#sifoodotcom

5 Mikrofon Wireless Untuk Smartphone Sesuai Untuk TikTok, Youtube dan Vlogging Tahun 2022

Klik Penaja Kami

Rakaman audio yang baik memerlukan mikrofon yang baik. Jika anda aktif membuat rakaman kandungan video untuk akaun media sosial, mungkin anda memerlukan mikrofon wireless bagi membolehkan anda mempelbagaikan jenis dan gaya rakaman.

Mikrofon tanpa wayar membolehkan anda merakam audio tanpa keserabutan dan had panjang wayar. Anda boleh meletakkan smartphone pada satu tempat atau dikendalikan oleh seseorang yang lain dan anda boleh bergerak bebas ke mana sahaja sambil rakaman audio kekal jelas dan tidak terbatas.

Terdapat beberapa pilihan mikrofon wireless daripada yang mahal sehinggalah yang sangat murah. Senarai ini tidak memasukkan mikrofon yang sangat murah – biasanya tiada jenama, dari China kerana tidak terjamin kualiti barangan dan audionya.

Mari lihat senarai 5 mikrofon wireless untuk smartphone yang sesuai untuk rakaman kandungan media sosial anda.

Senarai 5 Mikrofon Wireless Pilihan

Rode Wireless Go II

Rode Wireless Go II adalah pilihan termahal dalam senarai ini dengan harga bermula dari RM1200 per set.

Set ini terdiri daripada barang-barang berikut:

  • 1x Rode Wireless GO II 2-Person Compact Digital Wireless Microphone System/Recorder (2.4 GHz, Black)
  • 2x Clip-On Transmitters
  • 1x Dual-Channel Wireless Receiver
  • 3x SC20 USB Type-A to USB Type-C Cables
  • 1x SC5 3.5mm TRS Memory Cable
  • 3x Furry Windshields
  • 1x Carry Pouch

Dengan dua set transmitters, anda boleh merakam dari dua sumber audio serentak.

Tonton video berikut untuk melihat cara menggunakan Rode Wireless Go II dengan smartphone anda.



Klik Penaja Kami

Jika, jenama terkenal menjadi pilihan anda, Rode adalah pilihan yang sangat ok.

Dapatkan set ini sekarang di: https://invol.co/cl7tcxl




Saramonic Blink 500 B6 – pilihan kedua dalam senarai ini dengan harga lebih murah sedikit berbanding Rode Wireless Go II. Terdapat dua pilihan untuk smartphone iaitu B6 dan Pro B6.

Set ini juga terdiri daripada dua transmitter dan satu receiver (type-C) yang mampu menerima dua sumber audio serentak.

Tonton video review ini:

Saramonic Blink 500 Pro B6 ini adalah pilihan yang berkualiti juga. Dan, Saramonic sememangnya terkenal dengan barisan produk audio yang mantap.

Dapatkan set ini sekarang di:
https://invol.co/cl7td66 (RM800 – B6) atau,
https://invol.co/cl7tdb3 (RM1200 – Pro B6)

Boya BY-WM4 Pro

Boya BY-WM4 Pro – tempat ketiga dalam senarai ini dengan harga yang agak sederhana iaitu bermula dari RM300.

Terdapat pilihan seperti berikut:

  • K1 – 1 source
  • K2 – 2 source
  • K3 – 1 source, 1 lightning receiver
  • K5 – 1 source, 1 type-C receiver

Tonton video review berikut (model K2)

Jika bajet anda tidak terlalu tinggi, Boya BY-WM4 Pro ini boleh menjadi pilihan anda.

Dapatkan set ini sekarang di https://invol.co/cl7tdnp

Synco G1T / G1L

Synco G1T atau G1L merupakan pilihan yang lebih murah untuk dipertimbangkan. Harga bermula dari RM250 sahaja.

Model G1T adalah untuk USB Type-C, manakala G1L adalah untuk Lighting Cable.

Set ini hanya untuk satu sumber audio sahaja – 1 transmitter dan 1 receiver sahaja. Cukuplah kan?

Jom tonton video review ini:

Dengan bajet yang lebih rendah, Synco G1 memberi anda pilihan penjimatan yang lebih baik tetapi masih lagi mampu memberi kualiti audio yang baik.

Dapatkan set ini di https://invol.co/cl7tdx4

Andoer MX5

Andoer MX5 – akhir sekali dalam senarai ini dengan harga paling murah iaitu hanya RM200 per set. Sesuai untuk penjimatan yang berbaloi.

Set ini terdiri dari satu transmitter dan satu receiver. Tetapi anda boleh juga mencari kombo 2 transmitter dan satu receiver pada harga RM400. Masih jimat kan?

Andoer hanya menyediakan sambungan audio jack 3.5mm sahaja.

Lihat video ini untuk melihat review tentang produk ini:

Andoer MX5 paling sesuai jika anda tidak mempunyai bajet yang besar tetapi masih lagi inginkan kualiti audio yang baik.

Dapatkan set ini di https://invol.co/cl7te1h

Komen via Facebook

Sifoo.com

Sumber Grafik dan Multimedia Malaysia - Sejak Tahun 2000.
sdc.is/sifoodotcom




Klik Penaja Kami

Tambah komen


Klik Penaja Kami

Klik Penaja Kami




Klik Penaja Kami

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed