#sifoodotcom

5 Kelebihan Adobe Spark Post

Kursus di SIFOODOTCOM

Salam semua! Harini saya nak share ttg satu mobile app yg best utk social media posting iaitu Adobe Spark Post (Mobile App).

Mungkin ramai yg terlebih dahulu terdedah kat app Canva. Sebab Canva start lebih awal dari Spark Post. Canva mmg best sebab sangat banyak template. 

Tapi…lecehnya Canva ni sebab banyak sgt push elemen premium. 

Sejak saya guna Spark Post, hidup saya berubah. Haha.

Banyak Templates

Spark Post pun ada ready-template, banyak stock photo, icons dan shapes serta fonts yang sesuai utk level design yg clean.

Apa Lagi Kelebihan SP Yang Saya Suka?

  • Color suggestion based on foto yang kita add
  • Flexible layout. Boleh randomly shuffle je.
  • Resize canvas dengan mudah.
  • Pilihan fonts dan optionsnya sgt best.
  • Animation effect utk simple video feature.
  • Spark Post adalah PERCUMA. Yeah!

01. Color Suggestion

  • SP akan mencadangkan warna yang bersesuaian untuk teks berdasarkan imej, foto atau warna latar belakang yang kita masukkan.
  • Ini membantu mempercepatkan proses memilih warna.
  • Untuk sesiapa yang tidak begitu biasa dengan reka grafik, cadangan warna ini membantu keseluruhan rupa grafik supaya tidak kelihatan pelik warnanya.

02. Flexible Layout

  • SP akan cadangkan layout pertama tetapi kita masih boleh menukar layout yang lain.
  • Pilih dari senarai layout yang ada dan boleh tekan ikon shuffle untuk menukar kedudukan foto secara rawak.
  • Shuffle sangat bagus. Kita tak perlu buang dan tambah semula foto yagn baru.

03. Resizable Canvas

  • Jika satu grafik hendak digunakan dalam beberapa akaun media sosial yang berbeza, kita boleh tukar saiz layout dengan mudah.
  • Apabila kita tukar saiz, kandungan dan layout akan disusun semula secara automatik. Senang!
  • Tukar saiz. Download PNG. Ulang, tukar saiz lain dan download PNG.

04. Better Fonts Choice

  • SP menyediakan senarai font yang lebih menarik dalam susunan kategori yang mudah dipilih.
  • Pilihan font yang disediakan sesuai untuk digunakan dalam grafik untuk media sosial.

05. Animation Effect

  • Terdapat button Effect untuk dua pilihan – animation dan photo effects.
  • Animation effect menyediakan beberapa pilihan animasi yang simple tetapi menarik untuk grafik anda.

Bagaimana Nak Buang Logo SP?

SP adalah percuma! Untuk pengguna tak berbayar, korang akan nampak logo SP di bahagian bawah sebelah kanan grafik. Jangan risau, ia boleh dibuang.

Tekan sahaja logo tersebut. Satu paparan mengajak korang untuk upgrade mungkin akan merunsingkan perasaan anda. Jangan runsing! Tekan link di bawahnya untuk ‘remove logo’.


Like page: 
Sifoo.com

Page kursus: 
Sifoo Art & Multimedia Training Center

Group kreatif:
Sifoo.com (#sifoodotcom)

Komen via Facebook

Imran

Imran

Pengasas, Sifoo.com - bekerjaya dalam bidang graphic design, aktif mengendalikan kursus graphic design serta minat seni visual secara umumnya.

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed