Klik Penaja Kami
Selalu kita dengar tentang pelukis digital yang berpengaruh berasal dari luar negara seperti pemilik akaun instagram @emotionslive yang berasal dari Praha, @creaturebox dari Dave Guertin dan Greg Baldwin, @macbaldassari berasal dari Montreal dan banyak lagi. Tapi tahukah anda bahawa di Malaysia juga terdapat beberapa pelukis digital yang berbakat dalam bidang ini dengan cara mereka yang tersendiri.
Berikut adalah 15 akaun Instagram yang menarik untuk dikunjungi terutama bagi mereka yang meminati bidang seni digital.
1. @pensoul_ipoh
Nama pemilik akaun Instagram ini adalah Zaidi Saad, berasal dari Ipoh, Perak. Beliau merupakan seorang “graphic artist” seperti yang tertera pada bio Instagram beliau. Jika lihat pada postingnya, beliau banyak menggunakan pendekatan typography, retro dan berkonsepkan 80s.
2. @artbyjeeb
Pemilik akaun @artjeeb ini menekankan konsep “portrait dan illustration” dalam lukisan digitalnya. Apa yang menariknya dalam lukisan beliau adalah anda boleh lihat wajah-wajah manusia ataupun selain daripada manusia seperti kucing dan kenderaan dalam bentuk kartun dan sangat real. Dalam akaun Instagram beliau juga terdapat lukisan yang dilukis sendiri menggunakan hasil lakaran pen sahaja!
3. @nadiaalia96
Pasti ada diantara anda yang sedikit kehairanan kerana pelukis digital ini perempuan. Ya, pemilik akaun yang bernama Nadia Alia ini sangat berbakat dalam lukisan animasi. Selain kartun-kartun yang comel dan menarik, beliau juga sangat gemar dalam melukis makanan dalam lukisan digitalnya sehingga boleh membuatkan anda berasa lapar apabila melihat pada lukisannya. Apa yang paling menarik, Nadia Alia merupakan pelukis komik dan juga pernah menjadi pelukis bagi cover majalah “Adik Muslim”.
4. @pidotburn
@pidotburn atau nama sebenarnya pemilik akaun ini Firdaus Abu Bakar merupakan background artist di Inspidea. Selain meminati seni berbentuk abstrak, beliau juga gemar melakar banyak lukisan-lukisan menarik dalam sketch booknya. Dengan hanya menggunakan pen, beliau mampu melakar imej lukisan yang sangat menarik.
5. @legittart
Sedikit perbezaan dari akaun pelukis digital yang lain, pemilik akaun @legittart ini banyak menggunakan lakaran lukisan digital berkonsep focus pada sesuatu. Bermakna, dalam setiap lakarannya, beliau tidak meletakkan objek lain atau latar belakang yang boleh menganggu mata anda daripada melihat apa yang ingin ditunjukkan. Anda boleh menghubungi beliau melalui emel yang tertera di akaun instagramnya untuk sebarang pertanyaan.
6. @annasiihah
Seorang lagi pelukis digital dari kalangan wanita yang sangat berbakat. Masyarakat khususnya wanita pasti menyukai bakat yang ada pada @annasiihah kerana hasil lukisan digitalnya sangat cantik dan kemas, digandingkan dengan pemilihan warna yang lembut dalam setiap lukisannya akan menarik lagi minat orang yang melihat hasilnya. Kepada anda yang berminat dengan lukisan atau bakat @annasiihah, anda boleh mengikuti saluran Youtube beliau .
7. @roezellart
Wow! Kali ini pendekatan yang diambil oleh pemilik akaun @roezellart ini sangat berbeza dan lain dari biasa. Dengan menggunakan teknik “ Collage Illustrations” , iaitu teknik penghasilan seni di mana karya seni dibuat dari kumpulan bentuk yang berbeza, beliau mampu menghasilkan keseluruhan hasil yang baru. Jika dilihat pada posting beliau, banyak lukisan yang menggabungkan antara tubuh manusia dan wajah haiwan. Ia tidak kelihatan pelik, malah menarik kerana jarang kita dapat melihat hasil seni lukisan seperti ini.
8. @im_erique_k
Pemilik akaun Instagram ini menampilkan pelbagai jenis kartun yang simple dan kemas dalam setiap lukisan digitalnya. Mungkin anda akan melihat lukisan kartun hasil sentuhan Erique ini sesuatu yang mudah, tapi sebenarnya ia tak semudah yang disangka. Untuk mengayakan kartun dengan reaksi wajah dan gaya yang berbeza memerlukan imaginasi yang sangat tinggi. Bukan biasa-biasalah senang cerita!
9. @katonaqhari
Ini memang legend! Sekali anda pandang pada Profile Picture Instagram beliau pasti akan mengingatkan anda pada animasi The Simpsons. Pemilik akaun bernama @katonaqhari ini sangat mahir dalam Digital Caricature iaitu seni lukisan grafik yang dapat merubah wajah asal anda kepada kartun. Dengan bakat yang ada pada beliau, beliau dapat menempah nama dalam Malaysian Book of Records (1st Digital Legendary Actors and Actresses Caricature).
10. @yuhaizanartworks
Jika anda meminati seni grafik berbentuk ‘vector art’ iaitu gambar yang seperti kartun tapi bentuknya nyata dan hampir mirip dengan bentuk aslinya, anda boleh kunjungi Instagram milik Yuhaizan Yunus ini. Selain menggunakan konsep ‘vector art’ pada wajah-wajah manusia, beliau juga mampu menghasilkan konsep yang sama pada makanan, kenderaan dan haiwan.
11. @orkibal
Jika anda meminati lukisan yang dilukis secara santai sebagai lakaran coretan yang dilakukan tanpa perlu memikirkan sesuatu perkara yang berat atau lebih dikenali sebagai doodle, anda boleh kunjungi Instagram milik Orkibal ini. Walaupun tidak memiliki bentuk yang jelas, tetapi ia tetap kelihatan menarik dan unik lebih-lebih lagi apabila beliau menggunakan kombinasi warna yang dapat menarik tumpuan orang ramai yang melihatnya.
12. @pangomedia
Lukisan yang menarik tidak semestinya memerlukan penggunaan warna yang banyak dan pelbagai. Dengan hanya bermodalkan lukisan hitam putih, @pangomedia mampu menghasilkan lukisan karikatur yang cukup memukau pandangan anda. Namun, ada juga hasil lukisan beliau yang bewarna selain hitam putih, tetapi masih menggunakan konsep pemilihan warna yang sesuai dan tidak serabut.
13. @ ambientdream
Sekali pandang pada hasil tangan @ambientdream ini, anda pasti akan berfikir bahawa beliau merupakan seorang kartunis. Sebenarnya lebih daripada itu! Sebagai rakyat Malaysia, pasti anda familiar dengan Les Copaque Production dan pemilik akaun ini merupakan “storyboard artist” kepada Les Copaque Production ini. Lihat saja pada hasil-hasil beliau yang memukau, jadi tidak khairanlah beliau menjadi sebahagian daripada company yang lebih dikenali dengan kartun Upin Ipin ini!
14. @ ochee_art
Menggunakan kaedah “realistic painting” membuatkan hasil sentuhan Ochee ini seakan-akan lukisan yang hidup dan ini benar-benar menakjubkan! Anda juga boleh kunjungi Ochee pada laman web beliau iaitu https://www.fiverr.com/ocheesama untuk lihat lebih banyak hasil dan jualan lukisan beliau.
15. @emilayusof
Sekilas pandang pada hasil Emila ini pasti mengingatkan anda pada “Roald Dahl Books“. Seni ciptaan Emila ini sangat unik kerana setiap karakter kartunnya mempunyai maksud yang tersendiri yang memerlukan anda untuk berfikir seketika untuk mencari makna yang tersirat dalam setiap karaternya. Emila juga banyak menulis journal yang digabungkan bersama seni lukisannya. Sangat menarik dan jarang dilihat!
Jika anda salah seorang yang meminati dunia seni lukisan digital, pastikan anda mengikuti 15 akaun Instagram di atas. Kadang kala, cara untuk kita menjadi lebih kreatif adalah dengan melihat hasil orang lain dan cuba mencipta sesuatu yang lebih menarik daripada hasil tersebut. Tetapi ingat, jangan plagiarize!
Instagram abang roshafaizal?
+1
https://www.instagram.com/roshfaizal/
https://www.instagram.com/roshfaizal/
Ade lagi sebenarnya.. Antaranya sahabat saya, Sid Soot. Sila follow beliau. Pelukis kanvas, kayu, graffiti n juga digital. Artwork beliau pernah sampai jepun! Artis Malaysia, Caprice n cat farish selalu minta buat design dgn beliau
Tq atas cadangan. Kami maklum ada ramai lagi. Ini baru pilihan 15. InsyaAllah dgn input2 yg kami terima, kami akan buat senarai 15 bahagian kedua dan seterusnya.
Banyak jugak yg underrated sbenarnya macam @khaizusan @hanimism @ainlavendra @aminimint
Tq atas perkongsian. Mungkin kita consider utk bikin list part 2 🙂
@ethereaart pun illustrator dari Malaysia. Follower dia maybe tak ramai lagi tapi worth it lah kalau nak check out IG dia. Dia banyak buat concept art dengan illustration utk karakter2 dia