#sifoodotcom

5 Website/Blog Terbaik Berkaitan Graphic Design. Tips, Tutorial dan Inspirasi Design.

Kursus di SIFOODOTCOM



Klik Penaja Kami


Klik Penaja Kami

Hai semua #sifoorian! Salam kreatif selalu dan dalam perkongsian kali ini, #sifoodotcom ingin kongsikan antara beberapa website /blog yang sangat baik untuk mempelajari design secara lebih mendalam. Website-website ini menjadi kegemaran dan rujukan admin semenjak dari dahulu lagi.

Selain tips dan tutorial, kita juga digalakkan untuk mengetahui perkembangan semasa dalam bidang grafik ini. Boleh jadi inspirasi atau sumber baharu untuk meningkatkan kreativiti kita.

Syukur sangat kerana terdapat banyak sumber-sumber yang berkongsi ilmu-ilmu dan perkembangan terkini untuk kita. Jom lihat beberapa website pilihan #sifoodotcom kali ini.

1. Adobe Creative Magazine

Website ini sangat menarik dan terbaik. Selain mendapatkan inspirasi dari perkongsian artwork designer-designer hebat, website ini juga memberikan tutorial dan sumber percuma untuk pengguna produk adobe seperti Adobe Photoshop dan lain-lain.



Klik Penaja Kami

2. Canva Design School

Anda mungkin biasa mendengar Canva sebagai platform percuma untuk hasilkan grafik yang menarik dari template-template yang diberikan. Anda juga mungkin biasa melihat artikel tips dan tutorial menghasilkan grafik menggunakan Canva. Namun, sedarkah kita bahawa Canva sangat aktif berkongsi artikel berkaitan grafik di www.canva.com/learn.

Banyak artikel-artikel yang menarik yang boleh membantu anda untuk meningkatkan lagi ilmu grafik , malah terdapat banyak topik tambahan yang lain seperti Marketing, Branding dan Inspiration.

3. Yes I’m A Designer

Fuhhh! Ini serius menarik guys. Selain dapat belajar grafik, banyak sangat freebies yang website ini kongsikan. Team mereka juga aktif berkongsi tutorial di Youtube. Senang faham dan sangat praktikal. Kalau ada budget lebih, boleh langgan online course mereka. Team mereka sangat santai dalam menyampaikan tutorial.

4. Abduzeedo

Website ini penuh dengan artikel-artikel inspirasi berkaitan grafik. Web design, illustration, motion design, 3d dan lain-lain. Pada bahagian tutorial pula, kita boleh mencuba teknik-teknik yang diajar secara Step by Step.



Klik Penaja Kami

5. Creative Bloq

Featured: Creative Bloq iPad App | Might Could Studios

Website ini sangat popular dalam kalangan designer dengan kandungan yang sentiasa dikemaskini (updated). Website ini cukup untuk menjadi majalah online kita dalam menambah ilmu-ilmu baharu, dan mempleajari


Sekian sahaja antara 5 website yang paling menarik yang ingin #sifoodotcom kongsikan dalam perkongsian kali ini. Ya, pastinya ada banyak lagi website-website yang lain, yang turut memberikan manfaat yang sama.

Jangan lupa kongsikan juga website-wesbite yang menjadi rujukan korang. Sharing is caring 😉

Komen via Facebook



Klik Penaja Kami

M. Syafiq Azman

M. Syafiq Azman

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed