#sifoodotcom

3 Feature Baharu Canva November 2021

Klik Penaja Kami

Canva mengumumkan feature baharu yang paling diminta oleh komuniti pengguna aplikasi Canva. Semua feature baharu ini bakal memudahkan kerja anda nanti!

Jom tengok senarai berikut ini:

Color Picker

Ha! Live color picker ini sememangnya paling best. Sekarang anda boleh pilih warna secara terus dari imej yang dimasukkan menggunakan eyedropper tool. Sama seperti tool yang wujud dalam aplikasi grafik yang lain.

Anda hanya perlu klik pada butang warna dan klik pada butang + untuk cipta warna baharu. Di sini, anda akan jumpa eyedropper tool.

Bawa kursor eyedropper tool tersebut ke atas imej untuk memilih warna untuk digunakan kepada elemen lain.

Screen Recorder

Fuh, feature screen recording ini semestinya memudahkan penghasilan video tutorial atau video untuk pendidikan. Anda boleh rakam diri anda sambil memberi penerangan melalui rakaman skrin anda.

Anda cuma perlu klik pada menu Uploads > Record Yourself. Perhatikan tiga ikon di bahagian atas sebelah kanan. Klik pada screen share. Kemudian, pilih samada Entire Screen atau Window atau Chrome Tab.

Tekan butang record! Mantap…



Klik Penaja Kami

Draw

Ok. Feature yang ketiga ini memberi kepuasan kepada yang ingin melukis secara bebas. Ya, Canva menyediakan feature Draw dengan pilihan Pen, Marker, Glow Pen dan Highlighter.

Jadi, selepas ini anda boleh melukis secara freestyle untuk apa juga tujuan karya visual anda.




Jom Belajar Canva di UNI.SIFOO.COM:

Komen via Facebook

Sifoo.com

Sumber Grafik dan Multimedia Malaysia - Sejak Tahun 2000.
sdc.is/sifoodotcom




Klik Penaja Kami

Tambah komen


Klik Penaja Kami

Klik Penaja Kami




Klik Penaja Kami

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed