#sifoodotcom

3 Perkara WAJIB Dalam Membina Elemen Asas Jenama (Brand) Perniagaan Anda

Kursus di SIFOODOTCOM

Kepentingan Penjenamaan (Branding)

Ringkasnya, dalam istilah design dan pemasaran, jenama (brand) adalah gabungan sifat atau personaliti yang membantu orang awam atau khalayak yang disasarkan mengenali/membezakan perniagaan produk, servis atau organisasi anda berbanding pesaing yang lain.

Salah faham peniaga tentang jenama

Ramai orang merasakan cukup sekadar logo dan persembahan produk yang cantik dan berkualiti sahaja yang menggambarkan keberjayaan sesebuah jenama dalam perniagaan.

Kebiasaan orang merasakan, hanya syarikat-syarikat besar sahaja yang boleh membina jenama dengan baik dan meluas. Meraskan proses membina jenama memerlukan modal yang besar untuk bermula.

Tanggapan ini adalah tidak betul sama sekali. Manfaat penjenamaan adalah tidak terhad kepada syarikat-syarikat besar sahaja kerana syarikat kecil juga BOLEH mengaplikasikan tindakan atau aktiviti dalam membina jenama secara perlahan dan konsisten.

Sudahkah pemilik perniagaan kecil betul-betul memahami kehendak proses membina jenama dengan baik dalam membantu atau mengembangkan perniagaan?

3 Elemen Asas Penjenamaan

Dalam penjenamaan, ada 3 komponen elemen yang berbeza tetapi saling melengkapi dalam mewujudkan jenama yang berjaya. Elemen-elemen tersebut adalah dari segi pertuturan jenama, visual jenama dan emosi jenama. Gabungan daripada komponen ini akan meresap dalam jiwa pengguna/orang awam dan mewujudkan unsur emosi yang sangat berimpak.

Elemen 1: Pertuturan Jenama (Verbal Brand)

Bagaimana anda ingin orang ramai “menyebutkan” tentang jenama perniagaan anda? Bagaimana anda ingin jenama perniagaan anda dipanggil?

Antara perkara yang perlu dikenalpasti dan dikekalkan adalah:

  • Nama jenama
  • Tagline jenama/ Keterangan Jenama
  • Cerita tentang jenama tersebut
  • Janji dan komitmen jenama
  • Nada jenama mengikut target pasaran
  • Gaya penyampaian jenama

Elemen 2: Visual Jenama (Visual Brand)

Dengan visual lah yang akan menjadi imej jenama anda. Visual ini sangat mempengaruhi sesebuah jenama. Visual boleh dipelbagaikan dengan pelbagai cara supaya mewujudkan keunikan pada jenama. Sekalipun beberapa ciri yang ada dalam visual ini sudah digunapakai, kreativiti dan keunikan masih boleh tercipta dengan variasikan dengan elemen-elemen yang lain.

Antara perkara yang perlu ditekankan dalam visual jenama ini adalah:

  • Logo
  • Grafik
  • Typeface Jenama
  • Palet Warna
  • Gambaran Jenama
  • Tema Jenama

Elemen 3: Emosi Jenama (Brand Emotion)

Setiap jenama membangkitkan rasa emosi. Cuba anda fikirkan, apa beza anda membeli air di gerai tepi jalan berbanding membeli air di Starbucks? Dapatkah anda rasai berbezaan emosi antara dua kedai yang menjual air, walalupun jenis air yang berbeza?

Bayangkan persekitaran dan suasana. Adakah sama? Tidak bukan. Tetapi masing-masing memberikan nilai emosi yang tersendiri.

Air dari gerai tepi jalan boleh jadi lebih menggembirakan kerana kita membelinya ketika bersiar-siar di taman, atau kerana sentuhan mak cik atau pak cik yang menyediakan air tersebut.

Air di Starbucks pula memberikan emosi tenang dan tenteram kerana persekitarannya yang ekslusif dan kondusif.

Inilah yang dimaksudkan, bagaimana kita membangkitkan unsur emosi dalam diri pengguna. Jika orang tidak merasai penerimaan mereka dengan jenama tertentu, mereka tidak akan kekal dengan jenama tersebut.

Fikirkan, adakah jenama anda jenis:

  • Friendly
  • Bergaya
  • Tenang
  • Gembira
  • Profesional

Bagaimana jenama berkomunikasi dan berpenampilan adalah suatu elemen yang penting, bagaimana jenama itu berinteraksi juga suatu perkara yang sangat penting.

Kalau orang tidak merasai ketulinan jenama kita, mereka tidak akan meyakini dan setia dengan kita.

Konklusinya

Buatlah sedikit kajian dan tetapan untuk membina ketiga-tiga elemen asas ini sekiranya ingin menjenamakan perniagaan anda. Konsistensikan elemen yang ditetapkan supaya orang lain akan mudah mengenali dan mengingati jenama yang kita bawa.

Rancangkan jenama perniagaan anda.

Komen via Facebook

M. Syafiq Azman

M. Syafiq Azman

Kursus di SIFOODOTCOM

2 komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed