Klik Penaja Kami
Kami nak kongsi lima games yang boleh meningkatkan mata designer dan benda lain berkaitan dengan design.
Kita pun tahu belajar melalui permainan interaktif lebih menyeronokkan, tidak membosankan dan lebih praktikal. Games yang kami akan kongsikan ini bakal melatih dan menguji penggunaan tool, ketepatan mata serta kefahaman konsep prinsip design. Sedikit sebanyak agak membantu juga.
Jom kita lihat senarai lima games berikut:
1. The Bezier Game
Game ini bagus untuk berlatih menggunakan asas Pen Tool yang biasanya kita jumpa dalam software vektor seperti Adobe Illustrator, Affinity Designer, Corel Draw dan lain-lain. Bezier Method Ac ini menguji teknik asas menghasilkan vector path yang smooth dan paling kurang anchor points/nodes.
Link: https://bezier.method.ac/
2. The Boolean Game
Uji kemahiran menggabungkan bentuk-bentuk menggunakan Pathfinder (Unite, Subtract, Intersect, Difference).
Link: https://boolean.method.ac/
3. Shape Type
Uji mata korang untuk membentuk huruf. Dapatkan nilai peratusan ketepatan yang tinggi!
Link: https://shape.method.ac/
4. Kern Type
Uji mata korang menetapkan kerning iaitu menyusun jarak antara huruf agar kelihatan “optically balanced”.
Link: https://type.method.ac/
5. Color Matching
Lagi satu ujian mata melihat ketepatan warna – hue, saturation, complementary, analogous, triadic dan tetradic.
Link: https://color.method.ac/
Tambah komen