#sifoodotcom

3D Mockup – Photoshop Smart Object (Bhgn 1)

Tutorial ini akan menunjukkan langkah-langkah untuk menghasilkan 3D Mockup dalam Photoshop menggunakan Smart Object. Ini adalah bahagian pertama. Jadi, kita mulakan dengan kefahaman asas dahulu. 

Untuk permulaan ini, saya pilih imej yang tidak terlalu 3D, hanya ada pandangan perspektif.

Tutorial Video:

Langkah 1:

  • Pilih satu imej. 
  • Imej adalah adalah foto yang saya rakam sendiri di Kuala Lumpur.
  • Kemudian, saya bersihkan foto tersebut – crop foto, padam iklan asal pada billboard tersebut.

Langkah 2:

  • Saya ukur ratio billboard tersebut dan dapati rationya adalah 4:3.
  • Masukkan satu bentuk segiempat dengan menggunakan Rectangle Shape Tool. Klik sekali di atas canvas.
  • Masukkan nilai pada ratio 4:3. Jadi, saya masukkan nilai Width: 300px dan Height: 400px.

Langkah 3:

  • Segiempat 400px x 300px tadi sedikit kecil dari billboard di atas imej.
  • Besarkan sedikit dengan menggunakan Transform (Ctrl + T).
  • Kekalkan ratio dengan menekan Shift sambil melakukan transform.
  • Laraskan saiz segiempat sehingga hampir sama saiz dengan billboard.

Langkah 4:

  • Setelah berpuas hati dengan saiz di Langkah 3, convertkan layer shape tadi kepada Smart Object.
  • Klik kanan di layer tersebut > Pilih Convert to Smart Object.
  • Langkah ini penting! Pastikan convert kepada smart object dahulu sebelum membentukkan segiempat ini mengikut pandangan perspektif atau 3D.

Langkah 5:

  • Seterusnya, tekan Ctrl + T sekali lagi untuk melakukan transform kepada Smart Object.
  • Kita mulakan dengan Distort.
  • Alihkan titik bucu. Letak titik bucu mengikut bentuk billboard di atas imej.

Langkah 6:

  • Selepas guna Distort, klik kanan sekali lagi dan pilih Warp.
  • Perincikan lagi bentuk segiempat supaya tepat dengan imej billboard.

Langkah 7:

  • Untuk menampakkan kesan realistik pada mockup ini, bayang-bayang ini tak boleh dilupakan.
  • Klik pada layer asal imej. Hide layer Smart Object.
  • Select bahagian bayang-bayang tersebut dengan menggunakan Lasso Tool.
  • Kemudian, copy dan paste (Ctrl+J)
  • Alihkan layer potongan ini ke atas sekali. Iaitu di atas layer smart object.

Langkah 8:

  • Untuk melakukan blending yang kemas, potongan imej ini perlu dihitam putihkan. 
  • Klik pada menu Image > Adjustments > Desaturate (Ctrl+Shift+U).
  • Kemudian, laraskan warna putih dengan menggunakan Image > Adjustments > Level (Ctrl+L).

Langkah 9:

  • Show semula layer smart object yang ditutup tadi.
  • Kemudian, apply layer blending Multiply.
  • Bayang-bayang tadi akan terblend cantik ke atas shapae smart object tadi.

Okay, setakat sekarang, fail mockup kita dah siap untuk digunakan. Dah boleh save fail PSD dan boleh diulang guna banyak kali nanti.

Untuk langkah seterusnya, sediakan file artwork design untuk diletakkan dalam smart object yang dah dibuat tadi.

Langkah 10:

  • Double-click layer Smart Object untuk edit layer Smart Object. 
  • Satu tab baru dengan nama Rectangle 1.psb akan muncul di sebelah tab fail PSD mockup.
  • Anda boleh paste atau place design dalam fail psb ini. 
  • Setelah selesai, File > Save
  • Tutup tab Rectangle 1.psb.

Langkah 11:

  • Ini adalah hasilnya.
  • Sekian untuk Bahagian 1.

Di bahagian akan datang, kita akan cuba hasilkan mockup dengan bentuk yang lebih kompleks lagi.

Selamat mencuba. 

Imran

Imran

Pengasas, Sifoo.com - bekerjaya dalam bidang graphic design, aktif mengendalikan kursus graphic design serta minat seni visual secara umumnya.

Kursus di SIFOODOTCOM

1 komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed