukan sahaja menyediakan peralatan elektrikal sahaja. Ia juga menghasilkan headphone yang berkualiti dan canggih mengikut aliran perkembangan teknologi headphone.

Pelbagai variasi jenis Headphone yang kita boleh dapati dari syarikat Sony. Antara headphone yang paling tercanggih adalah model WH-1000XM3 Wireless Noise Cancelling Headphones. Headphone ini dikategori agak premium dan mahal. Ia dijual pada tanda harga RM1,599.

Juga didapati dalam jenis earbuds dengan model bernama WF-1000XM3. Ia dijual pada tanda harga RM949

2. Bose

Syarikat Bose memang dikenali dengan penghasilan Headphone yang berkualiti tinggi dan sentiasa menaik taraf produk baharu mereka dengan spesifikasi yang canggih.

Model yang menjadi saingan WH-1000XM3 (keluaran Sony) dalam pasaran sekarang (tahun 2020), adalah Bose Noise Cancelling Headphones 700. ia dijual pada tanda harga RM1,829.

Ramai reviewers mengatakan Bose 700 menghasilkan dinamik bunyi yang lebih baik dan jelas. Namun, mereka lebih memilih keluaran Sony kerana boleh mendapat saingannya (WH-1000XM3) dengan harga yang lebih murah.

3. Sennheiser

Bagi jenama Sennheiser pula, syarikat ini bukan sahaja mengeluarkan Headphone. Ia juga menyediakan Microphone dan Audio Monitoring (kegunaan atas pentas).

Tidak ketinggalan, Sennheiser turut menghasilkan sebuah Headphone jenis Noise-Cancelling versi kedua, PXC 550-II.

Seperti yang ada lihat pada gambar diatas. Tanda harga yang dijual adalah
$349.95 (RM1,425.87). Setakat ini kami tidak jumpa lagi website Sennhesiser di Malaysia, namun terdapat kedai yang menjual headphone tersebut atau boleh juga beli import di website Sennheiser sendiri.

4. Audio-Technica

Satu lagi syarikat daripada Jepun yang mengeluarkan Headphone adalah Audio-Technica. Kelainan produk tambahan yang dihasilkan oleh jenama ini adalah Turntable.

Turntable

Jenama Audio-Technica versi Noise-cancelling tidak berapa famous sangat. Mungkin sebab harga atau kualiti yang tidak setanding jenama lain.

Namun terdapat versi model yang mendapat pasaran hangat kerana nilai harga dan kualiti berbeza mengikut bajet. Model itu adalah ATH-MnX Version.

Yang dalam pasaran sekarang bermula dengan ATH-M20X sehingga ATH-M70X. Seperti Sennheiser, tiada laman sesawang di Malaysia. Namun, kita boleh dapati jenama ini di Shopee atau kedai yang menjual Headphone.

Cadangan pilihan terbaik ada versi ATH-M50X untuk kualiti dan bajet yg rendah. Jika ada bajet yang lebih, boleh ambil versi ATH-M70X.

5. Beyerdynamic

Beyerdynamic adalah satu lagi syarikat Eropah daripada Jerman yang menghasilkan kualiti Headphone yang sesuai untuk kegunaan semua keadaan termasuk Gaming.

Boleh didapati di kedai yang menjual headphone serta mana-mana e-commerce platform.

6. JBL

Bagi penggemar headphone siapa yang tidak kenal dengan JBL. Ia adalah syarikat yang melopori pasaran dengan produk headphone dan speaker kerana harganya yang murah serta kualiti yang baik.

7. Beats by Dre

Trending bagi jenama Beats ini adalah model Solo Pro. Sebuah model yang dilengkapi dengan Noise-Cancelling serta penggunaan sehari. Rekaan bentuk juga kemas dan tidak terlalu besar.

Amat popular juga di negara Malaysia walaupon ada pembuat tiruan. Namun disebabkan jenama tesebut, ia tetap menjadi pilihan penggemar Headphone.

Jika anda berminat, boleh dapatkan di kedai atau website Machine dan platform e-commerce.

8. Jabra

Jabra lebih memfokuskan kualiti Headphone jenis Earbuds kepada penggemar sukan lasak. Ketahanan rekaan apabila terkena peluh serta penghasilan bunyi yang begitu jelas menyebabkan mereka menjadi pilihan atlet professional.

Antara model Headphone yang terbaru adalah Jabra Elite 85H, Over-ear Headphone.

Dinamik bunyi yang dihasilkan serta bass amat terbaik. Walau bagaimanapun, ada sesetengah pengguna menyatakan ia terlalu besar kerana saiz individu yang berbeza.

9. Logitech

Syarikat Logitech lebih sinonim dengan pengeluar aksesori komputer yang amat berkualiti dan bermutu tinggi. Headphone juga menjadi produk pasaran utama mereka dan memfokuskan jenis Gaming.

Model terbaru mereka adalah Logitech G Pro X. Tidak seperti pesaing yang lain, ia tidak mempunyai fungsi Noise-Cancelling. Oleh sebab itu, harganya lebih murah dengan tanda harga RM699.

10. Skullcandy

Skullcandy mula dikeluarkan untuk penggemar muzik Hip-Hop. Produk yang dihasilkan adalah murah dan ia antara sebab utama Skullcandy terlaris di pasaran Headphone.

Model Noise-Cancelling yang dihasilkan iaitu Crusher ANC bukan sahaja murah. Ia juga menghasilkan kualiti bunyi yang jelas tanpa gangguan persekitaran.

Jenama-jenama Lain

Selain daripada apa yang dicadangkan di atas. Terdapat juga jenama yang mendapat pasaran di luar namun produk Headphone mereka tidak bersaing terlalu banyak. Antaranya:

  • Shure
  • AKG
  • Samsung
  • Philips
  • Plantronics
  • HiFiMan
  • Razer

Sekarang pon kita boleh melihat jenama terkemuka produk Telefon Pintar mengeluarkan Earbuds jenama mereka sendiri, seperti:

  • Apple (Airpods)
  • Realme
  • Xiaomi
  • Samsung

Begitu banyak jenama Heaphone yang sedang bersaing di pasaran dunia ini. Mungkin ada di antara jenama tersebut, anda tidak berapa kenali kerana mereka lebih popular di luar negara. Walau bagaimanapun, kualiti dan fungsi Heapdhone mereka sangatlah canggih.

Jika anda ada pandangan dan tambahan komen, sila nyatakan dalam ruangan komen di bawah.

Komen via Facebook

Sifoo.com (Iylia)

Sifoo.com (Iylia)

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed