#sifoodotcom

5 Aplikasi Percuma Alternatif Kepada Photoshop Untuk Windows

Klik Penaja Kami

Tidak dinafikan bahawa Photoshop merupakan aplikasi suntingan foto dan grafik yang terbaik, dan menjadi standard industri sejak 30 tahun yang lalu. Dan, sejak dari dahulu lagi, harga untuk memiliki aplikasi Photoshop adalah sangat mahal!

Setahun RM970+ untuk penggunaan sekali-sekala adalah keterlaluan.

Terdapat aplikasi alternatif yang lebih murah seperti Photoshop Elements atau Affinity Photo.

Tapi, apa kata kalau kita semak senarai alternatif Photoshop yang percuma…

Topik Dalam Entri Ini:

  1. PhotoPea – Klon Photoshop di Web!
  2. PhotoScape X
  3. GIMP -GNU Image Manipulation Program
  4. Paint.Net
  5. Pixlr

PhotoPea – Klon Photoshop di Web!

Photopea ini sangat menakjubkan. Ia sangat mirip dengan Photoshop! Betul-betul macam klon (macamana developer dia tak kena saman dengan Adobe eh?).

Anda boleh cipta dan buka fail PSD. Banyak feature yang sama dengan Photoshop seperti layer, adjustment layer, selection tool dan lain-lain. Tetapi, seperti mana-mana aplikasi web, terdapat had tertentu yang terpaksa kita terima.

Anda boleh cuba sendiri di https://www.photopea.com/

PhotoScape X

PhotoScape X merupakan aplikasi percuma yang anda boleh guna secara offline. Download dan install ke dalam komputer anda – Windows dan juga Mac.

Semua yang anda perlukan untuk kerja suntingan foto seperti Photo Viewer, Editor, Cut Out, Batch Process, Collage, Combine, Create GIF, Color Picker, Filters, Screen Capture, RAW images editing dan banyak lagi…

Anda boleh cuba sendiri di http://x.photoscape.org/

GIMP -GNU Image Manipulation Program

GNU Image Manipulation Program atau GIMP adalah alternatif percuma kepada Photoshop yang terkenal. Pada awalnya, GIMP adalah untuk pengguna Linux, tetapi sekarang ia boleh didapati untuk platform lain – Windows dan MacOS.

GIMP memiliki features yang lengkap dan agak kompleks. Sangat padu! Tetapi, cara penggunaannya agak berbeza dengan aliran kerja dalam Photoshop (mungkin sukar bagi pengguna tegar Photoshop untuk membiasakan diri).



Klik Penaja Kami

Anda boleh mencuba sendiri di https://www.gimp.org/downloads/

Paint.Net

Paint.Net bukan Paint yang dalam Windows tu, ia lebih hampir dengan fungsi Photoshop. Ia telah dibangunkan sejak dua puluh tahun yang lalu.




Paint.Net memiliki banyak fungsi ke arah suntingan foto berbanding dengan suntingan grafik. Cuma, interfacenya agak old-school sikit. Bolehlah…percuma kan?

Anda boleh mencuba sendiri di https://www.getpaint.net/

Pixlr

Pixlr – satu lagi aplikasi web percuma alternatif kepada Photoshop yang menarik. Pixlr menyediakan dua pilihan editing iaitu design project (Pixlr X) atau photo editing project (Pixlr E).

Disebabkan Pixlr adalah aplikasi web, maka pelbagai platform boleh menggunakannya tanpa masalah. Ia mempunyai banyak features asas editing dan lebih lagi. Tetapi, ia memberi akses terhad kepada pengguna percuma. Jika ingin menggunakan advanced features, anda kena upgrade (biasalah…).

Anda boleh mencuba sendiri di https://pixlr.com/

Belajar Adobe di UNI.SIFOO.COM:

Komen via Facebook

Sifoo.com

Sumber Grafik dan Multimedia Malaysia - Sejak Tahun 2000.
sdc.is/sifoodotcom




Klik Penaja Kami

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed