#sifoodotcom

11 Aplikasi Grafik Percuma Terbaik 2019

Kursus di SIFOODOTCOM

Di zaman media sosial ini, pengguna semakin menggemari visual berbanding dengan teks. Jadi, penggunaan imej grafik adalah sangat penting bagi menyampaikan mesej termasuk pengiklanan, penjualan, pengumuman dan sebagainya.

Kini, anda boleh hasilkan sendiri grafik yang menarik tanpa memerlukan modal yang besar untuk membeli software grafik yang mahal dan kemudiannya, kena ambil kelas untuk belajar menggunakannya. Terdapat banyak aplikasi grafik online yang boleh membantu anda menghasilkan grafik yang cantik. Daripada logo dan kad perniagaan sehinggalah grafik iklan untuk media sosial, aplikasi percuma ini mampu untuk memenuhi keperluan anda. Setidak-tidaknya, untuk langkah permulaan…

Mari cuba sendiri hasilkan reka grafik. Berikut adalah senarai aplikasi grafik online yang percuma!

01. Canva

  • Harga: Percuma.
  • Kelebihan: Hasilkan grafik untuk media sosial dan blog.
  • Template: Ada.
  • Aplikasi Mobile: 👍

Canva sangat popular di kalangan online marketer kerana mempunyai koleksi template yang sangat banyak dan menepati citarasa terkini. Anda boleh menyunting imej, memasukkan ikon dan teks.

Selain daripada untuk kegunaan pemasaran dan pengiklanan online, Canva juga boleh hasilkan presentation, infografik, resume, kulit buku dan banyak lagi.

Satu lagi kelebihan Canva ialah ia mempunyai aplikasi di telefon pintar.

02. Crello

  • Harga: Percuma.
  • Kelebihan: Grafik untuk media sosial dan animasi grafik.
  • Template: Ada.
  • Aplikasi Mobile: 👎

Crello merupakan aplikasi reka grafik terbitan Depositphotos yang boleh menghasilkan imej untuk media sosial, pengiklanan online dan juga cetakan.
Terdapat juga template untuk menghasilkan animasi grafik.

Crello menyediakan 40 jenis format, 16 000 templates dan 260 fonts, serta pustaka foto dan ilustrasi yang besar, di susun dalam layout design yang menyegarkan.

03. Fotor

  • Harga: Percuma.
  • Kelebihan: Hasilkan kolaj foto.
  • Template: Ada.
  • Aplikasi Mobile: 👍

Fotor pula satu lagi online graphic editor dengan kelebihan menghasilkan kolaj foto dan fungsi suntingan yang disukai ramai.

Fungsi-fungsi yang terdapat dalam Fotor adalah mudah digunakan.

04. Fotojet

  • Harga: Percuma.
  • Kelebihan: Hasilkan grafik untuk media sosial, poster, logo, banner.
  • Template: Ada.
  • Aplikasi Mobile: 👎

Menggunakan teknologi HTML5, Fotojet menyediakan tools yang agak lancar dan ringan. Seperti aplikasi yang lain, banyak template, fonts dan clip arts yang disediakan.

Yang menariknya anda tak perlu daftar atau signup, terus boleh design dan save untuk download.

05. BeFunky

  • Harga: Percuma.
  • Kelebihan: Tiga mode – Sunting Foto, Kolaj, Reka Grafik
  • Template: Ada.
  • Aplikasi Mobile: 👍

BeFunky juga satu aplikasi yang popular dan ia mempunyai aplikasi mobile. “It’s Fun!” – itulah yang BeFunky cuba bawakan kepada pengguna mereka. Mereka menyediakan filter yang ‘fun’ seperti cartoonized, oil painting dan efek pop-art.

06. Snappa

  • Harga: Percuma.
  • Kelebihan: Hasilkan grafik untuk media sosial, poster, logo, banner.
  • Template: Ada.
  • Aplikasi Mobile: 👎

Satu lagi aplikasi online untuk reka grafik iaitu Snappa. Sama seperti yang lain-lain, ia sesuai untuk menghasilkan grafik media sosial, pemasaran dan pengiklanan atau sekadar kegunaan peribadi.

Snappa boleh digunakan secara berkumpulan (kolaborasi) untuk menyiapkan satu projek.

07. PicMonkey

  • Harga: Percuma.
  • Kelebihan: Sunting foto dan Reka Grafik. Servis cetak!
  • Template: Ada.
  • Aplikasi Mobile: 👍

PicMonkey – satu lagi aplikasi yang juga mempunyai versi di mobile. PicMonkey menawarkan fungsi suntingan foto yang menarik dengan kelebihan layer serta masking.

Manakala untuk reka grafik pula, terdapat template untuk pengiklanan, logo, poster, kad jemputan, teks serta watermark.

Satu lagi yang PicMonkey tawarkan ialah servis cetakan.

08. Desygner

  • Harga: Percuma.
  • Kelebihan: Sunting foto dan Reka Grafik. Servis cetak!
  • Template: Ada.
  • Aplikasi Mobile: 👍

Desygner – dikenali pada awalnya dengan aplikasi mobilenya. Ia menyediakan tools yang mudah untuk menghasilkan reka grafik seperti drag & drop, layer, efek, dan multi-page file.

09. Shutterstock Editor

  • Harga: Percuma.
  • Kelebihan: Koleksi foto yang banyak.
  • Template: Ada.
  • Aplikasi Mobile: 👎

Shutterstock terkenal dengan koleksi jualan stok gambar dan grafik. Dengan kelebihan yang dimiliki, Shutterstock menyediakan aplikasi editor untuk merancakkan penjualan koleksi mereka. Bijak! (Hu hu hu…)

Tools yang disediakan cukup untuk asas. Senang dan ringkas untuk digunakan. Tapi itulah…anda akan tersangkut apabila ingin download. Kerana anda perlukan kredit (duit) dalam Shutterstock.

Kepada pengguna tegar Shutterstock, ini adalah satu kelebihan.

10. Adobe Spark

  • Harga: Percuma.
  • Kelebihan: Perubahan saiz yang fleksible. Grafik, imej dan video.
  • Template: Ada.
  • Aplikasi Mobile: 👍

Ok. Adobe tak mahu ketinggalan dalam persaingan aplikasi online dan mobile. Maka, Spark muncul dengan menawarkan tools yang agak mudah dan intuitif.

Paling menarik ialah kebolehan untuk ubah saiz dengan kandungan serta layoutnya ikut berubah mengikut kesesuaian. Pilihan fontnya juga menarik.

Jika anda pemilik akaun Creative Cloud, semua kerja anda boleh disynchronizekan dengan akaun CC.

PixTeller

  • Harga: Percuma.
  • Kelebihan: Cipta animasi GIF dan Video.
  • Template: Ada.
  • Aplikasi Mobile: 👎

Satu aplikasi yang mungkin jarang disebut-sebut. PixTeller menawarkan satu fungsi khusus yang menarik dan jarang ada dalam aplikasi yang lain iaitu Animation Tool.

Anda boleh pilih template animasi dan save sebagai GIF atau video. Animasi mampu meningkatkan impak visual kepada audiens seterusnya membantu pemasaran servis atau produk online anda.


Kesimpulan

Secara peribadi, saya banyak menggunakan Adobe Spark Post kerana saya memiliki akaun Creative Cloud. Sebelum Spark muncul, saya menggunakan Canva secara kerap. Yang lain-lain, hanya pernah cuba-cuba sahaja. Tak larat nak guna semua. Terpulang kepada anda untuk mencuba dan memilih yang serasi dengan keperluan anda.

Kesemua, aplikasi di atas adalah percuma (percuma bersyarat). Biasalah…mereka pun menjual. Ada yang hadkan jumlah design yang boleh dicipta, ada yang ‘paksa’ beli elemen mereka, ada yang hadkan kualiti dan sebagainya.

Ok. Semoga perkongsian ini memberi pencerahan kepada anda semua!

Komen via Facebook

Imran

Imran

Pengasas, Sifoo.com - bekerjaya dalam bidang graphic design, aktif mengendalikan kursus graphic design serta minat seni visual secara umumnya.

Kursus di SIFOODOTCOM

2 komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed