#sifoodotcom
cara menulis tajuk artikel

3 Cara Mudah Tulis Tajuk Headline Artikel, Rupa-Rupanya No 2 Itu Mudah Sangat

Kursus di SIFOODOTCOM

Malaysia dikejutkan dengan penutupan bisnes sebuah syarikat akhbar iaitu Utusan.

Mungkin kesan daripada trend menunjukkan orang sudah kurang membaca berita di akhbar bercetak.

Kenapa perlu beli surat khabar, kalau semua berita boleh akses di Facebook iya dak?

Sebenarnya bukan Utusan sahaja yang mengalami nasib jualan akhbar jatuh merudum.

Disember 2018, Malay Mail menutup bahagian akhbar bercetak dan hanya fokus kepada versi digital sahaja.

Dan hal ini diakui oleh Dato’ Hussamuddin Yaacub yang merupakan pemilik syarikat Karangkraf dan Sinar Harian.

Kenapa guna tajuk clickbait?

Banyak akhbar berita sudah bertukar kepada digital.

Apabila bertukar kepada digital, mereka terpaksa berlawan kek pengiklanan dengan media blog gosip.

Duit besar media berita ini datang daripada pengiklanan.

Dalam dunia digital di Malaysia pula orang kita tersalah metrik bagi menunjukkan portal mana paling bagus.

Mereka fokus kepada metrik trafik.

Lebih tinggi trafik, maka lebih baguslah website itu.

(Sepatutnya fokuslah kepada autoriti)

Itu sebab akhbar digital terpaksa main tajuk clickbait sebab nak berlawan dengan website gosip.

Dalam tulisan ini saya tidak mahu membincangkan faktor etika portal akhbar. Wartawan mereka sudah tentu belajar etika.

Saya nak kongsikan bagaimana cara menulis tajuk yang clickbait.

(Punyalah panjang lebar borak pasal isu akhbar tutup, inilah contoh artikel clickbait)

Clickbait ini bukan benda baru, malah dah lama dipraktiskan oleh syarikat pengiklanan.

Ingat tau syarikat pengiklanan, bukan syarikat akhbar.

Contoh tajuk headline iklan klasik

Apabila menulis iklan jualan, copywriter akan fokus lebih kepada headline sebab tujuan utamanya untuk membuatkan orang berhenti dan membaca iklan tersebut sampai habis.

Kalau orang tak berhenti dan membaca, iklan itu hilang fungsi utama – capture Attention. (Kena rujuk konsep AIDA)

Bagaimana menulis tajuk clickbait?

Ada banyak cara menulis tajuk clickbait. Saya berikan tiga sahaja untuk anda praktikkan.

Pertama, Cliffhanger

Cliffhanger ini dalam bahasa Melayunya, babak tergantung.

Pernah tonton drama Korea? Kenapa kita rasa tak sabar-sabar nak tunggu episod seterusnya?

Sebab setiap hujung drama, mereka letak cliffhanger. Cukup-cukup rencah sahaja untuk goda kita terus buka episod seterusnya.

Macam mana nak buat headline guna teknik ini? Saya berikan satu framework ringkas ayat cliffhanger.

[NO] PERKARA YANG [SIAPA] TIDAK BERITAHU ANDA, [NO #] PASTI MENGEJUTKAN ANDA.

Contoh: 5 Perkara Yang Ejen Takaful Takut Beritahu Anda, Poin 3 Itu Rupa-Rupanya Saya Pun Pernah Kena

Kedua, Tunggang Isu Semasa

Apa isu semasa atau benda viral yang berlaku?

Cari di Facebook dan Twitter, kemudian tunggang isu tadi.

Ingat tak dulu media akhbar sibuk viralkan isu Menteri Pendidikan pasal isu stokin hitam.

Haaa. Kalau ingat, ini contoh tunggangan isu:

“Apa persamaan stokin hitam dengan _________ terbaru keluaran kami ini.”

Kekurangan headline ini adalah ia tidak bersifat evergreen. Lagi beberapa bulan orang tengok iklan kita, dia punya aura sudah hilang.

Ketiga, Masalah – Penyelesaian

Ini yang paling mudah dibuat.

Contoh framework ayat yang biasa orang gunakan:

[PUTARKAN MASALAH], DAN INI CARA MENGELAKNYA

Contoh tajuk: Harga rumah makin naik, rupanya ini teknik beli rumah pada bawah harga pasaran.

Berpada-pada menulis tajuk clickbait

Apabila menulis tajuk clickbait, berpada-pada.

Jangan sampai misleading atau cetus isu yang kita tidak mahu seperti isu perkauman atau isu rumah tangga orang.

Jika tidak, kita rasa seronok trafik tinggi atau view tinggi, tetapi tidak bertukar menjadi ringgit dan sen pun.

Orang baca iklan dengan harapan (intention) dapat benda lain, rupanya dapat benda lain.

Kesian kan.

Kekurangan terbesar tajuk clickbait ini adalah tidak berapa mesra SEO.

Siapa yang pergi Google dan buat carian, “18 kali bertemu pesakit strok, akhirnya jumpa tip ini.”

Mustahil kan.

Jadi sekiranya anda ingin buat SEO untuk website anda, kurangkan tajuk artikel begini.

Komen via Facebook

Avatar

Azree Hanifiah

Azree Hanifiah merupakan seorang pengamal penerbitan digital. Beliau bertugas sebagai Chief Marketing Officer di Seroja Media, yang merupakan sebuah syarikat yang fokus kepada digital marketing.

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed