#sifoodotcom

3 Jenis Image Stabilization yang Perlu Anda Tahu

Kursus di SIFOODOTCOM

Sejak akhir-akhir ini, kita didedahkan dengan produk telefon pintar yang amat canggih dan berkualiti. Spesifikasi yang ditawarkan juga semakin bersesuaian dengan bajet pengguna.

Spesifikasi kamera dalam peranti adalah salah satu faktor utama kelarisan produk yang dijual. Berfokus pada itu, syarikat-syarikat pengeluar telefon pintar sudah mula meletakkan image stabilization pada kamera.

Terdapat 3 jenis yang ingin dikongsikan, iaitu

  • Optical Image Stabilization (OIS)
  • Electronic Image Stabilization (EIS)
  • Artificial Intelligence Image Stabilization (AIS)

1. Optical Image Stabilization

OIS adalah sistem yang banyak dipakai pada peranti-peranti kamera seperti produk Samsung dan Apple. Pengenalan OIS dalam telefon pintar, menaiktarafkan kualiti mobilegraphy.

Keupayaan OIS adalah mengenal pasti gegaran yang terhasil. Kemudian memberi tindak balas kepada eletromagnetic yang ada pada rangka kamera supaya melaraskan sensor pada sudut yang stabil.

Ia juga dikenali dengan shift-sensor mechanism.

Sumber: InamGhafoor/YouTube
Sumber: Wikipedia

2. Electronic Image Stabilization

Berbeza dengan OIS yang merupakan hardware pada peranti, EIS adalah software yang dibina untuk melaraskan gegaran ketika mengambil gambar atau merakam video.

Sekiranya anda pernah menggunakan perisian seperti Adobe After Effects atau Adobe Premiere Pro, terdapat fungsi untuk menstabilkan rakaman di dalam perisian tersebut.

Perisian tersebut akan menggerakkan imej sekitar dengan menjejaki titik tertentu dalam imej dan mengikuti mereka dari bingkai ke bingkai (frame-to-frame), Kemudian, ia cuba untuk mengurangkan atau mengeluarkan pergerakan pada titik tersebut. Walau bagaimanapun, proses ini akan mengakibatkan kehilangan kawasan (kualiti / piksel) imej.

Mengikut konsep tersebut, EIS akan menggunakan teknik yang sama untuk menghasilkan gambar atau video yang lebih stabil.

Walau bagaimanapun, sesetengah telefon kini menggunakan penjejakan berasaskan gyro (gyro-EIS) untuk mengimbangi gegaran kamera. Ia masih berfungsi dengan memindahkan imej di sekitar sensor tetapi menggunakan gyro fizikal untuk mengumpulkan maklumat.

3. Artificial Intelligence Image Stabilization

AIS adalah rekaan pertama Huawei yang diperkenalkan dalam model mereka iaitu Huawei P20 Pro. Perisian ini juga merupakan idea inovasi daripada EIS.

Sumber: Huawei

OIS yang dipasang pada peranti ini membantu mengekalkan kestabilan sensor kamera tersebut.


Image Stabilization tidak terhenti di sini sahaja, artikel ini hanya berkongsi tentang perisian dan hardware yang dibina dalam peranti bagi membantu kepada penstabilan gambar dan video.

Namun ada juga kolaborasi di antara OIS, EIS atau AIS. Antaranya:

  • Dual OIS
  • Gyro-EIS
  • OIS + AIS

Selain itu, terdapat banyak lagi alat-alat yang boleh digunakan untuk image stabilization seperti gimbal (external gyro) dan Camera Stabilizer.

Gimbal
Camera Stabilizer

Pandangan kami OIS lebih sesuai untuk bergambar kerana ia merupakan hardware yang dipasang pada kamera untuk mengelak gegaran. Manakala, EIS/AIS sesuai untuk video yang mana ia membantu dalam menjejak frame-to-frame ketika merakam.

Bergantung kepada penggunaan anda untuk minat dan cenderung kepada jenis yang mana. Jika anda ada pandangan dan komen boleh tulis dalam rungan komen di bawah.

Komen via Facebook

Sifoo.com (Iylia)

Sifoo.com (Iylia)

Kursus di SIFOODOTCOM

1 komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed