#sifoodotcom

5 Sumber Font Percuma

Klik Penaja Kami

Font yang cantik, sesuai dan segar dilihat merupakan salah satu faktor design anda nampak menarik.

Menggunakan font default bermaksud anda menggunakan font “biasa” yang boleh dan telah digunakan oleh sangat ramai orang. Design anda nampak tidak segar.




Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan kepada anda di mana anda boleh dapatkan font percuma, menarik dan bersesuaian dengan tema.

1. DaFont


DaFont merupakan website yang paling popular untuk mendapatkan font percuma. Pelbagai jenis kategori typeface juga boleh didapati dalam laman ini sama ada serif, sans serif, script dan banyak lagi. Kotak merah di atas web Dafont telah membahagikan tema supaya mudah anda mencari font.

2. Font Squirrel

Font Squirrel juga amat popular untuk mendapatkan font yang kemas dan eksklusif. Terdapat juga font yang berbayar jika anda tidak kisah untuk membayar font tersebut.

Menarik juga dalam laman ini, anda boleh guna Font Identifier untuk mengenal pasti apa jenis font digunakan dalam sesuatu poster atau imej tersebut.

3. Google Font

Kami pasti ramai antara anda yang tak kenal dengan Google Fonts ini. Antaramuka laman ini sangat kemas. Font yang ada juga sesuai untuk kerja design formal.

Lebih menarik adalah Google Fonts memberi font family yang lengkap seperti Montserrat, Open Sans dan banyak lagi.



Klik Penaja Kami

4. 1001 Fonts

1001 Fonts tidak kurang hebatnya dalam memberi font percuma. Malah ada beberapa bentuk font yang jarang ditemui ada di sini.

5. Font Space

Jika anda ingin mencari font untuk bahasa luar negara atau bahasa zaman dahulu kala. Font Space adalah tempatnya.

Menarik lagi tentang Font Space ini, mereka menyediakan font collection untuk yang dikumpul oleh komuniti di situ.

Komen via Facebook

Sifoo.com (Iylia)

Sifoo.com (Iylia)




Klik Penaja Kami

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed