Sebut sahaja aktiviti menghasilkan video pasti ramai yang mengeluh kerana menganggap ianya susah. Antara faktornya adalah terlalu memikirkan perlunya kelengkapan yang cukup seperti camera yang canggih atau laptop yang mempunyai graphic card yang tinggi.
Jadi apa gunanya smartphone yang mahal tu? Hehe.
Ya, smartphone juga mampu menghasilkan kualiti video yang tidak kurang hebatnya bahkan beberapa smartphone mampu menghasilkan video dengan kualiti 4k!
Untuk menghaslilkan video menarik, pemilihan aplikasi suntingan video yang baik juga memainkan peranan. Mari kita lihat senarai aplikasi untuk menghasilkan video yang menarik.
Viva Video
Viva Video adalah aplikasi untuk android anda yang membantu untuk mempermudahkan proses editing video dengan pelbagai effect dan tools yang disediakan. Dengan adanya sekitar 60 video effect ia dapat membantu anda menghasilkan pelbagai video dengan tema yang berbeza.
FilmoraGo
Aplikasi FilmoraGo adalah sebuah alat yang dikembangkan oleh wondershare software. FilmoraGo memiliki tools yang boleh dikatakan lengkap untuk sebuah aplikasi edit video di peringkat smartphone. Yang paling best, Filmora boleh juga digunakan secara offline.
Adobe Premiere Clip
Adobe Premiere Clip adalah versi khas untuk smartphone dari Adobe Premiere Pro. Pilihan resolusi daripada aplikasi ini juga sehingga 1080p!
Power Director
Aplikasi ini dicipta khas daripada Cyberlink khas untuk pengguna smartphone yang sudah biasa dengan video editing di PC. Pada awalnya Power Director dicipta khusus untuk pengguna Smartphone Asus Padfone 2, tetapi kini semua jenis smartphone bole menggunakannya.
Kine Master
Fitur yang ditawarkan oleh Kine Master boleh dikatakan lengkap kerana memungkinkan anda membuat video profesional hanya dari smartphone Android. Ia juga mampu menggabungkan beberapa video dalam beberapa layer
Vlogit
Aplikasi Vlogit ini sangat sesuai digunakan untuk vlogger ataupun youtuber. Apa yang best aplikasi ini boleh digunakan dengan bebas dari watermark.
Sebenarnya, terdapat banyak lagi aplikasi yang menarik untuk digunakan dalam membuat video menggunakan smartphone selain daripada yang disebutkan di atas.
Apa yang anda perlu lakukan adalah explore semua aplikasi tersebut dengan melihat reviews ataupun feedback mengenai sesuatu aplikasi itu.
Smartphone memang bijak tetapi anda harus juga sebijak smartphone untuk menghasilkan sesuatu yang mantap!
Terima kasih tuan.. ๐๐